Setiap kali memandu pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jalan yang sentiasa bertol sahaja? Lebih-lebih lagi apabila kita bekerja di kawasan yang sesak. Di kesempatan ini ingin saya kongsikan bagaimana caranya untuk menghindari tol, jalan yang sesak dan banyak traffic light serta highway ketika memandu, terutamanya bagi memastikan kelancaran perjalanan korang.
Umum mengetahui kenaikan harga minyak dan tol sangat membebankan rakyat, lagi-lagi apabila perjalanan memakan masa yang lama dan jauh. Kadang-kala, bila pergi tempat dekat pun, banyak modal kena keluar bila tersalah pilih jalan . Contohnya macam haritu, perjalanan saya dari area KL hendak ke Rawang, terpaksa melalui lebih 10 tol disebabkan salah pilih jalan. Biasalah kita pun bila tak tahu jalan membuta tuli ikut je waze kan. Padahal ada sebenarnya caranya macam mana nak berjimat dan merancang perjalanan yang baik melalui Waze ini. Jom ikuti tips seperti di bawah.
Cara Menghindari Tol, Jalan Yang Sesak, Banyak Traffic Light Dan Highway Ketika Memandu
1. Cara Menghindari Tol
1) 1st of all, korang kena ada sekurang-kurangnya aplikasi waze, google maps atau seumpama denganya. Disebabkan saya menggunakan Waze, jadi saya akan memberi contoh melalui Waze.
2) Mula-mula buka aplikasi Waze >> Tekan icon Search >> Tekan icon Setting >> Nanti akan keluar seperti dekat bawah ni, dan pilih je "Avoid toll roads"
Tekan bagi keluar warna hijau macam dekat gambar |
2. Cara Mengelak Jalan Yang Banyak Traffic Light
1) Buka Setting lagi, scroll ke bawah bahagian setting, dekat "Advanced Settings">>Navigation>>plih "Reduce Difficult Intersection"
2) Then dekat menu Navigation tu , banyak lagi benda-benda lain korang boleh godek-godek sendiri dan untuk keselesaan masing-masing.
Pilih ikut keselesaan anda |
Begitulah cara-caranya. Mudah dan sangat simple je kan? Semuanya dihujung jari dan menggunakan apps. Takda susah payah nak tengok peta dan buat penaakulan sendiri bagai. So, pada yang hendak merancang perjalanan dengan baik dan tidak mengeluarkan belanja yang besar, semoga tips ini membantu dan memudahkan perjalanan korang. Jangan masuk sungai dah lah ye. hehe *justkidding*
Okay terima-kasih sudi baca. Moga ketemu lagi !
betol2 elak tol.. tapi kalo kat Penang ni tol tak banyak. and highway lagi cepat untuk elak traffic. terpaksa jugaklaaa guna laluan tol..
ReplyDeletetulah yg tak bestnya dia takleh apply kat semua area, hanya tempat2 tertentu je. huhue
DeleteJawabnya kena bercinta dengan waze barulah tenteram dari terus dibayangi tol.
ReplyDeleteYup, kena bercinta :D
DeleteBagus tips nadhie ni. Ibu suka sangat. Paling tak suka jalan yang banyak trafik light
ReplyDeleteKan. lagi-lagi area KL. Pernah tu waze bawak jalan ikut traffic light dan tol je. then tengok2 ada je jalan lain rupanya tak perlu tol, still jarak n masa sama.
DeleteZaman sekarang ni tiada yang mustahil kan, banyak perkara mudah boleh dibuat melalui hujung jari sahaja.. THANK YOU NADHIE for sharing this tips
ReplyDeleteSama-sama Husniey. :)
DeleteBaru tahu boleh pilih jalan x ada toll dengan Waze. Nice sharing...
ReplyDeleteYup , sesuai untuk tempat yang kerap2 tol.
Deleteooo begitu yer.. sy pun pernah juga terkena bnyk tol sbb terlepas simpang.. :D :D :D
ReplyDeleteKan. entah waze kekadang gila. memula ritu dia bawak jalan yang okay, kurang tol, then tetiba dia bawak yg banyak tol.
Deletekdg2 guna yg bertol sbb nak cepat..
ReplyDeleteyup sama. kadang2 jalan yang takda tol jauh pulak.
DeleteAda jln tanpa tol tp jauh minyak lak byk guna huhhu
ReplyDeletetulah sis. pernah terkena gak. kiranya dia tak apply untuk banyak tempat. Ada tempat yang sama jarak n masa perjalanan, tetapi ada tempat yang bila kita cuba elak tol, dia lagi jauh pulak. Sabo jelah. hee
Delete