Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

Assalamualaikum & Hi Semua!


Musim perayaan masih berlangsung, meskipun tidak semeriah dahulu. Namun, kemenangan ini setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan tetap harus diraikan. Mungkin berbeza, tidak seindah dahulu, namun insya Allah semoga semua ini hanya sementara sahaja. Semoga covid19 akan berakhir dengan secepatnya dan menjadi kenangan suatu hari nanti. Insya Allah. Amin.

Berbalik pada tajuk di atas iaitu resepi biskut raya senang dan mudah tanpa yis, Nadhie kongsikan resepi ini buat mereka yang tidak mahu menggunakan yis, baking powder, baking soda atau yang seumpama dengannya di dalam masakan.  Ini kerana ada sesetengah orang mempunyai alahan terhadap makanan yang berasaskan yis. Banyak rupanya resepi biskut raya tanpa yis. 

Perkongsian resepi ini adalah dari seorang pengguna media sosial, Puan Norkomariah Norrohman. Di bawah Nadhie senaraikan beberapa resepi biskut raya darinya yang tidak mengandungi Yis.



Senarai Resepi Biskut Raya Senang Dan Mudah Tanpa Menggunakan Yis


1)  Resepi Biskut Cornflakes Madu 🍯



Bahan-Bahan

1 kotak CornFlakes

1 ketul butter

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan madu

Manik warna warni

Buah campur

Paper Cup secukupnya


Cara-caranya:-

1. Cairkan butter, masukkan gula perang dan madu, kacau sehingga sebati, bila dah mendidih dan naik buih, tutup api.

2. Sediakan bekas besar letakkan cornflakes Dan tuang butter yg dicairkan td, gaul sampai sebati, Dan masukkan buah campur,

3. Masukkan dalam paper cup dan tabur manik.

4. Bakar dlm 10 minit suhu 180 c°. Dah masak biarkan betul-betul sejuk, baru boleh simpan dlm bekas kedup udara. InsyaAllah tak lemau.




2) BISKUT TEMBIKAI POTONG



Bahan-bahan

250gm buttercup

180gm gula halus

300gm tepung gandum (diayak)

150gm tepung jagung (diayak)

5 sudu cornflakes (dikisar halus dan diayak)

1 biji kuning telur

pewarna kuning, merah Dan hijau

bijan hitam (untuk hiasan)


Cara-caranya:

1. Masukkan butter + gula dan adun hingga sebati

2. Masukkan kuning telur (adun lagi hingga sebati)

3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes (letak sikit-sikit ) gaul hingga rata

4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian terpulang pada warna yang korang nak sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning..

6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak tau)

7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar

8. Masukkan bulat-bulat merah or kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya

9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam.

10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu

11. Susun bijan dekat doh yg di potong tu

12. Masukkan dalam papercup


Bakar pada suhu 180 selama 20-30 minit atau sehingga masak.. Bergntung pada ovan masing2



3) Tart Tulip 🌷🌷🌷




Bahan-bahan

250gm butter/majerin

30gm gula halus

1 biji kuning telor

300gm tepung gandum

200gm tepung jagung

1/4 cawan susu pekat

1 sdk aisin vanila

Pewarna yg di sukai

Jem nenas


Cara-caranya:-

1. Pukul butter dengan gula, pakai sodek kayu je yer.. Buat bahan tu sebati je, kemudian masukkan telor, susu dan aisin vanila..

2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan sikit-sikit dulu . Kalau tepung dh habis letak tapi masih lembik boleh tambah tepung lagi sikit-sikit ye sampai doh boleh terap..

3. Rujuk gambar cara-cara nk buat bunga tulip..

4. Panaskan ovan dulu ye sebelum bakar biskut,

Bakar pada suhu 170° api bawah sahaja biskut tu letak rak tengah-tengah ya, bakar dlm 15-20 minit atau sehingga masak, suhu tu bergantung pada oven masing-masing.

5. Biarkan sejuk baru simpan dlm bekas kedap udara.





4) German Cookies



Bahan-bahan:

350 gram mentega

375 gram tepung kentang/potato starch

200 gram tepung gandum, diayak

100 gram gula aising, diayak

secubit garam


Cara penyediannya:-

1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai

2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

3-. Bakar dalam oven yang telah Dipanaskan suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara




5) Biskut Dahlia a. k. a Bunga Cina



Resepi...

1 cawan butter...

1 cawan gula kaster

1 cawan tpg jagung

1 cawan tpg kastard

1 biji kuning telur

2 cawan tpg gandum...

2 titik esen vanilla...


Cara-caranya:-

1. Gaul sebati kuning telor, Gula kastor dan Butter.. Esen vanill... 

2. Bla dah sebati msukan bahan ayak... (tepung gandum... Tpg kastard.. Tpg jagung).. 

3. Uli sebati... Jika xmelekat di jari @ bekas makna nya doh dah lmbt cntk... ..

4. Bakar suhu 170° api bwh je dlm 15-20mnt bergantung ovan masing2 



6) Resepi tart gulung, Resepi Tart Gebu



Bahan-bahan

1 ketul butter / 1 cawan mentega ( terpulang nk pakai jenama apa)

3 sdb gula aising

1 biji kuning telortelor

2 1/2 cawan tepung gandum

2 sdb tepung kastard

2 sdb tepung jagung

1 sdb susu tepung

1 sdb aisin vanila

Sedikit pewarna kuning

Jem nenas secukupnya...


Bahan hiasan

Kuning telor

Sedikit pewarna kuning

( campur semua Dan pukul rata )


Cara-caranya:-

1. Campurkan butter/mentega dgn gula kacau rata, pakai senduk kayu je, dan masukkn kuning telor, pewarna kuning serta aisin vanila.. Kacau sehingga sebati

2. Masukkan segala tepung, uli sehingga menjadi doh, kalau lembek lg campor tepung gandum sedikit, jgn keras sngt ye nanti susah nk picit dlm acuan...

3. Korang nk buat bentuk apa terpulang ye.. Saya mmg pakai rasepi ni nk buat tart gulung, kalau nk buat tart bentuk lain tmbh tepung biar doh sedikit keras..

4. Bila dh siap gulung sapu kuning telur kat ats..

5. Bakar suhu 180 °C selama 25-30 minit @ bergantung pada ovan masing2..

6. Tunggu btl2 sejuk baru simpan dlm bks kedup udara ye




7) Biskut coklat rice



Bahan-bahan:-


1 ketul butter / 250g majerin

1 biji kuning telur

1 cwn gula halus

1/2 cwn serbuk koko

1/2 cwn tepung jagung

3 cwn tepung gandum (kalau lembik sgt tmbh lagi)

1 sk esen vanila

Coklat rice/coklat chips utk hiasan


Cara-caranya:-


Kacau butter & kuning telur, saya guna senduk je

Lepas tu msukkan gula halus & esen vanila.. Kacau lagi

Kemudian msukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum skit2..tmbh kalau adunan lembik tp jgn smpai keras sgt..sedang2 xlekat kt tgn sgt..uli sebati

Tekap adunan..

sapu telur putih & tabur coklat rice /lain2 utk hiasan

Kemudian bakar suhu 180 °c dlm 25-30 minit ( @ ikut oven masing2)


8) Biskut Dahlia 3 Bahan



1. Planta / majerin 1cawan ( boleh guna buttercup 250g )

2. Tepung jagung 5 cawan

3. Susu pekat 1 cawan

( bahan2 sukat cawan yg sama )


cara-caranya:-

Gaul kan majerin/planta dgn susu pekat sehingga sebati dan masukkan tepung jagung sedikit2 sehingga menjadi doh..


Bakar suhu 160 c° api bawah je. Dalam 20 -30 minit @ bergantung pada ovan masing2.



KREDIT : Nor Khomarriah Norrohman

1 Comentarios