Assalamualaikum & Hi Semua!
Tidak lama lagi sudah nak raya. Dah boleh plan dah nak buat kuih raya apa. Btw, harini sis ingin kongsikan resepi coklat bersalut badam homemade yang untuk buat kudap-kudapan begitu sahaja. Boleh juga lah nak guna untuk buat kuih raya, tetapi pastikan jenis coklat yang digunakan adalah yang tidak mudah cair, seperti coklat masakan misalnya.
Teringin nak buat? Jom ikuti resepi dan langkah di bawah.
Resepi Coklat Bersalut Badam Homemade
1. Gorengkan badam tanpa minyak. Api sederhana, rajin kacau dan gunakan sukatan 400 gram.
2. Selepas di goreng Kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau tidurnya supaya ranggup sebati
3. Siap dah. Rasa lah. Ranggup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni Ya allah sedapnya.
4. Untuk coklat, gunakan coklat cadbury untuk rasa yang lebih sedap. Guna 6 pack untuk 400 gram badam tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
5. Kemudian wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair.
6. Sampai begini. Ya Allah bau nya. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu ia sejuk
7. Dah sejuk coklat tadi masukkan badam. Bila sejuk masuk badam ranggup nya tak boleh bawa bincang. Kalau panas panas masukkan badam hilanglah keranggupan almond tu. Sedihkan? Kacau sebati semua ya.
8. Kemudian ambil sudu letak comel comel atas bekas yang disediakan tu. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
10. Dah siap boleh terus dimakan. krup krup krap!
Okay, sekian sahaja. Semoga bermanfaat!
Kredit : Ameera
ini kalau untuk raya memang tak boleh buat awal, mau habis dibedal tuan rumah je hehehe
ReplyDeletewahhh bole cuba ni macam senang ja hehe tapi takut cuba mau cuba sebab sy ni kalau bab kuih2 biskut semua memang fail haha lauk ja reti masak :D
ReplyDelete