Skip to main content

Maksud Warna Bunga Ros Dan Jumlah Ros Yang Diberi



Sejambak bunga ros putih diselang-selikan dengan beberapa kuntuman bunga ros merah dan pink  memukau ke mataku. Pemberian sejambak bunga rose dari insan yang tersayang sememangnya cukup indah. 

Bunga rose atau jua dipanggil sebagai mawar, sememangnya cukup indah dan memukau mata yang melihat. Ha.. betulkah nak bagi rose hanya pada wanita sahaja? Tidak lah. Sebenarnya bunga rose boleh sahaja diberi pada kaum lelaki. Kerana maksud tersirat yang ada padanya.

Betulkah tidak digalakkan memberi bunga ros biru atau hitam kepada insan yang disayangi? Ha.. tahu kenapa? Meh tengok apa sebab-sebab dan maksud disebalik warna bunga ros! 



Maksud Warna Bunga Ros Dan Jumlah Ros Yang Diberi


1. Ros atau Mawar Merah


Maksud Ros atau Mawar Merah menunjukkan Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian mencintai seseorang. Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang. Melalui bunga ros perasaan boleh diungkap, seperti berkata "Aku Cinta Padamu", Cinta kita cinta yang satu dan sebagainya. 

2. Ros Pink 

Ros Pink pula menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran serta penghargaan terhadap seseorang. Pemberian bunga ros berwarna pink gelap bermaksud menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati


3. Ros Kuning

Kuning Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.


 4. Ros Putih

Menunjukkan kesucian, cinta yang sejati dan kau yang satu terhadap seseorang. Bunga ros putih juga selalu dijadikan sebagai bunga tema sesebuah perkahwinan dan menunjukkan “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin untuk menggambarkan cinta yang bahagia.


5. Ros Warna Lavender

Ros ini menunjukkan Cinta pandang pertama dan terpesona terhadap seseorang. Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

6. Bunga Ros Oren

Bunga Ros Oren bermaksud keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Ia sesuai untuk mereka yang masih dalam fasa berkawan. Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.

7. Bunga Ros Hitam

Bermaksud Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian. Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.

8. Bunga Ros Biru

Maksud ros biru ialah sesuatu yang mustahil dan tak dapat disempurnakan. Ini adalah kerana secara realitinya bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.



Maksud DiSebalik Jumlah atau Bilangan Bunga Ros Yang Diberi


– 1 Rose Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
– 2 Roses Saling menyayangi antara satu sama lain
– 3 Roses I love you
– 6 Roses Aku ingin menjadi milikmu
– 7 Roses Aku tergila-gilakan kamu
– 9 Roses Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
– 10 Roses Kamu adalah sempurna
– 11 Roses Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
– 12 Roses Be my steady
– 13 Roses Peminat rahsia
– 15 Roses Saya minta maaf, tolong maafkan saya
– 20 Roses Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
– 21 Roses Aku setia pada mu
– 24 Roses Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
– 33 Roses menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
– 36 Roses Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
– 40 Roses Cintaku padamu adalah tulen
– 50 Roses Cinta yang tiada sesalan
– 99 Roses Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
– 100 Roses Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
– 101 Roses Kaulah satu-satunya cintaku
– 108 Roses Jom Kahwin!
– 365 Roses Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
– 999 Roses Cinta yang berkekalan sampai bila-bila


Tak sangka di sebalik warna bunga rose, rupanya mempunyai maksud tertentu. Termasuklah jumlah dan bilangan yang diberi. Namun, tidak lah semua orang mengetahuinya. Ramai yang pakai main beri je asal ada gitu. Mungkin jua ikut budget masing-masing?

Pun begitu, bagi yang menerima usahlah taksub dengan panduan di atas. Mana tau orang yang beri tu pun tak tahu menahu kan? Asal cantik di mata. hihi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! bubye!


Comments

  1. Bunga ros sangat sinonim dengan cara individu nengungkap rasa.

    ReplyDelete
  2. apa pun warna dia akak suka, dh namanya bunga mmg akak suka, tak kisahla hatta bunga taik ayam pun hehehhe

    ReplyDelete
  3. oh baru tahu ada ros hitam ye.. hehe.. banyak makna ros ni rupanya ye nad.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda