Skip to main content

Senarai Menu Dan Resepi Makanan Bayi Berasaskan Santan Untuk 8 Bulan Ke-atas




Masuk usia anak 8 bulan dan ke atas, semakin banyak menu-menu menarik yang boleh dicuba. Apapun, sebelum usia mereka mencecah 12 bulan, ibu-ibu digalakkan untuk berhati-hati sebelum memberi anak mencuba sebarangan makanan.

Berikut merupakan resepi makanan bayi berasaskan santan yang sesuai untuk bayi berusia 8 Bulan ke atas. Apapun sebelum mencuba resepi ini, jangan lupa buat 4DR (4 Day Rules) untuk memastikan anak tiada sebarang alahan pada pemakanan tersebut. 

So tanpa berlenggah lagi, di bawah ini adalah senarai menu dan resepinya. 


Senarai Menu Dan Resepi Makanan Bayi Berasaskan Santan Untuk 8 Bulan Ke-atas



Menu Lunch Santan : 

🌴 Nasi Lemak Ayam Pandan 




🌴 Tomyam Ayam Bersantan 



🌴 Masak Lemak Ayam & Labu


Breakfast & Hi Tea Bersantan

🍌 Lepat Pisang


Bahan-bahan:-
🍌 Pisang emas ( 3 biji)
🍌 Tepung beras ( 3 sudu besar)
🍌 Susu full cream @ santan ( 1/2 cawan) sukatan nie agak2 saja
🍌 Daun pisang ( layur dahulu)


Cara Penyediaan:-
1) Lenyekkan pisang.
2) Panaskan susu full cream @ santan ( susu full cream kena panaskan dulu untuk bayi bawah 1tahun)
3) Gaul sebati pisang, tepung beras dan susu @ santan
4) Sapukan sedikit minyak masak pada daun pisang.
5) Bungkus dalam daun pisang


 

🎃 Lepat Labu

Bahan-bahan:-

🎃 Labu - kukus ( 1/2 cawan)

🎃 Tepung beras ( 3 sudu beras)

🎃 Air

🎃 Daun pisang ( layur dahulu)


Cara Penyediaan:-

1) Kukus labu sehingga empuk

2) Lenyekkan labu. Gaul sebati, dengan tepung beras dan air.

3) Bungkus dalam daun pisang.

4) Kukus selama 20 - 25minit


Okay, sekian sahaja dari sis. Selama mencuba dan selamat menjamu selera!



Credit: Wany Syazwany


Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda