Skip to main content

Posts

Showing posts with the label DIY

DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam

Teringat sis kenangan masa budak-budak dulu, selalu sangat tiba-tiba rumah tiada eletrik. Lagi-lagi bila kena tengah malam. Meraba-raba kitorang seberadik pergi selongkar kabinet cari lilin. Lepastu kami seberadik main dengan  bayang-bayang dekat dinding. Buat rupa arnab lah, kucing lah, memang nostalgia. Masa tu boleh kata stok lilin merupakan stok-stok wajib yang perlu ada dalam setiap isi rumah. Dah macam satu keperluan. Masa tu juga zaman tak canggih macam sekarang, ada rumah yang ada backup power dan sebagainya. Apapun, zaman sekarang macam tak relevan je kan kejadian ni selalu berlaku. Yalah zaman dah berubah, serba canggih, serba cukup lengkap. Jadi sudah tiada maknanya kan nak simpan lilin banyak-banyak dekat rumah. Kadang memang tak terfikir pun. Tetapi, sesekali pernah juga lah terkena. Tiba-tiba ada pula kerosakan itu ini tengah malam, ada pula kejadian tiada eletrik selama beberapa jam. Jenuh juga lah bergelap harapkan lampu fone sahaja.  Pun begitu, jangan ri...

Senarai Aktiviti Yang Meransang Perkembangan Minda Anak-anak Anda!

Nak ransang perkembangan minda anak-anak, boleh cuba macam-macam cara yang kreatif dan menyeronokkan rupanya. Oleh itu, anak-anak tidaklah perlu berfokus hanya belajar secara teori dan di atas kertas sahaja. Paling penting, ibu bapa juga tidak perlu menggunakan telefon pintar untuk membuatkan anak-anak sibuk, tidak menganggu mereka dan nak cepat pandai.  Ya, kadang-kala boleh sahaja belajar menggunakan gadget , namun sudah tentu kesan dan akibat buruk penggunaan telefon pintar pada kanak-kanak itu lebih daripada manfaat yang bakal diperolehi di kemudian hari.  Sis yakin pasti ramai ibu bapa buntu bagaimana caranya untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak dengan cara yang betul namun masih menghiburkan, bukan? Disebabkan itu, anda boleh rujuk perkongsian di bawah ini sebagai panduan. Manalah tahu ada aktiviti yang memberi inspirasi. Jom sama-sama tengok! Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak Anda 1) Buatkan gambar awan sepert...

Maksud Warna Bunga Ros Dan Jumlah Ros Yang Diberi

Sejambak bunga ros putih diselang-selikan dengan beberapa kuntuman bunga ros merah dan pink  memukau ke mataku. Pemberian sejambak bunga rose dari insan yang tersayang sememangnya cukup indah.  Bunga rose atau jua dipanggil sebagai mawar, sememangnya cukup indah dan memukau mata yang melihat. Ha.. betulkah nak bagi rose hanya pada wanita sahaja? Tidak lah. Sebenarnya bunga rose boleh sahaja diberi pada kaum lelaki. Kerana maksud tersirat yang ada padanya. Betulkah tidak digalakkan memberi bunga ros biru atau hitam kepada insan yang disayangi? Ha.. tahu kenapa? Meh tengok apa sebab-sebab dan maksud disebalik warna bunga ros!  Maksud Warna Bunga Ros Dan Jumlah Ros Yang Diberi 1. Ros atau Mawar Merah Maksud  Ros atau Mawar Merah menunjukkan  Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian mencintai seseorang. Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang. Melalui bunga ros perasaan bole...

Koleksi DIY Doiley Paper Atau Kertas Alas Kek (Paper Under Cake)

Koleksi DIY Doiley Paper Atau Kertas Alas Kek (Paper Under Cake) Pada pembuat kek, penggemar kek, pasti tahu apa itu doiley paper. Doiley paper dikenali jua sebagai kertas alas kek ( Paper Under Cake ) dan sesuai juga untuk dijadikan bahan membuat DIY ( Do it yourself ). So di sini saya ingin berkongsikan beberapa koleksi DIY yang diperbuat daripada Doiley Paper. Manalah tahu boleh dijadikan idea kan untuk kita berdekorasi dan membuat sebarang hiasan? Apatah lagi koleksi -koleksi DIY ini kebanyakannya simple sahaja dan kelihatan mudah. Tetapi still cantik dan akan menampakkan sesuatu itu kelihatan ekslusif.  DIY Paper Under Cake Ada macam-macam jenis dan banyak kan koleksi Doiley Paper? Tinggal kita je yang tak tahu. Kadang-kala simple sahaja design menggunakan kertas alas kek ni, tetapi cukup membuatkan sesuatu DIY itu kelihatan menarik dan nampak ...