Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak-anak Anda! - Nadhie Wueen

Wednesday, 18 December 2019

Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak-anak Anda!


Assalamualaikum & Hi Semua!

Senarai Aktiviti Yang Merangsang Minda Anak-anak


Senarai Aktiviti Yang Merangsang Minda Anak-anak | Macam-macam cara sebenarnya boleh dibuat untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Tidaklah hanya belajar secara teori dan membuat kerja di atas kertas sahaja kan? Dan tidak perlu juga menggunakan telefon pintar untuk membuatkan anak-anak pandai. Sudah nyata kesan dan akibat buruk penggunaan telefon pintar pada kanak-kanak dikemudian hari. 

Nadhie yakin pasti ramai ibu bapa buntu bagaimana caranya untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak dengan cara yang betul dan menghiburkan? Ya, anda boleh rujuk perkongsian di bawah ini sebagai panduan. 


Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak Anda


1) Buatkan gambar awan seperti di bawah dan mintak mereka cipta hujan menggunakan tali




2) Masukkan bola ke dalam lubang!


3) Cipta kreativiti menggunakan putik kapas!


4) Mewarna dengan putik kapas


5) Warnakan kuku dia!


6) Belajar pelbagai bentuk menggunakan popsicle


7) Buat bentuk ikan lawa-lawa, dan bagi mereka sulam


8) Padankan dengan bentuk yang sama


9) Padankan bentuk mengikut acuan di atas!


10) Buat bentuk tapak kaki dan tangan suruh mereka pijak mengikut bentuk tersebut


11) Belajar mengenal huruf


12) Putihkan gigi yang kuning! Secara tak langsung mengajar mereka tentang kepentingan menggosok gigi


13) Ajar tentang disiplin dan jadual harian
14) Mengajar mengenal huruf menggunakan penutup botol terpakai dan kotak


15) Isikan tempat kosong dengan mengeja nama sendiri


16) Belajar mengenal nombor


17) koyak dan tampal. Ajar kreativiti





18) Kuku kena potong, harus pendek dan bersih.



19) Rambut budak lelaki kenalah pendek dan kemas 


20) Belajar menyulam dan mengenali warna


21) Aktiviti ni buat mereka lebih fokus. Takdalah nak melasak berlari sana sini


22) Aktiviti yang merangsang daya tumpuan dan fokus


23) Gabungkan image! Senang je kan parent nak cipta ni guna cupboard dan kertas aje.


24) Mewarnakan huruf dengan putik kapas


25) Padankan dengan yang sesuai!



26) Guna Popsicle dan kertas je kan. Easy!


27) Ni pun seronok! Buat kat rumah je!




Dah tengok dah kesemua aktiviti-aktiviti di atas? Kebanyakannya menyeronokkan bukan? Tak payah susah-susah nak bawak pergi jauh-jauh, nak beli alat mainan itu ini dan sebagainya. Dan yang penting tak perlu telefon pintar untuk belajar bukan?

Apapun banyak tenaga dan masa yang diperlukan selain kesabaran. Sabarlah dan bergembiralah. Tak lama mana nak tunggu mereka membesar. Selawat banyak-banyak saat kerenah anak-anak seakan menguji kesabaran dan bertenang okay! Nadhie doakan semoga anda semua mendapat anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan berguna dunia akhirat! Amin


Okay sekian sahaja dari Nadhie.Bubye!


Credit : K4Craft

3 comments:

  1. wahhhh menarik dan ada macam-macam aktiviti yang boleh di buat

    ReplyDelete
  2. ada jugak few aktiviti yg pernah dibuat dgn anak2...rindu nak buat lagi tapi anak2 dah besar semua

    ReplyDelete
  3. Aktiviti yang menyeronokkan anak anak untuk meransang minda. Sangat menarik dan tak boring.

    ReplyDelete