Skip to main content

Cara Mudah Menghindari Tol, Jalan Yang Sesak Dan Banyak Trafik Light Ketika Memandu




Setiap kali memandu pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jalan yang sentiasa bertol sahaja? Lebih-lebih lagi apabila kita bekerja di kawasan yang sesak.  Di kesempatan ini ingin saya kongsikan bagaimana caranya untuk menghindari tol, jalan yang sesak dan banyak traffic light serta highway ketika memandu, terutamanya bagi memastikan kelancaran perjalanan korang. 


Umum mengetahui kenaikan harga minyak dan tol sangat membebankan rakyat, lagi-lagi apabila perjalanan memakan masa yang lama dan jauh. Kadang-kala, bila pergi tempat dekat pun, banyak modal kena keluar bila tersalah pilih jalan . Contohnya macam haritu, perjalanan saya dari area KL hendak ke Rawang, terpaksa melalui lebih 10 tol disebabkan salah pilih jalan. Biasalah kita pun bila tak tahu jalan membuta tuli ikut je waze kan. Padahal ada sebenarnya caranya macam mana nak berjimat dan merancang perjalanan yang baik melalui Waze ini. Jom ikuti tips seperti di bawah. 


Cara Menghindari Tol, Jalan Yang Sesak, Banyak Traffic Light Dan Highway Ketika Memandu


1. Cara Menghindari Tol


1) 1st of all, korang kena ada sekurang-kurangnya aplikasi waze, google maps atau seumpama denganya. Disebabkan saya menggunakan Waze, jadi saya akan memberi contoh melalui Waze. 

2)  Mula-mula buka aplikasi Waze >> Tekan icon Search >> Tekan icon Setting >> Nanti akan keluar seperti dekat bawah ni, dan pilih je "Avoid toll roads"

Tekan bagi keluar warna hijau macam dekat gambar 





2. Cara Mengelak Jalan Yang Banyak Traffic Light


1) Buka Setting lagi, scroll ke bawah bahagian setting, dekat "Advanced Settings">>Navigation>>plih "Reduce Difficult Intersection"

2) Then dekat menu Navigation tu , banyak lagi benda-benda lain korang boleh godek-godek sendiri dan untuk keselesaan masing-masing. 


Pilih ikut keselesaan anda


Begitulah cara-caranya. Mudah dan sangat simple je kan? Semuanya dihujung jari dan menggunakan apps. Takda susah payah nak tengok peta dan buat penaakulan sendiri bagai. So, pada yang hendak merancang perjalanan dengan baik dan tidak mengeluarkan belanja yang besar, semoga tips ini membantu dan memudahkan perjalanan korang. Jangan masuk sungai dah lah ye. hehe *justkidding*

Okay terima-kasih sudi baca. Moga ketemu lagi !


Comments

  1. betol2 elak tol.. tapi kalo kat Penang ni tol tak banyak. and highway lagi cepat untuk elak traffic. terpaksa jugaklaaa guna laluan tol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yg tak bestnya dia takleh apply kat semua area, hanya tempat2 tertentu je. huhue

      Delete
  2. Jawabnya kena bercinta dengan waze barulah tenteram dari terus dibayangi tol.

    ReplyDelete
  3. Bagus tips nadhie ni. Ibu suka sangat. Paling tak suka jalan yang banyak trafik light

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. lagi-lagi area KL. Pernah tu waze bawak jalan ikut traffic light dan tol je. then tengok2 ada je jalan lain rupanya tak perlu tol, still jarak n masa sama.

      Delete
  4. Zaman sekarang ni tiada yang mustahil kan, banyak perkara mudah boleh dibuat melalui hujung jari sahaja.. THANK YOU NADHIE for sharing this tips

    ReplyDelete
  5. Baru tahu boleh pilih jalan x ada toll dengan Waze. Nice sharing...

    ReplyDelete
  6. ooo begitu yer.. sy pun pernah juga terkena bnyk tol sbb terlepas simpang.. :D :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. entah waze kekadang gila. memula ritu dia bawak jalan yang okay, kurang tol, then tetiba dia bawak yg banyak tol.

      Delete
  7. kdg2 guna yg bertol sbb nak cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sama. kadang2 jalan yang takda tol jauh pulak.

      Delete
  8. Ada jln tanpa tol tp jauh minyak lak byk guna huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sis. pernah terkena gak. kiranya dia tak apply untuk banyak tempat. Ada tempat yang sama jarak n masa perjalanan, tetapi ada tempat yang bila kita cuba elak tol, dia lagi jauh pulak. Sabo jelah. hee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda