Skip to main content

Senarai Aktiviti Yang Meransang Perkembangan Minda Anak-anak Anda!




Nak ransang perkembangan minda anak-anak, boleh cuba macam-macam cara yang kreatif dan menyeronokkan rupanya. Oleh itu, anak-anak tidaklah perlu berfokus hanya belajar secara teori dan di atas kertas sahaja.


Paling penting, ibu bapa juga tidak perlu menggunakan telefon pintar untuk membuatkan anak-anak sibuk, tidak menganggu mereka dan nak cepat pandai. 


Ya, kadang-kala boleh sahaja belajar menggunakan gadget, namun sudah tentu kesan dan akibat buruk penggunaan telefon pintar pada kanak-kanak itu lebih daripada manfaat yang bakal diperolehi di kemudian hari. 


Sis yakin pasti ramai ibu bapa buntu bagaimana caranya untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak dengan cara yang betul namun masih menghiburkan, bukan?


Disebabkan itu, anda boleh rujuk perkongsian di bawah ini sebagai panduan. Manalah tahu ada aktiviti yang memberi inspirasi. Jom sama-sama tengok!


Senarai Aktiviti Yang Merangsang Perkembangan Minda Anak Anda


1) Buatkan gambar awan seperti di bawah dan mintak mereka cipta hujan menggunakan tali.



2) Masukkan bola ke dalam lubang! Cipta guna kotak sahaja. Mudah bukan?


3) Cipta kreativiti dan melukis menggunakan putik kapas!


4) Mewarna dengan putik kapas.


5) Jom warnakan kuku dia!


6) Belajar dan buat pelbagai jenis bentuk menggunakan batang aiskrim.


7) Buat bentuk ikan lawa-lawa, dan bagi mereka sulam mengikut kreativiti masing-masing.


8) Padankan dengan bentuk yang sama


9) Padankan bentuk mengikut acuan di atas!


10) Buat bentuk tapak kaki dan tangan suruh mereka pijak mengikut bentuk tersebut


11) Belajar mengenal huruf


12) Putihkan gigi yang kuning! Secara tak langsung mengajar mereka tentang kepentingan menggosok gigi.


13) Ajar tentang disiplin dan jadual harian
14) Mengajar mengenal huruf dan mengeja menggunakan penutup botol terpakai serta kotak.


15) Isikan tempat kosong dengan mengeja nama sendiri


16) Belajar kenal nombor. Guna pinggan dan pengepit baju sahaja.



17) koyak dan tampal. Ajar kreativiti





18) Kuku kena potong, harus pendek dan bersih. DIY guna sarung tangan getah dan kertas sahaja.




19) Rambut budak lelaki kenalah pendek dan kemas. 


20) Belajar menyulam dan mengenali warna


21) Aktiviti ni buat mereka lebih fokus. Takdalah nak melasak berlari sana sini


22) Aktiviti yang merangsang daya tumpuan dan fokus


23) Gabungkan imej! Senang je kan ibu bapa nak cipta yang ni. Cuma guna cupboard dan kertas sahaja.


24) Mewarnakan huruf dengan putik kapas.


25) Padankan dengan yang sesuai!



26) Guna batang aiskrim dan kertas sahaja. Mudah bukan?


27) Okay akhir sekali yang ini. Pun seronok! Boleh buat kat rumah je!




Banyak bukan jenis-jenis mainan yang menyeronokkan dan meransang minda yang ibu bapa boleh cipta sendiri? Paling penting, ibu bapa juga harus memainkan peranan dengan memberi sedikit masa dan tunjuk ajar sebelum anak-anak boleh berdikari bermain sendiri.

Penggunaan alatan seperti gunting dan sebagainya haruslah di bawah pemantauan ibu bapa juga. Yang penting nak anak belajar dan fokus tak perlu telefon pintar pun sebenarnya.

Sekian sahaja dari saya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 






Credit : K4Craft

Comments

  1. wahhhh menarik dan ada macam-macam aktiviti yang boleh di buat

    ReplyDelete
  2. ada jugak few aktiviti yg pernah dibuat dgn anak2...rindu nak buat lagi tapi anak2 dah besar semua

    ReplyDelete
  3. Aktiviti yang menyeronokkan anak anak untuk meransang minda. Sangat menarik dan tak boring.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda