Lyrics: Qing Fei De Yi 情非得已 (Can't Help Falling In Love With You) - Harlem Yu 庾澄慶 - Meteor Garden OST Pinyin & English Translation
Qing Fei De Yi 情非得已 Dengar balik lagu ni teringat kenangan masa zaman sekolah rendah (darjah 5-6 tak silap sis) dan menengah rendah dahulu. Pada waktu itu drama taiwan yang bertajuk Meteor Garden ini sedang hangat ditayangkan di TV. Setiap hari boleh dengar lagu ni. Best. Memang layan drama ni dan lagunya. Lagi-lagi masa tu zaman baru nak mengenali cinta, baru-baru nak ada 'crush'. Jodoh sebenar pun masih struggle dekat SBP lagi masa tu. Hahaha. Btw, antara lagu-lagu bahasa lain di luar sana, sis memang lebih minat dengan lagu bahasa mandarin, berbanding korea, hindustan dan lain-lain. Taste sis memang lagu-lagu ala-ala begini sejak dari kecil lagi. Mungkin juga lah kan sebab faktor banyak tengok drama Taiwan waktu ni. Banyak sangat keluar dekat 8TV masa tu. Kemudian, masa belajar Diploma dulu, Lao Shi sis turut memperkenalkan lagu bahasa mandarin(Pinyin) dan ajak nyanyi sama-sama. Sis masih ingat lagi tajuk lagu tu Tong Hua. Sweet & romantik je liriknya. L...