Skip to main content

DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam




Teringat sis kenangan masa budak-budak dulu, selalu sangat tiba-tiba rumah tiada eletrik. Lagi-lagi bila kena tengah malam. Meraba-raba kitorang seberadik pergi selongkar kabinet cari lilin. Lepastu kami seberadik main dengan  bayang-bayang dekat dinding. Buat rupa arnab lah, kucing lah, memang nostalgia. Masa tu boleh kata stok lilin merupakan stok-stok wajib yang perlu ada dalam setiap isi rumah. Dah macam satu keperluan. Masa tu juga zaman tak canggih macam sekarang, ada rumah yang ada backup power dan sebagainya.


Apapun, zaman sekarang macam tak relevan je kan kejadian ni selalu berlaku. Yalah zaman dah berubah, serba canggih, serba cukup lengkap. Jadi sudah tiada maknanya kan nak simpan lilin banyak-banyak dekat rumah. Kadang memang tak terfikir pun. Tetapi, sesekali pernah juga lah terkena. Tiba-tiba ada pula kerosakan itu ini tengah malam, ada pula kejadian tiada eletrik selama beberapa jam. Jenuh juga lah bergelap harapkan lampu fone sahaja. 


Pun begitu, jangan risau kalau korang memang jenis yang tak simpan stok lilin. Paling senang dan menjimatkan, boleh DIY sendiri sahaja. So, tak adalah nanti tak keruan nak cari bila memerlukan. Cara-cara nak buat lilin terpakai ni pun mudah aje. Guna sahaja apa-apa barang yang ada dekat dalam rumah. So apalagi, jom ikuti panduan di bawah. 


DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam




Bahan-bahan DIY Lilin

* Gelas 

* Air

* Minyak goreng

* Cotton bud



Cara-cara DIY Lilin Sendiri

1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud di bahagian tengah. 

3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas. 

4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud. 

5. Nyalakan guna mancis atau lighter, 

Tahan sampai berhari-hari!

Semoga bermanfaat..



Sumber: fb/Medialoka



Comments

  1. Teringat dulu-dulu suka ubah suai lilin jadi macam-macam bentuk and wangi. Nak beli yang ready memang tidak lah. Diy guna cotton bud ni kalau tau dulu, habis minyak masak kat rumah. Huhuhu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda