Skip to main content

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! Raya PKP3 2021





Pejam celik pejam celik sudah pun masuk raya ke-8 kita pada tahun ini. Jika masih belum terlewat, sis Nadhie ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog dan kepada semua yang mengenali diri ini. Amacam raya tahun ni? Okay ke semuanya?



Umum mengetahui yang pada raya tahun ni kita turut beraya dalam suasana PKP. Dimana peningkatan kes sedang mendadak naik, perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di semua kawasan dan larangan merentas daerah serta negeri. Juga terdapat pula ura-ura tentang total lockdown. Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman official dari yang berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin nanti. 



Sambutan perayaan pada tahun ini memang sis akui sedikit suram, ramai yang tidak boleh pulang ke kampung, ada yang beraya seorang diri dan tak kurang juga yang duduk dalam satu daerah tetap tidak boleh kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain. Apapun, sis harap semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam keadaan yang harmoni. 


Memandangkan kes masih lagi tinggi, pastikan korang selalu memakai pelitup muka dan jaga jarak sosial ketika keluar. Yang penting, jangan lupa basuh tangan, jaga kebersihan dan patuhi SOP selalu.  Sekian sahaja dari Nadhie & keluarga. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.



Lots of love,

NW


Comments

  1. Selamat hari raya PKP.
    StaySafe. Jaga diri. Semoga semuanya selamat, dan cepat hilang semua virus2 ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda