Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Buat Pembeli Rumah Pertama

Anda tercari-cari rumah untuk dibeli? Ingin membeli rumah buat pertama kali? Kalau begitu, samalah kita.  Semakin meningkat usia ni, barulah terfikir nak settle down banyak benda. Sebelum ni endah tak endah je bila ada seorang akak ni selalu nasihat saya.  "Kau muda lagi , baik kau beli rumah cecepat,"  " Kau muda lagi..."  ".. Beli rumah.."   "Cuba sis tengok banyak tau skim rumah pertama.."   Itulah antara nasihat beliau setiap kali kami berjumpa. Tapi, kita acuh tak acuh pula. haha. Thank you Kak Z atas peringatan & sorry tak amik port sangat sebelum ni. HEHE :) Alang-alang sedang mencari rumah mampu milik, akan saya kongsikan pada semua pembaca SENARAI 11 Skim Perumahan Mampu Milik di Malaysia ini yang patut anda tahu. Mana tahu anda pun sedang mencari rumah kan? Dan semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memudahkan urusan seharian anda.  Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Yang Patut

Cara-cara Memeriksa EMEI Nombor dan Status Original Telefon Bimbit Anda

Bercakap tentang telefon baru, apa perkara pertama yang akan anda lakukan setiap kali membeli telefon bimbit baru? Sudah pasti mahu memeriksa dan memastikan sejauh mana originalnya telefon bimbit tersebut bukan? Dan salah satu cara untuk memeriksa adalah melalui EMEI nombor (yang ni semua orang wajib tahu) atau lebih dikenali sebagai  International Mobile Equipment Identity. Di mana maklumat yang terdapat padanya akan membuktikan sejauh mana kesahihan buatan telefon bimbit anda. Cara-cara Untuk Memeriksa EMEI Nombor Dan Status Original Telefon Bimbit Anda credit image : https://support.apple.com 1. Check IMEI Nombor Bagi Android Check Melalui Code #06#* - Buka telefon bimbit anda dan dail #06#*, maka akan tertera Emei nombor telefon bimbit korang. Check di bahagian setting>>About Phone>>Status Check Secara Manual di kotak kerana kadang-kala dikotak juga terdapat info mengenai IMEI No pada telefon bimbit anda. Check Secara Manual di bawah

Sambutan "PAW-SOME" Festival Bersama Astro All-Stars Selebriti Anjuran IJM Land Seremban 2

Sambutan "PAW-SOME" Festival Bersama Astro All-Stars Selebriti Anjuran IJM Land Seremban 2 Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri   IJM Land’s Chap Goh Mei 2018 press conference, bertempat di IJM Land Serem ban 2.  B ersempena sambutan tahun baru cina  yang sudah semakin menghampiri, pihak IJM Land Berhad (IJM Land) akan menganjurkan Sambutan "PAW-SOME" Festival Bersama Astro All-Stars Selebriti di City Park Seremban 2 dan bertemakan "Reunion in S2 with Joys Anew "元宵 团圆, 喜乐 年年" yang akan diadakan pada 3 Mac 2018 ini. IJM Land tidak pernah gagal untuk menarik perhatian, kerana acara yang akan diadakan ini bukan sahaja menawarkan aktiviti menarik yang pasti menarik minat penduduk terutamanya di sekitar Seremban, malah akan melakarkan kenangan yang manis buat mereka.  Sambutan "PAW-SOME" Festival Bersama Astro All-Stars Selebriti di City Park Seremban 2 pada 3 Mac 2018  during the IJM Land Press Conference

Lirik Lagu Ya Rasulullah Raihan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad .   Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.   Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56] Bait-bait kata yang indah, merinduinya, membuatkan hati turut merindu. Begitu syahdunya bait-bait lagu yang pernah dinyanyikan kumpulan Raihan, merupakan kumpulan nasyid popular tanah air suatu ketika dulu. Ya, suatu ketika dulu. Tenggelam sudah kah kumpulan nasyid itu seiring dengan tenggelamnya irama nasyid tanah air? Ke mana perginya kumpulan tersebut ketika ini?  Jangan bimbang kerana meskipun kumpulan Raihan kini sepi ditanah air, namun mereka punyai ramai peminat di Luar Negara dan masih disambut baik sehingga kini. Jom imbas kembali bait-ba

Review Filem: Jumanji Welcome to the Jungle

Agak lambat baru sempat menyaksikan filem Jumanji, seperti yang saya kongsikan dekat sini sebelum ini, iaitu menebus dua ticket wayang menggunakan Birthday Voucher . Tak semestinya pergi time birthday kan, bila-bila free pun boleh. Apapun bagi sesiapa yang meminati cerita bergenre action, comedy, fantasy dan sains fiksyen, pasti akan meminati Jumanji disebabkan jalan ceritanya yang memenuhi citarasa korang. Sinopsis filem Jumanji : Welcome to the Jungle Segalanya bermula apabila sekumpulan 4 orang pelajar bermasalah di Brantford High School akhirnya didenda untuk membersihkan sebuah bilik di sekolah mereka. Sedang melakukan aktiviti pembersihan, mereka terjumpa set permainan jumanji dan memutuskan untuk berhibur buat seketika.  Spencer si lembik memilih watak Dr.Bravestone, Anthony memilih watak Franklyn Mouse, Martha memilih watak Ruby Roundhouse dan Bethany memilih watak Prof Shelly Oberon. Namun, siapa sangka akhirnya seorang demi seorang dari m