Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi Minuman Koktail Bandung Sejuk Dan Segar Untuk Berbuka Puasa

Minuman yang menyegarkan dan enak pasti akan mengecurkan liur setiap kali ingin berbuka puasa.  Lebih-lebih lagi apabila minuman yang disediakan itu sedap dan sejuk-sejuk sahaja apabila melalui tekak. Lantas ia dapat memberi kesegaran yang tidak terhingga.  Sedar tak sedar dah berapa ramadhan berlalu dan kita masih dalam fasa PKP. Semoga fasa ini cepat berakhir dan seluruh dunia bebas dari virus Covid19 ini. Amin. Waktu PKP ni memang dah tak ada makna lah nak membeli-belah di Bazar ramadhan bukan? Bazar pun tak buka, jadi apa kata kita buat sendiri je makanan dan minuman berbuka puasa yang spesial dengan kreativiti kita sendiri. Tak adalah susah sangatnya pun.  Kali ni saya akan kongsikan resepi minuman air Koktail bandung sejuk dan segar untuk berbuka puasa. Tengah haus-haus ni masuk ke tekak mesti rasa lega je kan nanti? Resepi ini adalah perkongsian daripada saudari Ira Idris. Jom cuba buat! Resepi Minuman Air Koktail Bandung  Sejuk Dan Segar Untuk Berbuka P

Idea Susun Atur Barang Dapur Dengan Kemas Dan Teratur

Dapur yang kemas dan teratur akan memudahkan dan mempercepatkan kita untuk buat kerja. Selain itu, susun atur dapur yang kemas memainkan peranan yang besar untuk membangkitkan 'mood' memasak dan memudahkan kita untuk mencari barang.  Lebih teratur susun atur barang dapur, lebih senang untuk kita merancang menu harian. Berikut saya kongsikan idea susun atur barang dapur buat tatapan semua. Bila susun atur barang kemas, kerja jadi lebih efisien. Lebih rajin dan proaktif untuk memasak. Tambahan lagi badan pun jadi kurang penat. Barang yang tiada juga senang dicari. Jom tengok! Idea Susun Barang Dapur Dengan Kemas Dan Teratur Seperti gambar-gambar di atas,  diantara tips mudahnya adalah:- 1. Menyimpan barang makanan di dalam bekas, 2. Gunakan bekas yang seragam bentuk dan warna.  3. Susun atur kemas-kemas dalam petiais 4.  Buat label pada setiap barang.  Mudah aje kan?

Resepi Thai Banana Pancake

Ada ke yang mengidam Thai Banana Pancake? Musim-musim PKP ni manalah nak dapat kan melainkan buat sendiri ajelah. Hari ni Nadhie nak kongsi resepi minum petang yang sedap dan mudah dibuat iaitu Thai Banana Pancake. Selain minum petang, ia juga boleh dijadikan salah satu juadah apabila berbuka puasa memandangkan kita sudah pun tiba di bulan Ramadhan.  Buka puasa nanti confirm banyak juadah yang terlintas di fikiran kan? Tetapi, sabar. Makan berpada-pada okay? So, jom tengok resepi ni. Resepi Thai Banana Pancake Yang Sedap Dan Mudah Bahan-bahan:-  • 1 Pcs Frozen Roti Paratha • 1 Pisang • 2 Tbsp Nutella • 1 Tbsp Unsalted Butter • 1 Tbsp Gula • 1 Tbsp Susu pekat Cara-caranya:- 1. Defrost Roti paratha frozen selama 5 minit. Letakkan roti paratha di atas parchment paper, then tekan roti paratha untuk luaskan lagi permukaannya. 2. Tarik sedikit demi sedikit hujung paratha dan tekan kan di parchment paper supaya roti

Resepi Churros Yang Super Sedap Dan Mudah!

Churros ni orang kata kalau pandai buat pasti sedap hasilnya. Selama ni sis beli kat kedai je sebab tak tahu resepi dan tak pandai buat. Rupanya baru tahu yang resepi untuk menghasilkan churros ni tak ada lah susah mana pun. Bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah untuk dicari. Di bawah ini sis akan kongsikan resepi Churros yang bagi sis super senang, mudah & paling penting sedap! Perkongsian ini untuk rujukan sis juga sebenarnya. Okay, jom tengok! Resepi Churros Yang Senang, Tak Banyak Bahan Dan Sedap! Bahan-bahannya : 1 Cawan Air  1 Sb Gula 4 Sb Mentega 1 Cawan Tepung 1 Sk Esen Vanilla 1 Biji Telur Piping Bag Star Nozzle 1/2 Cawan Gula kastor 2 Sk Serbuk Kayu Manis Cara-caranya :- 1. Cairkan sesudu gula, 4 sudu besar mentega bersama secawan air. 2. Tambahkan dengan secawan tepung gandum 3. Gaulkan adunan sehingga sebati.  4. Biarkan adunan sejuk untuk seketika 5. Tambahkan sesudu kecil esen vanilla

Rumah Paling Mahal Dan Mewah Di Malaysia

Tidak sangka sis macam ni rupanya rumah paling mahal dan mewah di Malaysia. Memang jauh beza betul dengan rumah Alif Syukri. Yang ini barulah boleh dikatakan betul-betul kaya & mewah. Kawasannya pula bukanlah terletak dekat sebarangan tempat.  Selain itu, keluasan reka bentuk dalaman kediaman ini dan keunikannya memang sangat hebat. Untuk pengetahuan korang, rumah ini dipanggil sebagai YTL Residence dan terletak di Damansara yang mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk disiapkan pada tahun 2008.  Tengok rumah ni je mengingatkan sis pada  drama-drama Korea yang memaparkan kehidupan Conglomerate di sana yang tinggal di rumah agam besar & mewah. Nak tahu lebih lanjut tentang rumah ini, jom tengok sama-sama. Rumah Paling Mahal Dan Mewah Di Malaysia  Rumah ini juga menempatkan tiga generasi keluarga di dalam satu bumbung. Kira tak payah pening kepala nak balik kampung ke apa kan, time raya semua ada. haha. Duduk ramai pun selesa sebab memang b