Skip to main content

Cerpen: Aku Dan Dirimu Part 2

Sambungan daripada entri yang lepas...


gambar sekadar hiasan



Zarissa tersenyum sinis. Sinis sekali. Tertawa riang tatkala mendengar khabar angin yang dibawa oleh rakan sekelasnya. Iya, sudah tentu tentang kisah buruknya yang telah mencuri kertas soalan peperiksaan Business Study dan telah menjualnya kepada pelajar lain. Zarissa masih galak tertawa sambil sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Entah apa yang lucu, Fazliana pun tidak faham. Lagak gadis itu seolah-olah berbangga dengan publisiti murahan dan masalah yang telah diciptanya sendiri. Dan buat sementara waktu, dia tinggal bersama rakan sekelasnya yang tinggal di luar kawasan kolej. Itupun secara terpaksa. Rakannya terpaksa membenarkan Zarissa tinggal di situ setelah diugut. Iya, Zarissa mengugut akan menyebarkan berita bahawa gadis itu jua turut bersubahat mencuri kertas peperiksaan.


            “Sa, aku rasa baik kau balik...mak kau mesti risau...lagipun aku rasa surat dari pihak kolej tu mesti dah sampai rumah kau...,”ujar Fazliana, sedikit gusar dan bimbang terhadap apa yang dilakukan Zarissa selama ini. Zarissa tidak pernah serik berbuat jahat. Dahulu dia  pernah melagakan hubungan karib dua orang sahabat, pernah melawan pensyarah, bergaduh dan memukul pelajar perempuan lain, merampas kekasih orang dan sebagainya. Selebihnya Fazliana tidak tahu. Yang dia tahu, Zarissa...

            “Apa? Mak aku? Mak aku nak risau?? Jangan haraplah! Kalau aku tak balik sampai mati pun dia takkan cari aku!” tempik Zarissa sambil merengus geram.

            “Tak baik kau cakap macam tu Sa..” belum pun sempat menghabiskan kata-kata, lantas Zarissa meningkah.

            “Kau diam Faz! Hal keluarga aku, kau tak tahu apa-apa jangan masuk campur!!”

            “Maafkan aku Sa… tapi, sebagai kawan, aku bimbangkan kau… Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau…”

            “Arghh.. sudahlah! Aku tahu kau memang sengaja sebab kau dan budak-budak rumah kau ni tak suka kan aku datang sini? Okay, fine! Aku boleh blah ar dari sini!” akhiri Zarissa sebelum menghempas pintu rumah sewa Fazliana dengan kuat sekali.


************

            Pagi itu tidak seceria selalu.  Nak pergi kerja pun terasa bagai hilang mood. Apalagi kalau bukan kisah Zarissa yang mengganggui fikirannya. Sudah lebih dua minggu Zarissa tidak hadir ke kelas, Zaharil bimbang andai gadis itu akan dibuang Kolej pula pada kali ini. Dan baru-baru ini, dia mendapat tahu Zarissa sudah tidak tinggal lagi dengan Fazliana,  apatah lagi dengan keluarganya  Entah mengapa hubungan gadis itu dan keluarganya memang sangat teruk. Zaharil sendiri tidak pasti mengapa. Hingga kini, masih tiada lagi khabar mengenai Zarissa, apatah lagi setelah dia memarahi Zarissa tempoh hari. Kalau tidak, sekurang-kurangnya gadis itu pasti akan melaporkan aktiviti hariannya pada Zaharil. Tidak semena-mena, perasaan bersalah seolah-olah meluap di hatinya.


            ‘Argh…lupakan ajelah!’ Bisik hati kecil Zaharil sambil bersiap sedia untuk keluar dari pintu rumah. Punat kunci automatic MyVi nya lantas ditekan. Lalu dia memasukkan beg laptop ke dalam kereta sebelum mengunci pintu rumah teresnya. Kemudian, dia masuk ke dalam perut kereta. Namun, belum pun sempat dia menghidupkan enjin, tiba-tiba pandangan matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang terbaring di sebalik pasu-pasu bunga rumahnya. Jantungnya berdegup tiba-tiba.

            “Ya Allah! Zarissa!” Dia terjerit kecil sambil menopang kepala gadis itu di atas pangkuannya. Dia cemas, bimbang andai sesuatu terjadi pada Zarissa sehingga terbaring kaku di halaman rumahnya. Entah macam mana dia boleh tidak perasan pula.


            “Ya Allah, Zarissa! Zarissa! Kenapa dengan kamu ni?? Kamu tak apa-apa ke?” soalnya cemas sambil menampar-nampar lembut pipi gadis itu.

            “Bisingnyaaa… Sir, saya tak apa-apalah. Saya cuma tumpang tidur kat sini je. Saya dah tak ada tempat nak pergi. Saya cuma terfikirkan sini je. Takkan tak boleh kut? Boleh lah ye, Sir? Bolehlah sayang…Hehehe,” ujar Zarissa, selamba sambal tersengih bak kerang busuk, tanpa sedikit pun adanya perasaan malu. Tidak semena-mena merona kemerahan wajah Zaharil apabila dipanggil ‘sayang’ tanpa sedar panggilan itu sedikit pun tidak bermakna di hati Zarissa.  Bagai ada perasaan lain pula yang timbul di hati Zaharil tatkala mendengar Zarissa memanggilnya begitu. Apatah lagi gadis itu turut mengatakan bahawa dia cuma terfikirkan Zaharil sahaja disaat kesusahan.

‘Ah, wake up, Zaharil! Tak habis-habis kena tipu!’ Pantas, dia mengingatkan diri. Apatah lagi sudah berapa kali dia terkena dengan gadis itu.

            “Ah, banyaklah kamu punya sayang! Bangun! Lepas ni balik rumah kamu!” tegas Zaharil sambil menunjal-nunjal dahi Zarissa.

“Adoi, Sir ni..sakitlah! Macam mana nak bangun kalau Sir asik peluk saya je!” Selamba Zarissa mengusik membuatkan Zaharil tersedar bahawa dia masih memangku kepala Zarissa. Spontan dia bingkas bangun membuatkan tubuh Zarissa terhentak sedikit di atas lantai. Sekali lagi gadis itu mengaduh kesakitan membuatkan dia tersenyum mengejek. Padan muka!

Sir ni kasarlah! Perlahan-lahan lah sikit,”

“Sudah lah Zarissa. Saya dah lewat ni. Kalau tak ada apa-apa, keluar dari rumah saya sekarang!”

“Tapi, Sir… saya betul-betul tak ada tempat nak pergi. Boleh kan saya tinggal di sini buat sementara waktu??”

“Cukup! Jangan buang masa saya. Berapa banyak lagi masalah yang kamu cuba timbukan? Kamu ingat kamu tu siapa sesuka hati nak tinggal di rumah saya? Pergi cari keluarga kamu. Get lost,”

Sir, please…. Cuma Sir jelah harapan saya…”

I said get lost!! Berambus sekarang!” tempik Zahiril, akhirnya sebelum menghempas pintu MyVinya.

Zarissa hanya mampu terdiam. Sedih dan hiba merantai diri. Tiada siapa yang memahami dan cuba memahaminya. Dia buntu. Sedih dan sepi. Dia tahu dia jahat. Tapi, kadang-kala dia masih mahu seseorang berada dipihaknya dan cuba mempertahankannya. Tetapi, sekali lagi dia menyendiri. Setitis air hangat mengalir di pipinya. Dia terduduk di situ sambil memeluk lututnya. Air hangat itu masih mengalir deras di pipinya, sehinggalah tiba-tiba dia mengukir senyuman. Secebis senyuman sinis yang sukar dimengerti.


bersambung....


************

Comments

  1. Marah2 sir.. kot2 ada perasaan kat ppuan nakal tu kot..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. jeng jeng jeng. sir pun da serik, asik terkena je dgn budak nakal tu =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda