Tempat Menarik Melaka | VRAR Interactive Park @ The Shore - Nadhie Wueen

Friday, 1 February 2019

Tempat Menarik Melaka | VRAR Interactive Park @ The Shore


Assalamualaikum & Hi Semua!



Tempat Menarik Melaka | VRAR Interactive Park @ The Shore merupakan salah satu tarikan terbaru di Melaka. Baru-baru ni sis sudah pergi ke The Shore Oceanarium seperti yang sis pernah kongsikan di SINI.   Alang-alang dah pergi, sis singgah sekali dekat VRAR Interactive Park yang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang sudah ada dalam Wishlist sis.

Bagi yang curious tentang apa yang ada dekat VR&AR Interactive Park ni,  maksud VR itu sendiri ialah Virtual Reality , manakala AR pula adalah Augmented Reality. Jom sis ceritakan lebih details  pengalaman sis sepanjang di sini.


Ada Apa di VRAR Interactive Park @ The Shore?

1. Game Zone

Di Kids VR Zone. Ha.. kat sini dikhususkan untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun tau. Tapi orang dewasa boleh je kalau nak try :p Disebabkan memang tak ramai orang time tu, sis tak melepaskan peluang untuk cuba bermain game di sini.

Memang best lah sebab banyak pilihan and enjoy betul masa main dengan paparan menarik dan pelbagai jenis game serta boleh zoom 360 darjah dekat dunia game tu. Time tu terpikir awatlah untuk kanak-kanak je.kihkih. Ada had limit bagi kanak-kanak sebab dorang boleh pening kalau main lama-lama.




2. Zone Melukis Lukisan Hidup!

Part melukis dan mewarna ni memang enjoy kalau minat. Apa taknya, sebab setiap lukisan yang kita dah lukis atau warna akan keluar berjalan-jalan secara live di paparan skrin besar depan kita. Ya lah time kat dunia binatang tu..

Disebabkan bakat terpendam, hasilnya penguin dan orang salji yang kami kaler tu memang nampak comot-comot lah. hewhew.






3. Fruit Slice Game

Selalu dah main kat handphone je kan? Ha.. kali ni boleh main dekat screen besar. Memang puas hati lah dibuatnya. Lagi-lagi bila dapat bermain berdua dengan tersayang. Tak gittew? :3



4. Selamatkan Penyu!

Penyu-penyu sudah terkeluar dari landasan! Ha, apalagi takkan lah nak biar je kan? Kena selamatkan. Supaya dia tak sepah-sepah dan boleh masuk ke dalam tapis yang disediakan. Yang bestnya sebab macam bebetul pulak kan. 



5. VR Lab seolah-olah di Dimensi Lain!

Macam-macam kisah dan pengembaraan. Jerung yang seolah-olah terasa realistik, kapal yang hampir karam, mengharungi ikan-ikan di lautan dan sebagainya. Rotation 360%. Boleh pusing tengok depan dan tengok belakang.



6. Sudut Bergambar

Dekat sudut bergambar, banyak gambar berkonsepkan augmented reality. Cth mcm trex tiba-tiba keluar jalan depan kita dan sebagainya. Ha.. yang tu kalau nak tahu dengan lebih lanjut kenalah pergi sendiri yek.


Okay, sekian sahaja dari sis. Bagi yang turun Melaka dan berniat nak singgah, and boleh mendapatkan maklumat lanjut seperti di bawah. Dengarny ada promosi baru-baru ni. Boleh dapat satu harga untuk dua tempat berbeza? Semoga terhibur dan terima kasih sudi baca. Bubye!




Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:






1 comment: