Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua! | Aidilfitri 2019 1440 H, Tahun Pertama Beraya Bersama Suami
Hari ni sudah pun masuk hari terakhir kita berpuasa dan insyaAllah esok raya! Yeayyy! Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa dan berbuka bersama yang tersayang. InsyaAllah tahun ni raya bersama-sama. Tahun lepas beraya sebagai tunang. 🌷
Hari ni sudah pun masuk hari terakhir kita berpuasa dan insyaAllah esok raya! Yeayyy! Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa dan berbuka bersama yang tersayang. InsyaAllah tahun ni raya bersama-sama. Tahun lepas beraya sebagai tunang. 🌷
Tahun ni sis team #rayabelahsuami, korang yang dah kahwin pula raya belah mana? Hihi. Yang bujang-bujang pula sis harap korang dapat balik kampung beraya bersama keluarga tercinta. Bagi sis raya tahun ni cukup bermakna walaupun pertama kali sis tidak beraya di kampung halaman.
Namun, sis dapat mempelajari dan merasai suasana raya yang baru di negeri lain pula. Meskipun, sesama melayu & di dalam Malaysia sahaja, namun adat, juadah di hari raya dan lain-lain agak berbeza daripada pengalaman sis sebelum ini. Tahun ni ia merupakan satu pengalaman berharga buat sis. Yang penting berada disisi insan tersayang. Hehe
Oleh itu, dikesempatan ini ingin sis ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali sis dan membaca blog ini. Berhati-hati dijalan raya dan ingatlah sentiasa bahawa hari raya merupakan sebuah kemenangan bagi kita umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.
Semoga ia juga menjadi pengikat ukhuwah antara kita dan menjadi punca kita mendapat keredhaan dariNya. Jangan lupa berpada-pada ketika menikmati juadah raya.
Jaga kesihatan & stay safe everyone!
Okay, selamat hari raya maaf zahir dan batin semua!
Salam lebaran buat nadhi sekeluarga
ReplyDeleteSalam aidilfitri 1440H
ReplyDeletemaaf zahir dan batin
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin =)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir & batin..
ReplyDeleteSelamat hari raya aildilfitri nadhie. Maaf zahir & batin
ReplyDeleteSalam Aildilfitri sis! tak sabar nak baca cerita beraya pertama kali bersama keluarga suami. Heheh...
ReplyDeleteselamat hari raya Nad n suami maaf zahir batin :)
ReplyDeleteSALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Nadh.. mohon maaf salah silap ya.
ReplyDelete