Skip to main content

Tips Dan Tricks Beli Durian Agar Tidak Mudah Tertipu



Seronok betul setiap kali tiba musim durian. Lagi-lagi bila dah sekian lama kepingin nak makan durian. Disebabkan itu masa awal-awal haritu alang-alang ternampak orang jual durian tepi jalan, kami terus beli sebab dah tak tahan sangat nak merasa. 


Bagai orang mengantuk disorongkan bantal umpamanya bila tiba-tiba jumpa kedai durian. Husband sis tak kisah dah, terus beli biarpun mahal. Lagi-lagi bila dia tulis jenis durian tu durian IOI dan durian kahwin. 


Biasa kami beli dekat orang lain. Dekat orang yang memang kenal, tapi disebabkan lama nak tunggu duriannya gugur, maka kami pun cuba-cubalah beli di kedai tepi jalan itu tanpa ilmu. Alamatnya memang kena tipu hidup-hiduplah jawapnya. Kah. 


Harganya RM15/kg. Beli 3 biji kecik-kecik, total nak dekat RM70. Sayangnya, buka-buka je, cuma satu durian paling kecil tu je yang ioi. Yang lagi dua kecik-kecik tu durian kampung biasa yang isi nipis tu. Siap dah lembik dan masam. Allahu! Terpana seketika dibuatnya. 


Akhirnya, kami redha jelah. Dah kena tipu dan tak ada rezeki katanya. Pengajarannya selepas itu memang sangat berhati-hati dan dah tak beli lagi dengan sebarang orang. Hanya beli dengan orang yang kami kenal atau yang kenalan kami cadangkan sahaja. 


Baru-baru ni sis terjumpa pula tips dan trick untuk membeli durian ni. Sis kongsikan di sini, agar tiada yang tertipu dan dapat durian seperti yang dihajati. InsyaAllah.



Tips Dan Tricks Beli Durian Agar Tidak Mudah Tertipu




1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah.

Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul baru.


2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru gugur. Tangkai akan semakin mengecur dan mengecil menandakan buah itu semakin kurang kualitinya.


3. Pilih buah yang tidak pecah bontotnya. Buah yang baru tidak akan pecah bontot. Buah durian akan mula merekah pada hari ke3 selepas gugur. 

Rekahan akan membentuk garisan di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualitinya, semakin besar rekahannya. 

Kalau macam ni boleh dapat kualiti tempoyak je.


4. Jika suka rasa yang lemak-lemak manis, pilihlah durian yang durinya pendek dan sekata.


5. Jika suka yang jenis manis dan ada rasa pahit-pahit sedikit, maka pilihlah durian yang durinya sedikit melengkung. Biasanya durinya panjang lebih kurang seinci.



6. Untuk pastikan buah durian elok dan tak rosak, hidu setiap pangsa. Buah yang masak elok akan mengeluarkan bau pada setiap pangsa. Cara ni paling mudah untuk mengesannya.


7. Bagi yang lebih berpengalaman, ada beberapa teknik akan dilakukan untuk mengenal pasti durian yang berkualiti. Antaranya ialah:-

- Goncang buah. Jika buah masak elok akan terasa ada gegarannya.

- Garu atau ketuk-ketuk buah. Buah yang masak elok akan ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda akan ada bunyi padat.

- Durian bukit sedikit berbeza dengan durian kampung. Daripada saiznya lebih kurang 2.5-3.0kg/biji atau lebih dari segi tekstur isi, ketebalan dan bentuk durinya.

Durinya lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam di tanah rata.

- Untuk tentukan jenis warna isi durian, kikis di bahagian tangkai. Ada yang berwarna hijau, coklat mahupun kuning. Jika kuning warnanya, maka isi pun kuning.

Dan jika dikikis kulitnya tebal, maka isinya pun tebal juga.

- Manakala bagi durian bukit isi tembaga, buah duriannya berwarna coklat perang macam tembaga.

Akhir kata, begitulah tips yang telah sis perolehi dari saudari Ida Royani. Sis telah tulis semula agar lebih mudah dibaca dan difahami. 

Semoga yang tercari-cari durian yang berkualiti berjaya mendapatkan durian seperti yang diigini. Semoga perkongsian ini bermanfaat!






Kredit tips: Ida Royani. Ditulis semula oleh Nawueen

Comments

  1. Wah baguss tips ni.. Alhamdulilah semlm kita pun beli durian.. Puas hati dpt isi yg tebal dan manis. Elok jgk kejadian isi2nya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda