Skip to main content

Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Simpan Duit Raya Anak






Musim-musim raya ni, pasti ada ibu bapa yang tercari-cari tempat untuk simpan duit raya anak. Tabung haji merupakan satu inisiatif yang bagus untuk mendidik anak menabung seawal usia kecil.


Pasti ramai yang ingat susah kan nak bukak akaun Tabung Haji anak? Tidak lagi rupanya sebab sekarang semua benda sudah boleh buat online.



Kemudian cukupkan RM1300 dah boleh daftar Haji. Mana tahu ada rezeki dapat giliran pergi Haji awal.


NOTA: Daftar Akaun TH tak bermakna dah daftar Haji ya❗






CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK ANAK / BAYI ONLINE


Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.


Sebagai pendeposit anda hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian (online). 


Kemudian anda hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.


Selain itu diberi keutamaan layanan iaitu masa menunggu SEMINIT SAHAJA!


Jom tengok perkongsian saudari Areefah Ahmad yang pernah buka akaun Tabung Haji untuk anak (bayi) seketika dahulu.





CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK ANAK / BAYI ONLINE

Baru lepas bukak akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap ke pegi activate di cawangan.


Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.

Ni nak share, mudah je.



1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my

2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam gambar di bawah.



3. Isi details lengkap dan submit.

4. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.

5. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa dokumen berikut:

  • Surat beranak anak & salinan
  • MyKid anak & salinan
  • IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
  • Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)
  • Bagi baby yang baru lahir dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.


6. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.

Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.


7. Lepas dah daftar, boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu jugak macam dalam gambar di bawah.






Tiada Lagi Buku Akaun Tabung Haji | Ketahui Fungsi Pada Apps TH


1. Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)


2. Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.


3. Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian Wealth.


4. Untuk transfer online, tekan pay & transfer > Tabung Haji.


* boleh buat dekat website sahaja, tak boleh guna apps


Rujuk artikel ini untuk tutorial langkah demi langkah Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online


Doakan ayah, bonda dan Afya ada rezeki untuk tunaikan haji inshaAllah.


Sumber: Areefah Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda