Lirik Lagu Raya Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang - Nadhie Wueen

Tuesday, 4 June 2019

Lirik Lagu Raya Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang


Assalamualaikum & Hi Semua!


Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu


Setiap kali raya itulah. Ada je lagu-lagu raya yang menjadi pujaan hati dan mengamit kenangan lama. Kenangan masa beraya time kecik-kecik dulu. Memang meriah. Tahun ni, ada satu lagu raya ni menjadi favourite sis. Sebab suka sangat usik seseorang dengan liriknya :p. 

Lagu tersebut tak lain dan tak bukan ialah lagu raya bila takbir bergema nyanyian Rafeah  Buang. Memang mengamit nostalgia tau. Hehe. So, apalagi jom tengok liriknya.



Lirik Lagu Raya Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang


Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya




2 comments:

  1. lagu2 lama jugak yang best kan..
    Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)

    ReplyDelete
  2. esok mesti banyak berkumandang di radio ni

    ReplyDelete