Kalau anda adalah seorang peniaga online secara kecilan, tengah buat affiliate atau aktif di media sosial, anda kena tahu satu benda: gambar yang cantik memang akan membuatkan orang klik dan rasa nak tengok.
Cumanya, tak semua orang pandai design. Nak upah designer pula makan kos.
Disebabkan itu, sekarang ramai yang sudah mula menggunakan aplikasi AI untuk edit gambar. Ambil gambar biasa, tekan beberapa butang, letak prompt, biarkan 'image generate' dan tahu-tahu dah siap gambar produk versi nampak mahal dan nampak macam hire designer.
Antara fungsi menarik AI yang sangat membantu untuk menghasilkan gambar adalah:-
Apa sebenarnya AI boleh buat untuk edit gambar?
Ambil gambar produk atas meja, AI terus boleh buang latar belakang. Tak payah susah-susah potong satu-satu lag. Baik, jom tengok AI boleh bantu apa sebenarnya dalam menghasilkan gambar.
1. Buang Background Produk (Tak Perlu Potong Manual)
- Gambar nampak lebih kemas
- Senang upload ke Shopee & Lazada
- Jimat masa, jimat tenaga
2. Jana Gambar Dari Teks
Anda cuma perlu taip beberapa ayat ringkas (prompt), AI terus hasilkan gambar mengikut arahan tersebut.
Contoh:
“Produk skincare di atas meja kayu dengan cahaya semula jadi”
Terus dapat visual tanpa photoshoot.
3. Buang Objek Yang Mengganggu
Ada benda tak sengaja termasuk dalam gambar? AI boleh “padam” benda tu dan isi balik kawasan kosong supaya nampak lebih natural.
Tak perlu edit gambar secara rumit lagi dah.
4. Baiki Gambar Kabur atau Gelap
Gambar ambil waktu malam? Kurang pencahayaan?
AI boleh cerahkan, tajamkan dan naikkan kualiti gambar tanpa perlu setting itu dan ini.
Apps AI Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Khususnya untuk peniaga online & content creator
1. Midjourney
– Terus boleh menjana gambar cantik dari teks atau prompt yang diberikan.
2. DALL·E
– Dall-E berkemampuan untuk menghasilkan ilustrasi dan mengedit imej.
3. Adobe Photoshop Generative Fill
– Versi lebih pro untuk edit imej dan buat ilustrasi.
4. Gemini
- Ini antara yang popular dan hasil gambar yang cantik. Jana gambar melalui text dan prompt sahaja dengan begitu mudah.
5. Ai Magic
- Juga boleh menjana gambar yang menarik melalui text dan prompt sahaja.
Ringkasnya
Kalau dulu edit gambar nampak susah, sekarang AI dah ringkaskan semua.
Untuk peniaga kecil, content creator, shopee tiktok affiliate, cara ini memang sangat membantu bagi yang punyai budget kecil, nak jimat tetapi tetap mahukan gambar produk yang nampak profesional.
Teknologi semakin canggih sekarang. Nak edit gambar pun begitu mudah. Cuma perlu edit gambar dengan hujung jari sahaja. Dah tak payah bersusah-payah macam dulu lagi dah.
Baik, sekian sahaja dari saya. Semoga artikel ini bermanfaat.
Baca:
Template Akaun Bank Bagi Peniaga Online

Comments
Post a Comment