Skip to main content

Senaman Berkesan Untuk Kurus dan Bakar Lemak Dengan Cepat!





Pada ketika itu, sudah masuk dua bulan sis tidak dapat hadir ke gym disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan dengan pelajaran. Lemak-lemak degil terasa mula naik di sana sini. Lagi-lagi di atas faktor waktu makan yang tidak menentu dan faktor selera yang meningkat setiap kali mengulangkaji pelajaran.


Nadhie, bila you nak datang gym? Soal si Fazhan menerusi aplikasi whatssapp messenger


Berkali-kali soalan itu diajukan dan berkali-kali jualah sis cakap akan datang semula ke Chi Fitness Center. Tetapi, masih tak dapat-dapat datang juga. Sorry Fazhan! Sis tahu Fazhan pun tengah struggle untuk memastikan regular customer berterusan subscribe gym


Apapun bukanlah sis sengaja tak nak datang, tetapi kesuntukan masa mengatasi segalanya. Bagi sis gym ini memang sangat selesa sebab asingkan tempat lelaki dan perempuan, ada sauna, ada bermacam-macam kelas fitness seperti yoga, tabata dan sebagainya. Kelas fitness semuanya berjadual. 


Bilik mandinya juga luas, besar dan selesa serta dilengkapi dengan shampoo, mandian juga pengering rambut. Gym pun kemas, bersih dan teratur je. Keselamatan dan privasi pelanggan terutamanya wanita terasa begitu terjaga. Menyesal tak join awal-awal!


Memandangkan masa tu sis tiba-tiba sahaja tidak dapat beri komitmen dan meluangkan masa untuk kesihatan diri semula, oleh itu sis cuba cabar diri untuk buat home workout yang dikatakan berkesan untuk membakar lemak dan membakar kalori berlebihan. 


Secara peribadinya perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sis sendiri yang pernah berjaya turunkan berat badan hasil bantuan dan rujukan di blog Kevin Zahari. Memang sangat membantu! 


Untuk pengetahuan semua, jenis senaman yang sangat membantu ketika pembakaran lemak ini  dipanggil sebagai cardio workout. Jom baca dengan lebih lanjut lagi!



Senarai Senaman Kardio Yang Berkesan Untuk Bakar Lemak Dan Kurus Dengan Cepat


Nak kata kurus dengan cepat tu tak adalah kan. Biasa kena ada semangat yang tinggi, kena betul-betul istiqamah, bermotivasi, bagi komitment dan buat pengambilan kalori intake yang betul. Kevin Zahari banyak ajar ni tentang kalori intake tanpa perlu berlapar.


Sis suka konsep turunkan berat badan tanpa perlu berlapar ni. Yang pasti kena pastikan kalori intake diambil dengan betul dan bersenam secara istiqamah. Ia sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Bak kata Kevin Zahari senaman tu akan bantu 20% sahaja, manakala makanan pula 80%. So, jom tengok apakah antara senaman-senaman kardio yang boleh diamalkan.


1. Berjogging

Berjogging merupakan salah satu senaman kardio yang membantu dalam pembakaran kalori & juga boleh menguruskan badan. Tidak perlu berjogging hari-hari. Cukup 2-3 kali seminggu keliling taman, berjogging dekat kawasan tasik dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jogginglah dalam masa 30minit. 


2. Berlari

Aktiviti berlari  memang sangat membantu dalam pembakaran kalori apatah lagi ia akan menyebabkan jantung kita bergerak dengan laju dan peluh yang keluar mencurah-curah. Cuba amalkan secara istiqmah dalam tempoh 3 bulan. Mula-mula berlari dalam jarak 300 meter,kemudian 500 meter contohnya, selepas itu setiap hari kena pastikan jaraknya semakin jauh memgikut kemampuan korang. 

Terpulang pada korang nak buat sejauh mana. Cuma perlu beristiqamah sahaja. Apapun, nak berlari ni carilah  kawasan yang sesuai, samada dekat padang dan kawasan rekreasi yang tak ada anjing okay? Tak pepasal karang dapat pulak geng main kejar-kejar. 😂


3. Burpees

Burpess ni senaman yang memerlukan korang menggunakan seluruh anggota tubuh dari atas hingga bawah sekaligus membakar lemak-lemak degil. Ianya harus dilakukan secara berkala. 

Contoh bermula dengan 3 set dan 10 repitition, kemudian ditingkatkan kepada 3 set 15 repetition dan sebagainya. Nak tahu macam mana nak buat burpees? Korang tengok je dekat youtube. Ada banyak contoh di situ.


4.Berbasikal

Aktiviti yang kini tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia. Berbasikal ni bagus sebab sambil kita enjoy melihat permandangan sekeliling, secara tak langsung dapat membakar lemak-lemak degil dan membina otot-otot di kaki. Jadi masa tak adalah terasa cepat berlalu kan?

Antara otot-otot kaki yang terlibat adalah dari betis sehingga ke peha. Paling seronok aktiviti berbasikal ni sebab secara tak langsung ia dapat meningkatkan stamina korang. 


5. Skipping

Seterusnya skipping. Ni satu lagi aktiviti yang sangat mudah untuk home workout. Tetapi, tak semua orang ya eligible untuk buat skipping. Before that pergi check kesihatan dahulu seperti masalah jantung, lutut dan sebagainya.

Apapun, sis sarankan jika korang nak skipping cari lah tempat yang luas dan selesa ya. Baru senang nak lompat-lompat tali.

Untuk pengetahuan korang, skipping ni memerlukan korang untuk menggerakkan keseluruhan anggota tubuh badan dan sangat-sangat membantu kalau nak kuruskan badan. Ianya juga dapat menambah stamina dan bagus untuk jantung korang. Tetapi pesan sis, kalau saiz badan korang besar dan tak biasa buat, bermulalah dengan perlahan-lahan dahulu. Lama-lama nanti korang akan mahir k!


6. Elliptical Machine

Eliptical mesin ni antara yang mudah jugak sebab kayuh di atas mesin sahaja. Lebih kurang macam basikal fungsinya, tetapi dia takda tempat duduk dan korang kena guna seluruh tenaga baik kaki dan tangan untuk mengayuh. Lagi lama korang kayuh, lagi lama lah tak duduk kowt. 

Biasanya elliptical machine ni boleh jumpa dekat mana-mana gym. Tetapi boleh je kalau nak beli kan. Beli je lah kalau korang lebih suka workout kat rumah. Selain itu, korang juga boleh adjust dari tahap mudah hingga ke tahap susah. Salah satu alat yang memang bagus untuk membakar lemak.


7. Menari

Ha, ada yang suka menari tak? Suka tiru tarian korea? Kenapa tidak gunakan ia sebagai sesuatu yang bermanfaat kan? Sambil menari sambil bakar lemak. Korang juga boleh search jenis tarian untuk bakar lemak di youtube.


8. Zumba

Zumba pun merupakan sejenis tarian untuk senaman. Yang ni memang biasanya akan dilakukan secara berkumpulan dan ada seorang instructor di depan. Mula-mula jika tak biasa korang boleh je pergi join class Zumba dulu. Surely happening. Kalau nak buat dekat rumah sebagai home workout boleh tengok dan belajar di youtube. Biasanya tarian zumba akan diiringi dengan bunyi muzik yang rancak dan memerlukan seluruh anggota digerakkan.


9. Berenang

Berenang ni bukan sahaja bagus untuk membina otot, stamina malah sangat bagus untuk membakar lemak. Sekali-sekala pergilah swimming pool berdekatan samada untuk belajar berenang atau meluangkan masa untuk berenang di situ.

Okay, rasanya dah banyak dah sis Nadhie senaraikan kesemua jenis senaman yang baik untuk membakar lemak, membina otot, stamina dan sebagainya, kini tiba masa untuk sis meminta diri. 

Sis ucapkan all the best! Semoga berjaya buat semua yang igin menguruskan badan dan nak buat home workout juga. Good luck ya semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Okay, sekian sahaja. Bye!





Comments

  1. lama juga saya tidak melakukan senaman yang agak berat..

    badan pun sudah semakin lembut

    ReplyDelete
  2. saya ada cara senaman saya sendiri, iaitu
    1. 100 x push up
    2. 100 x sit up
    3. 100 x squats
    4. 100m sprint
    cumanya saya belum dpt istiqamah lg

    ReplyDelete
    Replies

    1. ouh. semoga istiqamah ence. tak saba menunggu hasilnya. hehe

      Delete
  3. Ain teringin nak join zumba haha tapi dkt kawasan rumah ni takdak org berzumba hiihihi nak buat sorang2 tak syok la

    ReplyDelete
  4. Boleh buat joging & skipping ja.. hihi..
    Tapi bagus lah kena amalkan senaman. Kan? :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dah terbiasa buat aktiviti keluarkan peluh contoh macam berlari atau jogging tu bila tak buat rasa tak keruan jiwa dan raga.

    Apa-apa pun nyang penting kalau nak kurus ni kena disiplin dan berterusan dari segi pemakanan dan jugak senaman.

    ReplyDelete
  6. hanya mampu bertabata je dirumah :-)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. Biasa buat skipping je paling mudah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda