Skip to main content

Review KDrama Mouse



Baru-baru ini kdrama Mouse telah mencatatkan antara rating yang tertinggi dan menjadi fenomena apabila mula mendapat perhatian ramai pengamal media disebabkan jalan ceritanya yang menarik, saspen dan penuh dengan aksi yang mendebarkan. 



Untuk pengetahuan anda, setakat 22 Mac 2021 ini, Mouse baru sahaja ditayangkan sehingga episod 6 dari 20 episod dan akan keluar dua episod pada setiap minggu. Bertabah sahajalah sis untuk menunggu sehingga ke hujung episodnya. Kagum juga sis sebab baru episod 6, tetapi jalan cerita dan prestasinya mantap serta tidak membosankan. Setiap episod pasti ada sahaja debaran yang akan terasa dan meninggalkan tanda tanya yang tidak berbelah bahagi kepada penonton. 


Iya, jalan cerita macam ni lah yang kita nak kan. Supaya tidaklah cepat sahaja berasa bosan. Okay tak nak bercakap banyak lagi, dekat bawah ni sis sertakan maklumat dan info berkaitan kdrama Mouse ini.   


Tajuk: 마우스 / Mouse

Genre: Aksi, Saspen, Ngeri, Misteri, Jenayah, Sci-fic

Episod: 20 (Akan Disahkan)

Rangkaian siaran: tvN

Tempoh siaran: 2021-Mac-03 hingga 2021-Mei-06


Senarai Pelakon Kdrama Mouse 

Watak utama

Lee Seung Gi sebagai Jung Ba Reum

- Kim Kang Hoon sebagai Jung Ba Reum (muda)

Lee Hee Joon sebagai Go Moo Chi

- Seo Dong Hyun sebagai Go Moo Chi (muda)

Park Joo Hyun sebagai Oh Bong Yi

- Ahn Seo Yeon (안 서연) sebagai Oh Bong Yi (muda)

Kyung Soo Jin sebagai Choi Hong Joo

- Park So Yi (박소이) sebagai Choi Hong Joo (muda)


Watak Sampingan

Ahn Jae Wook sebagai Han Seo Joon

Kim Young Ok sebagai nenek Oh Bong Yi

Kim Jung Nan sebagai Sung Ji Eun

P.O sebagai Detektif Shin

Woo Ji Hyun sebagai Koo Dong Koo

Jo Jae Yoon sebagai Daniel Lee

Kim Young Jae sebagai Go Mu Won

Lee Seo Jun (이서 준) sebagai Na Chi Kook


Kredit Pengeluaran

Syarikat Pengeluaran: HIGROUND, Studio Invictus

Pengarah: Choi Joon Bae, Kang Cheol Woo

Penulis Skrip: Choi Ran


Catatan

Choi Jin Hyuk ditawarkan peranan utama kedua, tetapi menolak. 


Sinopsis Kdrama Mouse


Benarkah wujudnya kajian  yang boleh membuktikan bahawa anak yang dikandung seseorang itu membawa genetik pembunuh? Jalan cerita bermula apabila seorang Professor telah membuat kajian itu dan mendapati bahawa genetik pembunuh psikopat boleh dikesan sejak dari kandungan lagi. Beliau cuba membuat usul untuk mengesan genetik itu pada kesemua ibu-ibu yang mengandung ketika itu. Dan mengusulkan agar anak yang dikandung mereka tidak perlu dilahirkan, namun lain jadinya apabila usulannya itu telah dibantah oleh President yang baru pertama kali akan menimang cahaya mata.

Setelah Sung Ji Eun mengetahui rahsia suaminya Han Seo Joon merupakan seorang Psikopat, dia berhasrat untuk menggugurkan anak di dalam kandungannya itu, namun sudah terlambat kerana kandungannya itu sudah memasuki trimester yang ke tiga. Dalam masa yang sama dia juga sempat bertemu dengan seorang ibu lain yang mendakwa anaknya juga telah disahkan mempunyai gene Psikopat, namun dia tidak mahu mengugurkan kandungannya kerana mendiang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik. Dia mahu membuktikan kajian professor itu adalah salah dan bertekad untuk membesarkan anaknya dengan baik.

Beberapa tahun kemudian. kes yang sama kini berulang kembali. Go Moo Chi yang pernah menghadapai trauma kerana melihat pembunuhan ahli keluarganya suatu ketika dahulu bertekad untuk menumpaskan penjenayah psikopat ketika itu. Dia dibantu oleh Jung Bae Reum dan Detektif Shin.  Sehinggalah suatu insiden yang mendebarkan terjadi, iaitu ketika Jung Bae Reum berhadapan dengan psikopat itu sendiri yang membuatkan dirinya tiba-tiba berubah. 

Okay, sampai situ sahaja ringkasan episod 6. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Benarkah insiden yang terjadi pada Jung Bae Reum telah merubahnya buat selama-lamanya? Atau adakah Jung Bae Reum sendiri adalah seorang psikopat yang sebenar?  Jawapannya memang sis tak tahu. Nak tahu jom kita tunggu episod seterusnya. Pehh.. lama betul nak tunggu.

Okay sekian sahaja dari sis. Bye!



Comments

  1. Selalu nampak iklan drama Mouse ni. Boleh tgk nanti sbb suka jalan cerita dia. Tapi kak ana suka record dulu, kemudian marathon sekali jalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda