Skip to main content

Resepi Jem Kaya Pandan Homemade

 



Buat sendiri jem kaya dekat rumah! Bagi peminat kaya, pasti ia sangat menyelerakan apabila roti potong, kukus  di makan bersama jem kaya sambil dicampurkan bersama mentega. Makan roti dengan jem kaya buatan sendiri (homemade) pasti sangat memuaskan.


Selain ia nya murah dan kita boleh buat dalam kuantiti yang banyak berbanding apabila membeli di kedai, apabila buat sendiri, rasa manis masinnya kesemuanya boleh kita suaikan ikut citarasa kita yang tersendiri.


Jika nak lebih manis, boleh tambahkan gula. Tetapi jika nak kurangkan manis boleh kurangkan sukatan gula atau ikut sahaja resepi seperti di bawah.


Selama ni ingatkan susah nak buat sendiri, baru tahu senang sahaja rupanya! Bagi yang nak cuba buat sendiri juga, anda boleh rujuk resepi seperti di bawah ini. 


Resepi Kaya Pandan Homemade


Bahan-bahan Kaya Pandan:

1 cawan air pandan (5 helai daun pandan diblend)

1 cawan susu cair

3/4 cawan gula

1 kotak santan 200g

2 sudu susu pekat manis

3 sudu tepung jagung

1 biji telur

Sedikit garam

Titiskan sikit pewarna hijau untuk nampak cantik.



Cara-cara Penyediaan Jem Kaya Pandan:-

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas di dalam periuk kecil. 


2. Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat. 


3. Bila dah nampak likat, sudah masak dah lah tu. 


4. Boleh terus simpan di dalam bekas yang sesuai untuk buat stok.


5. Dan sedia dihidang!





Credit banner: Food Delicacy


Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda