Skip to main content

Cara Susun Atur Dan Simpan Dokumen Penting, Bil, Resit Dan Sijil-sijil Di Rumah Agar Lebih Kemas & Teratur By Hani Mynis

 


Baru-baru ni terdetik pula di hati untuk susun atur semula fail-fail dan sijil penting di rumah. Serabut rasanya, apabila dokumen penting seperti akademik  bercampur pula dengan dokumen-dokumen kesihatan dan sebagainya. Serabut tengok. So, apalagi Nadhie buka balik muka buku dan rujuk cara Puan Hani Mynis ni menyusun atur barang. Sungguh kemas, teratur dan sedap mata memandang. 


Teringat Nadhie masa mengajar di sebuah sekolah ni, ada seorang guru ni juga begitu. Kemas dan cantik sahaja cara dia menyusun atur fail-fail. Setiap fail ada partition masing-masing yang dihiasi dengan kemas dan begitu cantik sekali. Terinspirasi Nadhie dengan perkara-perkara begini. Alhamdulillah, banyak yang Nadhie belajar di situ.


Now, Nadhie nak kongsikan susun atur fail dari Puan Hani Mynis yang telah dijadikan rujukan ketika mengemas fail-fail peribadi Nadhie dan keluarga. Sekarang, tinggal masa untuk menghias dan membuat partition sahaja. So, apalagi jom tengok bagaimana caranya untuk susun dokumen penting, bil , resti dan sebagainya agar lebih kemas dan mudah untuk dicari. Jom!




Cara Susun Atur Dan Simpan Dokumen Penting, Bil, Resit Dan Sijil-sijil Di Rumah Agar Lebih Kemas & Teratur By Hani Mynis 




Tip pengurusan kertas, bil dan resit

Selalu lepas bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Jadi boleh ikut cara penyusunan ini.


Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara

LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.

BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan style yg sama. Seragam is the key.

Labelkan dan pastikan saiz dan bentuk fail yang seragam.


Vital Doc (Dokumen penting)

Sijil lahir suami, isteri, anak-anak

Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak

Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah

Buku bank simpanan

Pasport

Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dan lain lain)


Home (Hal Ehwal Rumah)

Kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)

Manual penggunaan brg elektrik (simpan selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)

Resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)


Bil /Utilities

Beli envelope folder dan tebuk lubang. Jangan lupa label.

Bil elektrik (TNB)

Bil air (SAJ)

Bil pembentungan (IWK)

Bil siaran tv berbayar (ASTRO)

Bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)

Bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)


Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 shj.


Academic (Akademik)

Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI. So nnt nak cari apa2 berkaitan pelajaran hn, hn boleh rujuk terus ke bhgn hn dlm fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak. 


Career (Karier)

Dalam fail ni hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa2 surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu


LOAN (Hutang)

Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll


CERTIFICATES (Sijil-Sijil)

Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)


HEALTH (Kesihatan)

Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.


TAXES (Cukai) 

Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing2)

✅pembelian buku/majalah/penerbitan

✅zakat /derma

✅resit pembayaran yuran pendidikan 

✅perbelanjaan perubatan 

✅SSPN

Dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.

Tambahan


VEHICLE (Kenderaan)

✅geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)

✅insuran kenderaan 

✅resit-resit servis kenderaan

✅apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dll)

Lain-lain tips kat caption gambar ya.

Happy organising ❤️

Semoga bermanfaat 







Kredit : Hani Mynis

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda