Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hari raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! Raya PKP3 2021

Pejam celik pejam celik sudah pun masuk raya ke-8 kita pada tahun ini. Jika masih belum terlewat, sis Nadhie ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog dan kepada semua yang mengenali diri ini. Amacam raya tahun ni? Okay ke semuanya? Umum mengetahui yang pada raya tahun ni kita turut beraya dalam suasana PKP. Dimana peningkatan kes sedang mendadak naik, perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di semua kawasan dan larangan merentas daerah serta negeri. Juga terdapat pula ura-ura tentang total lockdown . Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman official dari yang berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin nanti.  Sambutan perayaan pada tahun ini memang sis akui sedikit suram, ramai yang tidak boleh pulang ke kampung, ada yang beraya seorang diri dan tak kurang juga yang duduk dalam satu daerah tetap tidak boleh kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain. Apapun, sis harap semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam keadaan yang harmoni...

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua! | Tahun Pertama Beraya Bersama Suami

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua! | Aidilfitri 2019 1440 H, Tahun Pertama Beraya Bersama Suami Hari ni sudah pun masuk hari terakhir kita berpuasa dan insyaAllah esok raya! Yeayyy! Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa dan berbuka bersama yang tersayang. InsyaAllah tahun ni raya bersama-sama. Tahun lepas beraya sebagai tunang. 🌷 Tahun ni sis team # rayabelahsuami , korang yang dah kahwin pula raya belah mana? Hihi. Yang bujang-bujang pula sis harap korang dapat balik kampung beraya bersama keluarga tercinta. Bagi sis raya tahun ni cukup bermakna walaupun pertama kali sis tidak beraya di kampung halaman.  Namun, sis dapat mempelajari dan merasai suasana raya yang baru di negeri lain pula. Meskipun, sesama melayu & di dalam Malaysia sahaja, namun adat, juadah di hari raya dan lain-lain agak berbeza daripada pengalaman sis sebelum ini. Tahun ni ia merupakan satu pengalaman berharga buat sis. Yang penting berada disisi insan tersayang. Hehe ...

Lirik Lagu Raya Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang

Bangunlah anakku pakai baju baru Kawanmu semua telahpun menunggu Setiap kali raya itulah. Ada je lagu-lagu raya yang menjadi pujaan hati dan mengamit kenangan lama. Kenangan masa beraya time kecik-kecik dulu. Memang meriah. Tahun ni, ada satu lagu raya ni menjadi favourite sis. Sebab suka sangat usik seseorang dengan liriknya :p.  Lagu tersebut tak lain dan tak bukan ialah lagu raya bila takbir bergema nyanyian Rafeah  Buang. Memang mengamit nostalgia tau. Hehe. So, apalagi jom tengok liriknya. Lirik Lagu Raya Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi Sebulan puasa tamatlah hari ini Lekaslah adikku hiaskan rumahmu Biar serba baru untuk para tamu Jangan kau lupa ketupat di dapur Rendang di kuali jangan biar hangus Cuba lihat itu kanak-kanak berlari Di halaman rumah bermain bunga api Bangunlah anakku pakai baju baru Kawanmu semua telahpun menunggu Dapatkan ayahanda sujud di kakinya Serta j...