Cara Masak Nasi Mudah Dan Menjimatkan Untuk Seorang Dua Makan Serta Elak Pembaziran & Basi - Nadhie Wueen

Monday, 9 December 2019

Cara Masak Nasi Mudah Dan Menjimatkan Untuk Seorang Dua Makan Serta Elak Pembaziran & Basi

Assalamualaikum & Hi Semua!

Cara Masak Nasi Mudah Dan Menjimatkan Untuk Seorang Dua Makan Serta Elak Pembaziran & Basi

Pening kepala rasanya bila tiap kali masak nasi, nasi tak tahan lama walaupun guna periuk nasi eletrik. Lagi-lagi yang makan tu seorang dua je. Dengan nasi cepat basi, periuk berkerak. Hmm.. memang tak seronok lah dibuatnya. Baru-baru ni Nadhie terjumpa perkongsian ini, dari pengguna fesbuk Amalina Aziz

Bila tengok cara masak nasi ni memang bagus jugalah caranya untuk elak membazir, periuk pun senang basuh dan tak perlu berhadapan dengan nasi basi. Di bawah ini akan Nadhie kongsikan.



Cara Masak Nasi Mudah Dan MenjimatkanUntuk Seorang Dua Makan 

Serta Elak Pembaziran & Basi




1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.

2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Make sure gunakan cawan yang tahan panas.

3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.



4. Kemudian masak seperti biasa.

5. Siap dan boleh di makan macam biasa !





Tak sangka memang mudah je kan caranya. Senang je nak buat tinggal nak tak nak je. Opss.. diingatkan, guna cawan yang sesuai ya untuk dimasukkan ke dalam periuk! 

Okay sekian sahaja perkongsian dari Nadhie. Bubye!






4 comments:

  1. menarik jugak nih, rasanya kalau pakai mug ok kot, nanti nak try jugak lah... akak sekarang masak nasi memang utk 2 orang makan, time hujung minggu je baru masak banyak sikit

    ReplyDelete
  2. kalau guna mug kaca tu boleh ye .? contoh mug yang kita beli kat kedai RM2 .

    ReplyDelete
  3. Akak dah buat tadi. Memang mudah yamat! paling best tak berkerak and tak membazir.

    ReplyDelete
  4. memang tak membazir dan periuk nasi pun tak perlu nak sental beria. basuh macam biasa. Nasi pun elok masak dalam cup

    ReplyDelete