Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Review KDrama Mouse

Baru-baru ini kdrama Mouse telah mencatatkan antara rating yang tertinggi dan menjadi fenomena apabila mula mendapat perhatian ramai pengamal media disebabkan jalan ceritanya yang menarik, saspen dan penuh dengan aksi yang mendebarkan.  Untuk pengetahuan anda, setakat 22 Mac 2021 ini, Mouse baru sahaja ditayangkan sehingga episod 6 dari 20 episod dan akan keluar dua episod pada setiap minggu. Bertabah sahajalah sis untuk menunggu sehingga ke hujung episodnya. Kagum juga sis sebab baru episod 6, tetapi jalan cerita dan prestasinya mantap serta tidak membosankan. Setiap episod pasti ada sahaja debaran yang akan terasa dan meninggalkan tanda tanya yang tidak berbelah bahagi kepada penonton.  Iya, jalan cerita macam ni lah yang kita nak kan. Supaya tidaklah cepat sahaja berasa bosan. Okay tak nak bercakap banyak lagi, dekat bawah ni sis sertakan maklumat dan info berkaitan kdrama Mouse ini.     Tajuk: 마우스 / Mouse Genre: Aksi, Saspen, Ngeri, Misteri, Jenayah, ...

Idea Dekorasi Rumah Minimalist Bertemakan Hitam Dan Putih

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam mendekorasi rumah. Ada yang menggemari konsep mewah, ada yang selesa dengan suasana ala farmhouse, ada juga yang memilih tema Scandinavian. Tidak kurang juga yang lebih cenderung kepada konsep minimalis yang ringkas dan kemas. Apa jua pilihan, yang penting rumah itu terasa selesa dan mudah dijaga. Oleh itu, dalam artikel ini saya ingin berkongsi beberapa idea dekorasi rumah bertemakan minimalis dengan penggunaan dua warna asas, iaitu hitam dan putih.  Bagi mereka yang menyukai gaya minimalis, konsep ini sering menjadi pilihan kerana ruang kelihatan lebih teratur, tidak serabut, dan senang untuk dikemas. Jadi, tanpa berlengah lagi, jom kita lihat idea-idea tersebut. Idea Dekorasi Rumah Minimalist Bertemakan Hitam Dan Putih Idea Dekorasi Rumah Minimalist Minimalist home decor sering disalahfaham sebagai rumah kosong, sejuk, dan kurang “jiwa”. Hakikatnya, konsep minimalist lebih kepada mencipta ruang yang tenang, kemas, dan selesa un...

15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 Bulan Ke Atas

Masalah anak tidak mahu makan, memilih makanan merupakan masalah yang tidak asing lagi dikalangan sesetengah ibu-ibu. Pasti sukar rasanya untuk memastikan si manja sentiasa mendapat zat dan khasiat yang mencukupi. Lebih-lebih lagi apabila mereka memilih makanan. Pun begitu, antara ikhtiar-ikhtiar yang ibu-ibu boleh buat adalah menyediakan resepi yang kreatif, sedap dan lazat buat mereka. Resepi di bawah ini merupakan antara resepi-resepi menarik dan ikhtiar membuat makanan bayi bagi menaikkan selera terutamanya bagi yang berusia 8-9 Bulan ke atas.Apapun, sebelum mencuba sebarang resepi ibu-ibu harus pastikan agar resepi yang ingin dicuba bersesuaian dengan usia anak.   Ia adalah kerana tidak semua makanan kita boleh beri pada bayi kita terutamanya ketika usianya bawah satu tahun. Antara jenis makanan yang perlu dielakkan ialah makanan bergula, garam, madu lebah, makanan yang tinggi merkuri contohnya ikan yu ( Big NO ya) dan banyak lagi.  Tanpa berlengah lagi...