Senaman Berkesan Untuk Kurus dan Bakar Lemak Dengan Cepat!


Assalamualaikum & Hi!


credit image: metro.co.uk


Pada ketika itu, dah masuk dua bulan Nadhie tidak dapat hadir ke gym disebabkan kesuntukan masa dan busy dengan pelajaran. Lemak-lemak degil terasa mula naik sana sini. Lagi-lagi di atas faktor makan yang tidak menentu dan faktor selera yang meningkat setiap kali mengulangkaji pelajaran. Adess T_T

‘Nadhie, bila you nak datang gym?’ Soal Nazhan menerusi aplikasi whatssapp messenger. Berkali-kali soalan itu diajukan, dan berkali-kali jua Nadhie cakap akan datang semula ke Chi Fitness Center. Tetapi tak datang-datang jugak. Sorry Nazhan. 

Memandang masa tu Nadhie betul-betul tak dapat beri komitmen untuk ke gym semula, now nak cabar diri untuk buat home workout. So, jom kita tengok apa jenis-jenis senaman berkesan untuk membakar lemak dan kalori berlebihan. 

For your information, perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman Nadhie sendiri dan rujukan yang banyak dibuat dengan pembacaan blog Kevin Zahari. Thank you so much Kevin! So kalau ada kekurangan itu, maafkan ajelah okay! Jenis senaman yang boleh membantu pembakaran lemak ni  dipanggil sebagai cardio workout. Jom tengok apakah ia! 




Senarai Senaman Kardio Yang Berkesan Untuk Bakar Lemak Dan Kurus Dengan Cepat


Nak kata kurus dengan cepat tu tak lah kan. Biasa kena ada semangat yang tinggi, kena consistent, bagi komitment dan kalori intake yang betul . Tak perlu berlapar , tetapi disebabkan kalori intake yang betul dan senaman yang consistent sangat membantu dalam menurunkan berat badan.


1. Berjogging

Berjogging merupakan salah satu senaman kardio membantu dalam pembakaran kalori dan juga boleh menguruskan badan. Tak perlu jogging hari-hari. Cukup 2-3 kali seminggu keliling taman, berjogging dekat kawasan tasik dan sebagainya. Dan jogginglah dalam masa sekurang-kurangnya 30minit. 'Eh, btw aku tengah cari geng untuk berjogging, sapa berminat pm tepi okay!' :)

2. Berlari

Aktiviti berlari  memang sangat membantu dalam pembakaran kalori apatah lagi ia akan menyebabkan jantung kita bergerak dengan laju dan peluh yang keluar mencurah-curah. Cuba amalkan secara konsistent dalam tempoh 3 bulan. Mula-mula berlari dalam jarak 300 meter,500 meter contohnya, then setiap hari improve makin jauh. Apapun, nak berlari ni cari lah port yang sesuai, samada dekat padang dan kawasan rekreasi yang tak ada anjing. Tak pepasal kang dapat pulak geng main kejar kejar. XD

3. Burpees

Burpess ni senaman yang memerlukan korang menggunakan seluruh anggota tubuh dari atas hingga bawah sekaligus membakar lemak-lemak degil. Ianya harus dilakukan secara berkala. Contoh bermula dengan 3 set dan 10 repitition, kemudian ditingkatkan kepada 3 set 15 repetition dan sebagainya. Nak tahu camna nak buat burpees? Korang tengok je dekat youtube.

4.Berbasikal

Aktiviti yang kini tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia. Berbasikal ni bagus sebab sambil kita enjoy melihat permandangan sekeliling, secara tak langsung dapat membakar lemak-lemak degil dan membina otot-otot di kaki. Dari betis hingga ke peha gitu. Paling best aktiviti berbasikal secara tak langsung dapat meningkatkan stamina korang. 

5. Skipping

Ha.. skipping. Ni satu lagi aktiviti yang sangat mudah untuk home workout. Tapi Nadhie sarankan korang cari lah tempat yang luas dan selesa ya. Baru senang nak skipping. Untuk pengetahuan korang, skipping ni memerlukan korang untuk menggerakkan keseluruhan anggota tubuh badan dan sangat-sangat membantu kalau nak kuruskan badan. Ianya juga dapat menambah stamina dan bagus untuk jantung korang. Tetapi pesan Nadhie, kalau saiz badan korang besar dan tak biasa buat, bermulalah dengan perlahan-lahan ya. Lama-lama nanti korang akan mahir k!

6. Elliptical Machine

Eliptical mesin ni easy jugak sebab kayuh atas mesin je. Lebih kurang macam basikal kowt tapi dia takda tempat duduk dan korang kena guna seluruh tenaga baik kaki dan tangan untuk mengayuh. Biasanya boleh jumpa dekat gym-gym , tapi boleh je kalau nak beli kan. Beli je lah kalau korang lebih suka workout kat rumah. Selain itu, korang juga boleh adjust dari tahap mudah hingga ke tahap susah. Memang bagus untuk bakar lemak.

7. Menari

Ha korang suka menari? Suka tiru tarian korea? Kenapa tidak gunakan ia sebagai sesuatu yang bermanfaat kan? Sambil menari sambil bakar lemak. Korang juga boleh search jenis tarian untuk bakar lemak di youtube.

8. Zumba

Zumba pun merupakan sejenis tarian untuk senaman. Yang ni memang biasanya akan dilakukan secara berkumpulan dan ada seorang instructor di depan. Mula-mula tak biasa korang boleh je pergi class Zumba. Surely happening. If nak buat home workout boleh tengok dan belajar di youtube. Biasanya tarian zumba akan diiringi dengan bunyi muzik yang rancak dan memerlukan seluruh anggota di gerakkan.

9. Berenang

Berenang ni bukan sahaja bagus untuk membina otot, stamina malah sangat bagus untuk membakar lemak. Sesekali sekala pergilah swimming pool berdekatan samada untuk belajar berenang atau meluangkan masa untuk berenang di situ.

Okay, sudah Nadhie senarai kan kesemua jenis senaman yang baik untuk membakar lemak , membina otot, stamina dan sebagainya, kini Nadhie ingin meminta diri. Semoga berjaya buat semua yang igin menguruskan badan. Good luck k!

Okay, sekian sahaja. Bubye!





10 Comentarios

  1. lama juga saya tidak melakukan senaman yang agak berat..

    badan pun sudah semakin lembut

    ReplyDelete
  2. saya ada cara senaman saya sendiri, iaitu
    1. 100 x push up
    2. 100 x sit up
    3. 100 x squats
    4. 100m sprint
    cumanya saya belum dpt istiqamah lg

    ReplyDelete
    Replies

    1. ouh. semoga istiqamah ence. tak saba menunggu hasilnya. hehe

      Delete
  3. Ain teringin nak join zumba haha tapi dkt kawasan rumah ni takdak org berzumba hiihihi nak buat sorang2 tak syok la

    ReplyDelete
  4. Boleh buat joging & skipping ja.. hihi..
    Tapi bagus lah kena amalkan senaman. Kan? :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dah terbiasa buat aktiviti keluarkan peluh contoh macam berlari atau jogging tu bila tak buat rasa tak keruan jiwa dan raga.

    Apa-apa pun nyang penting kalau nak kurus ni kena disiplin dan berterusan dari segi pemakanan dan jugak senaman.

    ReplyDelete
  6. hanya mampu bertabata je dirumah :-)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. Biasa buat skipping je paling mudah :)

    ReplyDelete