Skip to main content

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Syurga Buah-buahan - Hari Ketiga



Hari ketiga di sini merupakan hari penutup bagi Tourism Malaysia Media Challenge 2.0. Pada hari ini merupakan hari penentu siapakan juara keseluruhan bagi setiap challenge. 

Yang belum baca travellogue yang pertama dan kedua boleh baca di SINI dan SINI 

For recap Tourism Malaysia Media Challenge ini dijalankan sempena sambutan Hari Muzium Kebangsaan dan untuk mendidik kita dan mengembalikan semula sejarah-sejarah kesultanan melayu. Agar lebih peka




Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 Juara Keseluruhan Challenge 2018 - Hari Ketiga


Breakfast di Treasures Hotel & Suites

Bangun-bangun pagi, kami terus packing barang sebelum turun untuk bersarapan. Sempat lah bertegur sapa dengan Otto dan Marc yang duduk di meja berdekatan. 

Dan seperti biasa, sarapan yang disediakan cukup menyelerakan. Sis ambik menu yang lebih kurang macam semalam meskpun banyak lagi menu-menu lain yang berbeza dari semalam. Almaklumlah orang setia xp. Gurau je. 



Check-Out from Treasures Hotel & Suites

Setelah mendiami selama 3 hari 2 malam di Treasures Hotel & Suites, tiba masa untuk kami mendaftar keluar . Pengalaman selama 3 hari 2 malam di sini tidak akan dilupakan bersama hospitality yang sungguh selesa. Sesuai dengan taraf 5 bintang Hotel ini.

Belum sempat bergerak, perut meragam pulak. Lantas cepat-cepat sis ke toilet untuk melepaskan hajat. Adess tulah dia. Bila kerap makan, kerap pula nak membuangnya. 

Syukur, segalanya berjalan lancar.





Tiba di The Orchard Wellness & Health Resort

Perjalanan yang mengambil masa 50minit akhirnya tiba di sebuah resort yang seolah-olah terletak di celah-celahan flaura dan fauna, iaitu The Orchard Wellness & Health Resort. Resort nya serius memang cantik. 

Selain mewah dengan pelbagai jenis bilik yang mempunyai kolam renang persendirian, resort ini jua turut mempunyai dusun buah-buahan serta tanaman yang sangat luas. Selain itu ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti boleh berjakuzi, spa , gym , ruangan solat dan sebagainya.

Sebelum aktiviti bermula, kami sempat menikmati morning tea yang disediakan oleh pihak Orchard Wellness & Health Resort di ruangan makan yang berlatarkan taman burung. Bunyi simfoni dan alunan burung-burung yang berkicau cukup menyegarkan. 


Usai minum teh, kami di bawa melawat ke dusun buah-buahan yang terbentang luas, Memang seronok je rasa . Setiap laluan yang kami lalu, ada sahaja pohon buah-buahan yang sedang masak ranum dan ulam-ulaman yang ditanam.

Selesai melawat, kami di jemput untuk naik di sebuah ruangan santai belakang kolam renang untuk menikmati buah-buahan segar. Antaranya manggis, rambutan, durian dan sebagainya. 




Excited sungguh apatah lagi durian yang dihidangkan adalah durian D24. Sambil duduk makan di meja, sambil ada pelayan yang tolong kupaskan durian dan hidang depan kita. Ya Allah, memang heaven je rasa. 







Majlis Penutup & Pemberian Hadiah

Last but not least, selepas menikmati makan tengahari di The Orchard Wellness Resort & Spa, tiba masa untuk acara yang dinanti-nantikan. Iaitu acara cabutan bertuah dan pemberian hadiah kepada johan keseluruhan challenge Tourism Malaysia 2.0 tahun 2018.

Alhamdulillah, kemenangan adalah milik group kami, iaitu kumpulan Wira yang terdiri daripada Nick, Marc, Nadhie dan Kak Anis. Alhamdulillah masing-masing menerima hamper dan vaucher berjumlah RM200 untuk membeli-belah di Mitsui Outlet Park, KLIA. SubhanAllah dah dekat dah dengan rumah.


Dan lebih menarik lagi, hampir kesemua ahli kumpulan kami iaitu Nadhie, Marc dan Nick memenangi cabutan bertuah yang berjumlah RM150 seorang. Alhamdulillah. Memang tuah menyebelahi kumpulan kami, kumpulan yang awesome dan semua ahlinya best-best :p 

Positif je masing-masing dari hari 1st lagi dah anggap kumpulan kami akan jadi juara. Sebab tu letak nama kumpulan Wira. Masin mulut Nick. Yang penting dorang ni sporting & best ;)




Kembali ke Putrajaya

Majlis berakhir dengan masing-masing mengemas barang dan hamper hadiah untuk di bawa pulang semula ke Putrajaya. Namun, berbeza dengan sis. Suami datang ambik nak bawak pergi honeymoon :p Okay, that's it. 

Alhamdulillah syukur program tourism Malaysia Media Challenge 2.0 yang berjalan selama tiga hari ini berjalan lancar. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang menyeronokkan selama program tiga hari dua malam ini. 


Terima-kasih pihak tourism Malaysia atas jemputan. :)
Okay, thank you sudi baca. Bubye!



Comments

  1. ALHAMDULILLAH TAHNIAH MENANG PENGALAMAN INDAH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak PI. Memang pengalaman indah. dpt team pun best2 :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda