Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Resepi Kuih Badak Berendam

Ya rabb sedap betul kuih-muih tempatan kita. Selalu teringat-ingat. Kadang-kala cari dekat kedai, tapi tak ada pula. Terutamanya menjelang petang ke malam. Ya, lazimnya banyak restoren yang akan menjual kuih-muih hanya pada waktu pagi sahaja. Ketika bersarapan.  Macam tu lah dekat tempat sis ni sehingga kini. Jadi nak tak nak lebih baik buat sendiri sahaja memandangkan boleh makan bila-bila. So, jom tengok resepi ini.  Resepi Kuih Badak Berendam Bahan-bahan Inti Kuih Badak Berendam:- 1/2 biji kelapa parut (putih saja) 1/2 cawan gula melaka 2 sudu besar gula pasir 1/2 cawan air 2 helai daun pandan - disimpul 1 sudu besar tepung gandum Cara-Cara Buat Inti Kuih Badak Berendam:- 1. Cairkan gula bersama air dan daun pandan. Masukkan kelapa dan kacau rata. 2. Setelah air kering, masukkan tepung. Kacau sebati. Jangan terlalu kering. Inti sedap jika sedikit lembap. 3. Sejukkan dan bulat-bulatkan inti. Bahan-bahan Bebola Badak: 3 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum 1 s

Resepi Makanan Bayi Tom Yam Ayam Kuah Putih

Resepi masakan tomyam putih untuk bayi anda. Ha, siapa kata bayi tak boleh makan tomyam kan? Kalau tahu caranya, kita juga boleh buat lauk tomyam untuk versi anak kecil. Selain itu, dapat pelbagaikan jenis lauk dan menu untuk mereka rasai. Jadi tak adalah bosan dan asik makan menu-menu yang sama sahaja kan?  Resepi tomyam kuah putih ini adalah perkongsian daripada Wany Syazwany. Jom tengok apa resepinya! Moga-moga makin berselera lah si manja kita makan ya.  Resepi Makanan Bayi Tom Yam Ayam Kuah Putih Bahan-bahan Tom Yam Kuah Putih:- Tomato Halia Daun limau purut Bawang Merah Sawi Pak Choi Lobak Merah Serai Ayam Cara-Cara Memasak Tom Yam Kuah Putih:- 1. Tumis bawang-bawang dengan sedikit minyak masak 2.  Agak- agak dah naik bau, masukkan air serta bahan-bahan lain .  3. Biarkan sampai mendidih dan masak. 4. Keluarkan : serai, halia, daun limau purut 5. Bahan lain boleh blend or cincang.. Sedia dihidang.  Cantik dia deko. Ingatkan susah resepinya, rupanya nampak mud

Resepi Mudah Scones Untuk Bayi

Teringat pula masa makan Scones dekat Cameron Highland sebelum ni. Sedapnya ya ampun. So, terfikir juga nak beri anak merasa scones versi makanan bayi pula. So, ada ke tak resepi scones yang sesuai untuk bayi?  Tiba-tiba terjumpa satu perkongsian resepi ini daripada seorang pengguna facebook, iaitu Nur Wahidah tentang resepi scones yang sesuai untuk bayi.  Yang menariknya, apa-apa sahaja resepi yang boleh dimakan bayi turut boleh dimakan oleh kita orang dewasa. So, alang-alang buat, buat yang versi bayi boleh makan sekali. Tak gitu? Baiklah, jom sis kongsikan di sini pula resepinya. Resepi Mudah Scones Untuk Bayi  Bahan-bahan Untuk Buat Scones:- ✔️ 115 Gram Unsalted Butter ✔️ 2 cup + 1/2 cup unbleached flour ✔️ 1 tsp aluminium free baking powder ✔️ 80ml Full cream milk ✔️ 2 Tsp Honey (bawah 1year ganti dates paste) ✔️ homemade Chocolate Chip (optional) Cara-cara Buat Scones Untuk Bayi:- ✅ Dalam satu bekas, satukan tepung dan butter (sejuk), butter tidak perlu dicairkan. K