Skip to main content

Review KDrama One The Woman




Masa mula-mula tengok gambar poster drama One the woman ni memang kurang menarik. Tetapi, siapa sangka jalan ceritanya memang sangat menarik! Akhirnya, masa tu bila bosan-bosan sis sahajalah cuba-cuba tengok satu episod. Lepas tertengok satu episod terus nak tengok lagi dan lagi episod seterusnya. Tidak membosankan dan sentiasa ada babak yang mendebarkan, mencuit hati di setiap episod. 


Drama bersiri 16 episod ini diterajui oleh Lee Honey dan Kwan Sang Won sebagai teraju utama. Memang sepadan, cantik dan hensem mereka berdua ni bergandingan. Nampak serasi dan bagai ada chemistry.


Masuk bulan Oktober lepas, memang banyak drama-drama Korea menarik yang muncul. Semua sis tengok dan enjoy. Paling suka bila tengok One The Woman ni. 


Lagi-lagi bila dah layan drama Korea bergenre berat seperti Mouse dan sebagainya. One The Woman ni genre dia macam ada action, investigation, comedy, family. Macam-macam genre ada. Tetapi, tidaklah berat sangat untuk ditonton. Jadi apa yang menariknya kan drama Korea One The Woman ni? Nak tahu? Teruskan bacaan. 


Review Korean Drama One The Woman





 Terjaga Dari Tidur Rupanya Anak Keluarga Terkaya di Korea

Bagai mendapat durian runtuh dia rupa-rupanya merupakan seorang anak gadis keluarga bangsawan di Korea! Choi Yeon Ju asalnya merupakan seorang pendakwa raya di sebuah firma guaman. Namun, satu insiden yang tidak disangka telah membuatkan dia akhirnya terlantar di sebuah Hospital milik keluarganya selama beberapa hari. 


Akhirnya, dia tersedar dari 'lenanya' dan mendapati dirinya rupanya adalah seorang anak menantu sebuah keluarga bangsawan terkenal di Korea! Dan rupanya nama sebenarnya pula adalah Kang Mi Na.  Entah mengapa dia merasa bagai terlalu gembira dan teruja bila mengetahui dia adalah anak orang kaya. Semua yang berlaku seolah-olah dia baru sahaja memenangi loteri!




Rupanya Memiliki Seorang Suami Yang Kacak dan Kaya!

Sekali lagi Choi Yeon Ju merasa bagai bulan jatuh ke riba apabila mendapati dirinya yang selama ini disangka single rupanya memiliki seorang suami yang kacak! Bukan sahaja kacak, malah kaya! Teruja betul dia masa tu. Semuanya bagaikan mimpi. Entah mengapa dia merasa begitu gembira sekali. Sudahlah lahir dari keluarga yang kaya raya, mertua pun kaya, malah suami pula kacak dan bergaya. Hidupnya terasa sangat sempurna ketika itu.


Sekali lagi dia berasa bagai tidak percaya. Bagai seolah-olah dia sedang bermimpi! Tetapi, dalam masa yang sama dia sangat seronok memikirkan semua itu. Apatah lagi dia berharap apabila keluar sahaja dari Hospital dia akan menghabiskan masanya untuk bershopping, memanjakan diri di SPA dan bermalas-malasan di rumah. Semuanya terasa 'Heaven'!



Adakah Semua Itu Mimpi?

Ha, jawapannya tidak! Tidak sama sekali. Apa yang dialami itu bukan mimpi. Sebaliknya BENAR. Tetapi, adakah dia akan bergembira selepas itu? Dapat shopping dan menghabiskan duit sepanjang hari? Dapat memanjakan diri di SPA sentiasa seperti yang diharapkan? Ha, yang itu korang kenalah tengok sendiri. Takut terspoiler la pulak. 


Bagi sis memang menarik dan santai-santai drama ni. Tidak terlalu berat untuk ditonton, tetapi jalan cerita juga tidaklah membosankan seperti sesentengah drama. Banyak part-part kelakar yang mencuit hati. Ada part suspen, action, penyiasatan dan sebagainya. Keseluruhannya jalan cerita sangat memuaskan. Yang belum tengok lagi, untuk korang boleh marathon terus 16 Episod. Hihi. 


Okay sekian sahaja review dari sis. Bubye!






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda