Skip to main content

Cara Jimat Masak Nasi Untuk Elakkan Pembaziran Dan Tidak Cepat Basi





Kadangkala, buntu rasanya apabila setiap kali memasak nasi, nasi tidak tahan lama walaupun menggunakan periuk nasi eletrik. Lebih-lebih lagi apabila yang nak makan tu cumalah seorang dua sahaja. Dengan masalah nasi cepat basi, periuk berkerak, pasti rasa tidak berbaloi setiap kali nak masak nasi bukan?


Oleh itu, antara solusi yang boleh diambil adalah memasak nasi dengan kadar cukup hanya untuk seorang dua sahaja makan. Selain itu, cara memasak juga penting untuk mengelakkan periuk tidak berkerak.


Sekaligus ia dapat mengelakkan pembaziran, periuk pun senang basuh dan tak perlu berhadapan dengan masalah nasi basi. Di bawah ini akan saya kongsikan caranya.



Cara Masak Nasi Mudah Dan Menjimatkan Untuk Seorang Dua Makan Serta Elakkan Pembaziran & Basi




1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.

2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan guna cawan yang tahan panas.

3. Masukkan cawan tadi dalam periuk nasi dan isi periuk nasi dengan air separuh penuh.




4. Kemudian masak nasi seperti biasa.

5. Siap dan boleh di makan macam biasa !




Tidak sangka memang mudah je kan caranya. Senang je nak buat rupanya! Cuma pastikan guna cawan yang sesuai ya untuk dimasukkan ke dalam periuk nasi! 

Okay sekian sahaja. Semoga bermanfaat!





Kredit: Amalina Aziz



Comments

  1. menarik jugak nih, rasanya kalau pakai mug ok kot, nanti nak try jugak lah... akak sekarang masak nasi memang utk 2 orang makan, time hujung minggu je baru masak banyak sikit

    ReplyDelete
  2. kalau guna mug kaca tu boleh ye .? contoh mug yang kita beli kat kedai RM2 .

    ReplyDelete
  3. Akak dah buat tadi. Memang mudah yamat! paling best tak berkerak and tak membazir.

    ReplyDelete
  4. memang tak membazir dan periuk nasi pun tak perlu nak sental beria. basuh macam biasa. Nasi pun elok masak dalam cup

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda