Assalamualaikum & Hi Semua!
Apa khabar? Sihat. Hari ini Nadhie rasa macam teringin nak makan shellout. Tapi, dekat tempat Nadhie ni memang susah sikit nak cari orang atau kedai yang buat shellout, so kita buat sendiri sahajalah. Memandangkan Nadhie tak pernah buat shellout, so Nadhie cari resepi seringkas mungkin supaya senang nak ikut. Nadhie kongsikan di sini juga, mana tahu ada yang nak buat juga. Selamat mencuba!
Bahan Kisar
- Bawang besar - 2biji
- Cili kering - ( satu genggam )
- Bawang putih - 3 ulas
Cara-caranya:-
1) Panaskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
2) Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging ( 2sudu ) sehingga betul-betul pekat . Masukkan gula , garam dan perisa secukupnya
3) Masukkan ketam . Gaul rata Ketam.
4) Masukkan sotong . Gaul rata Sotong
5) Tunggu 5 minit dan masukkan lala . Gaul rata lala
6) Last sekali masukkan udang , bunga kobis & brokoli & gaul rata ( jangan letak air dulu )
7) (**Optional**) Kalau ada jagung rebus.. Boleh potong dan masukkan sekali.
Okay sekian sahaja. Terima kasih.
Kredit Resepi : nur syafiqin
lahh mudah je eh
ReplyDeleteMacam tau2 je kak ana craving nak makan shell out. Boleh cuba ni nanti.
ReplyDeletealamakkk.. nampak sedapla pula.. sy ni nda bole kalau tengok resepi memang mau cuba juga lagi2 yang sy belum pernah masak
ReplyDeletemasak sendiri puas makan... nyum nyum
ReplyDeletemudah pula membuatnya yer
ReplyDelete