Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

Musim perayaan masih berlangsung, meskipun tidak semeriah dahulu. Namun, kemenangan ini setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan tetap harus diraikan. Mungkin berbeza, tidak seindah dahulu, namun insya Allah semoga semua ini hanya sementara sahaja. Semoga covid19 akan berakhir dengan secepatnya dan menjadi kenangan suatu hari nanti. Insya Allah. Amin. Berbalik pada tajuk di atas iaitu resepi biskut raya senang dan mudah tanpa yis, Nadhie kongsikan resepi ini buat mereka yang tidak mahu menggunakan yis, baking powder, baking soda atau yang seumpama dengannya di dalam masakan.  Ini kerana ada sesetengah orang mempunyai alahan terhadap makanan yang berasaskan yis. Banyak rupanya resepi biskut raya tanpa yis.  Perkongsian resepi ini adalah dari seorang pengguna media sosial, Puan Norkomariah Norrohman. Di bawah Nadhie senaraikan beberapa resepi biskut raya darinya yang tidak mengandungi Yis. Senarai Resepi Biskut Raya Senang Dan Mudah Tanpa Menggunakan Yis 1)  Resepi Biskut

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! Raya PKP3 2021

Pejam celik pejam celik sudah pun masuk raya ke-8 kita pada tahun ini. Jika masih belum terlewat, sis Nadhie ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog dan kepada semua yang mengenali diri ini. Amacam raya tahun ni? Okay ke semuanya? Umum mengetahui yang pada raya tahun ni kita turut beraya dalam suasana PKP. Dimana peningkatan kes sedang mendadak naik, perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di semua kawasan dan larangan merentas daerah serta negeri. Juga terdapat pula ura-ura tentang total lockdown . Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman official dari yang berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin nanti.  Sambutan perayaan pada tahun ini memang sis akui sedikit suram, ramai yang tidak boleh pulang ke kampung, ada yang beraya seorang diri dan tak kurang juga yang duduk dalam satu daerah tetap tidak boleh kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain. Apapun, sis harap semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam keadaan yang harmoni.