Skip to main content

Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya!



Lama dah sebenarnya terfikir benda ni. Setiap kali beli kasut baru mesti akan dapat gel silika sekali dalam kotak kasut. Biasanya memang akan buang terus bersama kotaknya walaupun kadang-kadang ragu-ragu terfikir-fikir jika ianya boleh digunakan. Tak sangka pula rupanya memang banyak kegunaan.


Baru-baru ni terbaca perkongsian dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp di Media Sosial, iaitu tentang kepentingan penggunaan gel silika ini. Apa agaknya? Jom teruskan bacaan.



Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya!


Selalunya bila anda membeli kasut baru, anda mesti akan terjumpa uncang gel silika dalam kotak kan? Apa yang anda buat dengan uncang gel silika? Buang?


Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:


1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.


2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.


3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.


4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.


5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.


#BermulaDenganSaya

#PDKN2021


Datuk Zainal Abidin Abu Hassan - KSU KPKT

Daroyah Alwi




Comments

  1. Dulu memang buang tapi bila dah tahu kegunaan dia...memang simpan dan guna pada tempat sepatutnya

    ReplyDelete
  2. huiiisshhhh menyesal buang! kalo simpan dh byk dh ni..
    xtau plak byk kegunaan silika gel.. haha..
    pasni mmg xbuang dh..

    ReplyDelete
  3. wah tq baru tau.... mmg sllau buang aje gel ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda