Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Review KDrama Mouse

Baru-baru ini kdrama Mouse telah mencatatkan antara rating yang tertinggi dan menjadi fenomena apabila mula mendapat perhatian ramai pengamal media disebabkan jalan ceritanya yang menarik, saspen dan penuh dengan aksi yang mendebarkan.  Untuk pengetahuan anda, setakat 22 Mac 2021 ini, Mouse baru sahaja ditayangkan sehingga episod 6 dari 20 episod dan akan keluar dua episod pada setiap minggu. Bertabah sahajalah sis untuk menunggu sehingga ke hujung episodnya. Kagum juga sis sebab baru episod 6, tetapi jalan cerita dan prestasinya mantap serta tidak membosankan. Setiap episod pasti ada sahaja debaran yang akan terasa dan meninggalkan tanda tanya yang tidak berbelah bahagi kepada penonton.  Iya, jalan cerita macam ni lah yang kita nak kan. Supaya tidaklah cepat sahaja berasa bosan. Okay tak nak bercakap banyak lagi, dekat bawah ni sis sertakan maklumat dan info berkaitan kdrama Mouse ini.     Tajuk: 마우스 / Mouse Genre: Aksi, Saspen, Ngeri, Misteri, Jenayah, Sci-fic Episod: 20 (Akan

Lirik Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng

Cinta yang luar biasa itu adalah cinta sejati. Cinta tanpa syarat. Cinta yang membuatkan kita sedia menerima diri seseorang seadanya. Dan dia juga begitu. Cinta yang juga membuatkan kita menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya setelah dipertemukan dengan insan yang dicintai.  Waktu pertama kali Kulihat dirimu hadir Rasa hati ini inginkan dirimu Sweet. Itu yang terlintas difikiran masa pertama kali terdengar lagu ini. Bait-bait liriknya sungguh romantis. Seperti biasa, mana-mana lagu yang sis berkenan, akan sis kongsikan di sini, di blog ini. Lirik Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng Waktu pertama kali Kulihat dirimu hadir Rasa hati ini inginkan dirimu Hati tenang mendengar Suara indah menyapa Geloranya hati ini tak kusangka Rasa ini tak tertahan Hati ini selalu untukmu Terimalah lagu ini Dari orang biasa Tapi cintaku padamu luar biasa Aku tak punya bunga Aku tak punya harta Yang kupunya hanyalah hati yang setia Tulus padamu Hari-hari berganti Kini cinta pun hadi

15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 Bulan Ke Atas

Masalah anak tidak mahu makan, memilih makanan merupakan masalah yang tidak asing lagi dikalangan sesetengah ibu-ibu. Pasti sukar rasanya untuk memastikan si manja sentiasa mendapat zat dan khasiat yang mencukupi. Lebih-lebih lagi apabila mereka memilih makanan. Pun begitu, antara ikhtiar-ikhtiar yang ibu-ibu boleh buat adalah menyediakan resepi yang kreatif, sedap dan lazat buat mereka. Resepi di bawah ini merupakan antara resepi-resepi menarik dan ikhtiar membuat makanan bayi bagi menaikkan selera terutamanya bagi yang berusia 8-9 Bulan ke atas.Apapun, sebelum mencuba sebarang resepi ibu-ibu harus pastikan agar resepi yang ingin dicuba bersesuaian dengan usia anak.   Ia adalah kerana tidak semua makanan kita boleh beri pada bayi kita terutamanya ketika usianya bawah satu tahun. Antara jenis makanan yang perlu dielakkan ialah makanan bergula, garam, madu lebah, makanan yang tinggi merkuri contohnya ikan yu ( Big NO ya) dan banyak lagi.  Tanpa berlengah lagi, jom tengok r