DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam

 Assalamualaikum & Hi Semua! 



Teringat Nadhie masa kecik-kecik dulu, rajin rumah tiada eletrik. Lagi-lagi bila kena tengah malam. Mengagau kitorang satu beradik pergi selongkar kabinet cari lilin. Lepastu satu beradik main dengan  bayang-bayang dekat dinding. Buat rupa arnab lah, kucing lah, memang nostalgia. Masa tu boleh kata stock lilin merupakan stock-stock wajib yang perlu ada dalam setiap isi rumah. Dah macam satu keperluan. Masa tu juga zaman tak canggih macam sekarang, ada rumah yang ada backup power dan sebagainya.


Btw, zaman sekarang macam tak relevan je kan kejadian ni selalu berlaku. Yalah zaman dah berubah, serba canggih, serba cukup lengkap. Jadi sudah tiada maknanya kan nak simpan lilin banyak-banyak dekat rumah. Kadang memang tak terfikir pun. Pun begitu, sesekali pernah juga lah terkena. Tiba-tiba ada pula kerosakan itu ini tengah malam, ada pula kejadian tiada eletrik selama beberapa jam. Jenuh juga lah bergelap harapkan lampu fone sahaja. 


Pun begitu, jangan risau kalau korang memang jenis yang tak simpan stock lilin. Paling senang dan menjimatkan, boleh DIY sendiri sahaja. So , tak adalah mengagau cari kan nanti. Cara-caranya mudah aje, jom ikuti panduan di bawah. 


DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam




Bahan-bahan DIY Lilin

* Gelas 

* Air

* Minyak goreng

* Cotton bud



Cara-cara DIY Lilin Sendiri

1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud di bahagian tengah. 

3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas. 

4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud. 

5. Nyalakan guna mancis atau lighter, 

Tahan sampai berhari-hari!

Semoga bermanfaat..



Sumber: fb/Medialoka



1 Comentarios

  1. Teringat dulu-dulu suka ubah suai lilin jadi macam-macam bentuk and wangi. Nak beli yang ready memang tidak lah. Diy guna cotton bud ni kalau tau dulu, habis minyak masak kat rumah. Huhuhu!

    ReplyDelete