Skip to main content

Kenangan Belajar di UKM 2016-2019



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tempat yang dirindui. Zaman belajar yang terindah di situ. Ada pahit getir, ada manisnya. Ada suka, ada duka. Banyak betul kenangan di situ. Antara kenangan yang sis tidak dapat lupakan ialah kenangan memandu sendirian ke kelas sambil mengikuti jalan yang sempit dan berbucu tajam di bahagian lereng-lereng bukit, di area Bangi-Dengkil. Pernah sis merindui jalan itu selepas tamat belajar. :')


Kenangan ibu bapa temankan pada hari pendaftaran, kemudian berkenalan dengan rakan sekelas, disangka muda dari usia oleh pensyarah di sana (ahaks), kenangan buat lab test yang sentiasa mendebarkan, jumpa pensyarah dan stayback, then satu kelas ke rumah pensyarah pada hari pertama pengajian, pergi kelas di fakulti lain (untuk subjek LMCK), disapa rakan sekelas buat pertama kali (tapi sis tak perasan ๐Ÿ˜‚), then, ramai yang baik-baik tegur kita dekat apps Open Learning & bertukar-tukar pendapat pasal assignmentstayback bermalam dua hari di surau library perempuan sebelum exam.


Masa tu jumpa student master fakulti lain (malam-malam waktu tengah buat assignment dalam surau library bersama pelajar-pelajar lain dengar siren polis la), then kenangan sakit demam, happy, enjoy makan-makan dekat Kolej Pendeta Za'aba, tak ada duit, duit jatuh dari langit, pergi study group, buat makan-makan, pergi salon UKM & buat rawatan rambut la dengan Kak Z dan bergambar satu kelas dengan pensyarah pada hujung sem. Pernah juga sis tertidur dalam dewan exam & keluar awal sambung tidur dalam kereta.  Syukur masa tu result okay. ๐Ÿ˜‚


Akhirnya dari single, bertunang, berkahwin, mengandung sehinggalah berjaya menggenggam segenggam ijazah dalam bidang Sains Komputer. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Semuanya ada pahit, manis, susah dan senang. Juga tiada jalan yang mudah untuk berjaya. Semua ada harga yang harus dibayar, ada keringat yang perlu dikeluarkan dan tiada jalan yang singkat. 


Alhamdulillah. Tidak sangka akhirnya semuanya berjalan lancar & sempurna. Dikesempatan ini ingin  sis ucapkan ribuan terima-kasih kepada semua warga pendidik yang pernah mengenali diri ini (jika ada yang terbaca),๐Ÿ™ˆyang pernah berbuat baik, mencurahkan ilmu yang tidak ternilai kepada diri ini, memberi sokongan, dorongan dan kata-kata semangat sewaktu hampir je berputus asa (especially masa tengah sarat mengandung). ๐Ÿ˜‚Syukur Allah permudahkan semua sehinggalah perjuangan itu selesai akhirnya. Rakan-rakan sekelas pun ramai yang baik-baik & banyak membantu. Thanks semua. Dari  2016-2019. 


Apapun, memang tak boleh lupa ramai betul pensyarah yang baik-baik yang sis pernah jumpa di sini. Antaranya dari fakulti teknologi dan sains maklumat ialah Dr. Dalbir Singh, Dr. Azean, Dr. Dahlila, Prof Faizul, Encik Hafiz, Dr.Bahari, Dr. Afzan dan ramai lagi. Termasuk dari fakulti-fakulti lain, memang tak tersebut semuanya, namun InsyaAllah, kebaikan mereka akan sentiasa ada dalam ingatan ini. Terima kasih semua yang pernah berbudi pada diri ini. Semoga sukses selalu. 


Dan dikesempatan ini juga sis ingin mengucapkan tahniah kepada UKM kerana berada di kedudukan tangga ke-150 dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2021. Naik 10 anak tangga berbanding tahun 2020. Syukur. Alhamdulillah. Tahniah UKM! Semoga terus maju jaya untuk masa-masa akan datang!




Lots of love, 

NW




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda