Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel


Assalamualaikum & Hi Semua!

Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel


Sebelum ini Nadhie ada kongsikan tentang spaghetti segera jenama Master Pasto yang mudah dipanaskan dan dimakan begitu sahaja. Boleh rujuk Links NI . Dan tak sangka pula kali ini Master Pasto kini muncul dengan pek baru yang dipanggil sebagai CONVENIENCE PACK, lebih mudah dan fleksibel untuk dimakan di mana-mana sahaja!. 

Bukan apa, baru-baru ini ketika Nadhie pergi travel dengan husband dan duduk di Hotel dalam beberapa hari, tak sangka pek spaghetti segera ini lah yang mengubati kelaparan kami. Mujurlah sempat bawak time tu. Phew~ Okay berbalik pada topik, Ha.. apa yang fleksibelnya kan spaghetti segera Master Pasto ni? Meh Nadhie nak bagitahu.


Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel



Pek Baru Yang Lebih Mudah (Convenience) & Fleksibel

Macam sebelum ni Master Pasto memperkenalkan 'ECONOMY PACK". Namun, kini Master Pasto perkenalkan CONVENIENCE PACK yang lebih mudah dan fleksibel. 

Pek baru ini lebih mudah dan fleksibel kerana ia sudah siap-siap disediakan di dalam bekas dan mempunyai garfu sekali. Kiranya kali ini tak perlu susah-susah nak letak dekat pinggan dan sebagainya, pek baru sudah siap-siap menyediakan bekas. 


Untuk pengetahuan korang, terdapat tiga jenis perisa Master Pasto iaitu:-

Spaghetti  Mushroom Cream Souce
Spaghetti Aglio Olio with chicken
Spaghetti Bolognese with chicken 


Halal, Tiada Perasa Tambahan & Tiada Bahan Pengawet

Ha.. macam tak percaya je kan? Sungguh pun pek baru spaghetti segera Master Pasto ini sedap dimakan dan mudah disediakan, namun jangan tak percaya bahawa ianya tidak langsung mengandungi perasa tambahan dan bahan pengawet.




Dua Cara Penyediaan Yang Berbeza Tetapi Mudah

Penyediaan spaghetti segera Master Pasto ini nyata sangat mudah, semudah 1-3 minit. Terdapat dua cara penyediaan spaghetti segera Master Pasto ini dengan mudah iaitu dengan menggunakan microwave mahupun didihan air panas.

Microwave

1. Masukkan spaghetti Master Pasto ke dalam pinggan
2. Masukkan kedalam ketuhar selama seminit

Didihan Air

1. Didihkan suhu air sebanyak 100C’
2. masukkan flexy packy ke dalam periuk selama 3 minit




Tempat-tempat Untuk Membeli Master Pasto Instant Spaghetti

Terdapat beberapa tempat yang boleh anda dapatkan Master Pasto Spaghetti ni. Antaranya ialah:-

KK Mart
Hero Market
Jaya Grocer ( Penang )
Billion Group- KSUtama
Urban Retail
Jazco Speedmart


Selain itu, pembelian juga boleh dibuat secara online iaitu di https://www.masterpasto.com    Okay, mudah, senang dan menjimatkan masa bukan? 




Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:-


4 Comentarios

  1. tak pernah cuba lagi tapi memang teringin nak cuba sbb nampak mcm mudah jer

    ReplyDelete
  2. Senangnya dah ada spaghetti segera. Cepat dan senang kerja memasak tu.

    ReplyDelete
  3. memudahkan untuk orang yang malas masak macam akak tapi nk makan yang sedap hehehe

    ReplyDelete
  4. Senang nya tu nadh masak.... Sama mcm brahim juga tu masak guna air panas.. hehe..

    ReplyDelete