Skip to main content

Makanan Pertama Bayi Anda Ketika Berusia 6 Bulan

 


Makanan pertama merupakan asas makanan yang paling penting sekali ketika bayi memulakan makan seawal usia 6 bulan. Sangat penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak memulakan makanan pertama seperti yang disarankan oleh doktor, mendapat makanan berkhasiat mengikut usia dan menjadikan bayi tidak memilih makanan.


Selain itu, kita juga boleh merujuk buku pink (kerajaan sahaja) sebagai panduan untuk memberi anak makan.


Baru-baru ini, Nadhie hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat seorang yang bergelar ibu anak dua, (yang Nadhie kenal)  memberi anaknya makanan manis seperti kek, coklat dan aisrkim ketika baru sahaja berusia 6 bulan. Allahu. Terkedu seketika dibuatnya. Apatah lagi anaknya itu sudah sedia obes sebelum dibolehkan makan lagi. 


Tak tahu nak kata apa apabila yang emaknya pula berbangga-bangga apabila melihat si kecil itu bagai tidak keruan menginginkan kek lagi. Nak tegur risau pula kecik hati. Apatah lagi kita pun masih baru lagi bergelar ibu dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. 


Oleh itu, Nadhie kongsikan di blog Nadhie ini moga-moga jika ada ibu bapa, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang terbaca dan  mahu memberi makanan pertama kepada anak, bolehlah sama-sama alert. Semoga kita sama-sama lebih peka dan cakna tentang hal ehwal pemakanan anak, apa yang boleh dan apa yang tidak dan apa yang memberi manfaat mahupun mudharat. 


Paling haru, bila kita dah jaga elok-elok tapi ada orang lain pula suap dengan makanan manis, sedap  dan sebagainya. End up anak jadi picky eater. Memang tempoh yang sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran ketika  membesarkan anak ni. Oleh itu, apakah makanan yang paling sesuai ketika bayi berusia 6 bulan? Jom ikuti perkongsian daripada Public Health Malaysia ini.


Makanan Pertama Bayi Anda Ketika Berusia 6 Bulan


Antara kelebihan bubur nasi kosong adalah memberi rasa sebenar agar anak mudah diperkenalkan dengan perasa baru dan agar mudah untuk beri makanan berkhasiat. 






Pada usia 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan (selain susu ibu) kepada bayi.


Untuk permulaan, pastikan anda menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan perisa (garam dan gula). Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.


Sekiranya mereka diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri buah atau makanan dengan tambahan perisa, anak akan cenderung untuk menolak rasa makanan yang baru.


Usah salahkan anak jika mereka menjadi “Picky Eater” dikemudian hari sekiranya anda sendiri yang mengajar mereka untuk memilih makanan yang manis

 

image: Superhealthykids

Kredit : Public Health Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda