Skip to main content

Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel







Sebelum ini, sis ada kongsikan tentang spaghetti segera jenama Master Pasto yang mudah dipanaskan dan dimakan begitu sahaja. Boleh rujuk SINI

Namun, tidak sangka pula kali ini Master Pasto kini muncul dengan pek baru yang dipanggil sebagai CONVENIENCE PACK yang lebih mudah, fleksibel untuk dimakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

Sama seperti baru-baru ini ketika sis pergi travel dengan husband dan duduk di sebuah Hotel dalam masa beberapa hari, tak sangka pula pek spaghetti segera ini lah yang mengubati kelaparan kami pada waktu malam.

Mujurlah teringat nak bawa masa tu. Okay berbalik pada topik, apa yang fleksibelnya kan pek spaghetti segera Master Pasto ni? Meh sis nak bagitahu.


Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel

Master Pasto Spaghetti Segera Kini Perkenalkan Pek Baru Yang Lebih Mudah Dan Fleksibel


Pek Baru Yang Lebih Mudah & Fleksibel

Macam sebelum ni Master Pasto memperkenalkan 'ECONOMY PACK". Namun, kini Master Pasto perkenalkan CONVENIENCE PACK yang lebih mudah dan fleksibel. 

Pek baru ini lebih mudah dan fleksibel kerana ia sudah siap-siap disediakan di dalam bekas dan mempunyai garfu sekali. Kiranya kali ini tak perlu susah-susah nak letak dekat pinggan dan sebagainya, pek baru sudah siap-siap menyediakan bekas. 

 


Halal, Tiada Perasa Tambahan & Tiada Bahan Pengawet

Sungguh pun pek baru spaghetti segera Master Pasto ini sedap dimakan dan mudah disediakan, namun jangan tak percaya bahawa ianya tidak langsung mengandungi perasa tambahan dan bahan pengawet. Yang penting ianya adalah halal!



Dua Cara Penyediaan Yang Berbeza Tetapi Mudah

Penyediaan spaghetti segera Master Pasto pek baru ini nyata sangat mudah, semudah 1-3 minit sahaja!

Terdapat dua cara penyediaan spaghetti segera Master Pasto ini iaitu dengan menggunakan microwave mahupun didihan air panas.

Microwave:

1. Masukkan spaghetti Master Pasto ke dalam pinggan
2. Masukkan kedalam ketuhar selama seminit



Didihan Air:

1. Didihkan suhu air sebanyak 100C’
2. Masukkan flexy packy ke dalam periuk selama 3 minit




Tempat-tempat Untuk Membeli Master Pasto Instant Spaghetti

Terdapat beberapa tempat yang boleh anda dapatkan Master Pasto Spaghetti ni. Antaranya ialah:-

KK Mart
Hero Market
Jaya Grocer ( Penang )
Billion Group- KSUtama
Urban Retail
Jazco Speedmart


Selain itu, pembelian juga boleh dibuat secara online iaitu di https://www.masterpasto.com    
Okay, mudah, senang dan menjimatkan masa bukan? 



Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:-


Comments

  1. tak pernah cuba lagi tapi memang teringin nak cuba sbb nampak mcm mudah jer

    ReplyDelete
  2. Senangnya dah ada spaghetti segera. Cepat dan senang kerja memasak tu.

    ReplyDelete
  3. memudahkan untuk orang yang malas masak macam akak tapi nk makan yang sedap hehehe

    ReplyDelete
  4. Senang nya tu nadh masak.... Sama mcm brahim juga tu masak guna air panas.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda