Skip to main content

Tak Perlu Lagi Prompt Panjang Untuk Generate Gambar Produk, Ini Cara Paling Mudah & Percuma Guna Gemini AI (Nano Banana)


 

Seiring dengan perkembangan teknologi, sekarang kita tidak perlu lagi menulis prompt yang terlalu panjang hanya untuk menghasilkan gambar produk yang nampak profesional. 


Dengan kemajuan teknologi AI, khususnya dalam image generation (penjanaan imej), proses ini menjadi jauh lebih mudah dan efisien. Sangat sesuai untuk blogger, content creator dan pemilik bisnes kecil.


Tak Perlu Lagi Prompt Panjang Untuk Generate Gambar Produk, Ini Cara Paling Mudah & Percuma Guna Gemini AI (Nano Banana)



Cara-cara Menghasilkan Imej Ai Gemini (Nano Banana)


1. Ambil gambar produk seperti yang dimahukan

Gunakan kamera telefon sahaja sudah memadai. Pastikan gambar jelas, fokus dan pencahayaan asas mencukupi. Tak perlu setup rumit kerana AI akan bantu memperkemaskan hasil akhir.


2. Buka aplikasi Gemini

Aplikasi ini menjadi platform utama untuk memproses dan menjana imej menggunakan teknologi AI terkini daripada Google.


3. Pilih Nano Banana Pro

Fitur ini memainkan peranan penting dalam menaikkan kualiti visual, terutamanya dari segi komposisi, pencahayaan dan elemen sokongan di sekeliling produk.


4. Muat naik gambar produk

Upload gambar asal produk dan biarkan AI menganalisis bentuk, warna serta karakter produk tersebut sebelum proses penjanaan imej dilakukan.


5. Gunakan prompt ringkas ini

Prompt: How the product composition in studio will be like, if the photo is taken by professional photographer with add any related element surrounding on the product?

Walaupun ringkas, prompt ini sudah mencukupi untuk menghasilkan visual yang kelihatan seperti sesi fotografi studio profesional.


Baca: Senarai Aplikasi AI untuk Edit Gambar Dengan Mudah 


Hasil & kelebihan yang boleh diperhatikan daripada prompt gambar



1. Komposisi produk lebih tersusun dan seimbang

2. Pencahayaan nampak natural dan premium

3. Elemen sekeliling produk lebih relevan dan menyokong visual

4. Jimat masa dan kos berbanding penggambaran studio sebenar


Secara keseluruhan, teknologi image generation daripada Google kini benar-benar berada pada tahap yang mengagumkan. Ia bukan sahaja memudahkan proses penciptaan kandungan, malah membantu meningkatkan kualiti visual untuk kegunaan blog, media sosial dan platform e-dagang tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi. 

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda