Skip to main content

Nama-nama Malaikat Yang Wajib Diketahui dan Tugas-tugasnya





Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman kita yang kedua. Di sini ingin sis kongsikan tentang rukun iman kita yang kedua ini. Iaitu apakah nama-nama para malaikat yang wajib kita ketahui? Berapakah jumlahnya? Terdapat 10 nama-nama para malaikat yang wajib kita ketahui dan tugas-tugasannya. Masih ingat tak? 

Malaikat diciptakan oleh Allah SWT dari Nur (Cahaya). Disebabkan itu, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Hanya orang-orang tertentu yang dipilih Allah sahaja (atas keizinannya) yang berkebolehan melihat Malaikat, seperti nabi dan rasul.

Malaikat juga adalah makhluk yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah SWT. Jumlah sebenarnya adalah banyak, namun yang wajib kita ketahui berserta tugasnya hanyalah 10 sahaja.




Nama-nama Malaikat Yang Wajib Diketahui dan Tugas-tugasannya


1.Malaikat Jibrail A.S.

Dikurniakan satu jawatan khusus yang paling mulia iaitu merupakan utusan yang menghubungkan   di antara Allah dengan rasul-rasul-Nya, dan juga ditugaskan menyampaikan wahyu daripada Allah kepada rasul-rasul-Nya itu.

2.Malaikat Mikail

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk menurunkan hujan, menghidupkan bumi, binatang-binatang, sayur-sayuran, pokok-pokok, buah-buahan, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain.

3.Malaikat Israfil

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk meniupkan sangkakala pada hari kiamat dan pada ketika itu makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi semuanya mati kecuali yang dikehendaki Allah terkemudian matinya.

4.Malaikat ‘Izrail

Ditugaskan oleh Allah untuk mencabut (mengambil) nyawa semua yang bernyawa di alam dunia ini.

5.Malaikat Munkar dan Nakir

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyoal mayat selepas manusia telah meninggal dunia.

6.Malaikat Raqib

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang baik daripada manusia.


7.Malaikat Atid

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang jahat daripada manusia.

8.Malaikat Malik

Ditugaskan oleh Allah SWT untuk menjaga pintu neraka tempat manusia menerima balasan dari dosa dan kederhakaan manusia kepada Allah.

9.Malaikat Ridhwan

Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu syurga tempat manusia menerima balasan dari ketaatan dan ketakwaan manusia kepada Allah.




Comments

  1. masa sekolah agama dulu, memang ini dan nama nabi-nabi antara yang wajib di hafal... kalau tak hafal rasa macam teruk sangat-sangat hehhhehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. TQ atas perkongsian sis.. kdang terlupa.. boleh ingatkan diri semula ttg tugas2 Malaikat ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Kalau dulu nak ingat lagu raihan je. Masih melekat sampai sekarang

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. kadang kita ni manusia ni mudah lupa. zaman sekolah memang hafal :)

    ReplyDelete
  5. Bagus sangat perkongsian Nadhie ni.. Wajib kita ingat ni.. Dulu orang tanya laju boleh jawab agaknya kena tanya sekarang mesti dah lambat sikit nak jawab heee.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda