Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Berhati-hatilah Wahai Kaum Lelaki

Sebelum ini saya pernah terbaca sebuah perkongsian yang bertajuk "Dosa Suami Kesan kepada Isteri," Dosa apakah? Adakah tentang pengabaian tanggungjawab? Masalah rumah tangga dan sebagainya? Umum mengetahui bahawa kisah ini memang selalu 'famous'. Pun begitu, pada ketika itu, saya sedikit kabur apabila membaca tajuknya. Tentang apakah?  Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya, lantas saya memulakan pembacaan.  Buat kaum lelaki yang punyai anak isteri yang anda sayang dan ingin lindungi, bacalah kisah ini dan ambil lah iktibar darinya. Moga terhindar dari situasi yang sama. Dan sama-sama kita berdoa moga Allah jauhkan kita dan seisi keluarga kita daripada terlibat dengan sikap-sikap negatif yang seperti ini. Amin.  Dosa Suami, Kesan Kepada Anak & Isterinya Dosa suami memberi kesan kepada anak dan isterinya Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isteri

17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu

17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu (credit image : Courtesy of Google) Keyboard shortcuts. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan, mempercepatkan proses menaip dan sebagainya. Tetapi betulkah mudah?  Semestinya ramai yang dah tahu fungsi paling basic sekali seperti Ctrl+C, Ctrl+V dan Ctrl+X kan? Pun begitu diingatkan bahawa jangan tersalah guna, tersalah tekan, takut tak boleh nak Undo balik pulak. Apapun, di sini saya akan kongsikan 17 Jenis Keyboard Shortcuts yang sepatutnya anda tahu bagi memudahkan urusan seharian anda, terutamanya ketika menaip thesis, assignment, coding , dan sebagainya. 17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu 1. Ctrl+A, Ctrl+C, Ctrl+Insert dan Ctrl+X atau Shift+Delete Okay yang ni basic. Sama seperti yang saya sebutkan di atas. Ctrl+C dan Ctrl+Insert adalah bertujuan untuk Copy sebarang text, manakala Ctrl+X pada keyboard laptop mahupun desktop anda adalah bertujuan untuk Cut sebarang text yang telah

Review Filem: Downsizing

Review Movie Downsizing  Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri tayangan perdana movie yang baru ditayangkan di pawagam bermula 18th January 2018 yang lalu, iaitu Downsizing. Tayangan perdana yang dijalankan bertempatkan di TGV 1 Utama yang sesak dengan kehadiran pihak media dan pemenang-pemenang yang memenangi ticket untuk menyaksikan tayangan ini. Terima kasih kepada pihak United International Pictures atas jemputan. :) Orait, back to the review. Jika diberi peluang untuk menjadi seorang jutawan yang memiliki kehidupan yang mewah, rumah agam yang selesa, barang kemas dan apa sahaja yang dimahukan, namun dengan syarat tubuh badan anda harus dikecilkan. Sanggup kah anda? Review Movie & Synopsis Downsizing Kaunter reedem food “DOWNSIZING” Paramount Pictures Presents An Ad Hominem / Gran Via Production “Downsizing” Directed by Alexander Payne Written by Alexander Payne & Jim Taylor Produced by Mark Johnson, Alexand

Makan Steamboat Lebih 160 Menu di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Makan Steamboat Yang Pelbagai Di Pak John Stamboat IOI City Mall Putrajaya Pada penghujung bulan 12 yang lalu, saya sempat menghadiri majlis perasmian dan pembukaan cawangan kedua Pak John Steamboat & BBQ yang kini dibuka di IOI City Mall, Putrajaya . Buat penggemar Steamboat dan hidangan jenis Buffet, korang pasti akan terliur apabila melihat kepelbagaian dan aneka jenis hidangan buffet yang ditawarkan di Pak John Steamboat. Yang duduk area berdekatan pasti suka kan, sebab lebih dekat dah dan senang nak pergi. Majlis sangat meriah dengan kehadiran para blogger, pihak media dan artis jemputan yang hadir, antaranya Kak Maria Tengku Sabri selaku pengacara majlis dan memeriahkan lagi majlis, Datuk Rosyam Nor merasmikan majlis, Dazrin, dan ramai lagi. Serba sedikit tentang Pak John Steamboat ni, ianya diasaskan oleh Encik David Chong yang selaku Pengarah  Urusan Pak John Steamboat. Minat beliau terhadap perniagaan dan masakan akhirnya melahirkan restaurant ini

Pesanan Luqman Al-Hakim

"Bila solat, JAGALAH fikiranmu Bila di rumah orang, JAGALAH pandanganmu Bila berada di majlis, JAGALAH lidahmu Bila hadir jamuan makan JAGALAH perangaimu LUPAKAN budi baikmu pada orang lain LUPAKAN kesalahan orang lain padamu"

Cara Mudah Menghindari Tol, Jalan Yang Sesak Dan Banyak Trafik Light Ketika Memandu

Setiap kali memandu pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jalan yang sentiasa bertol sahaja? Lebih-lebih lagi apabila kita bekerja di kawasan yang sesak.  Di kesempatan ini ingin saya kongsikan bagaimana caranya untuk menghindari tol, jalan yang sesak dan banyak traffic light serta highway ketika memandu, terutamanya bagi memastikan kelancaran perjalanan korang.  Umum mengetahui kenaikan harga minyak dan tol sangat membebankan rakyat, lagi-lagi apabila perjalanan memakan masa yang lama dan jauh. Kadang-kala, bila pergi tempat dekat pun, banyak modal kena keluar bila tersalah pilih jalan . Contohnya macam haritu, perjalanan saya dari area KL hendak ke Rawang, terpaksa melalui lebih 10 tol disebabkan salah pilih jalan. Biasalah kita pun bila tak tahu jalan membuta tuli ikut je waze kan. Padahal ada sebenarnya caranya macam mana nak berjimat dan merancang perjalanan yang baik melalui Waze ini. Jom ikuti tips seperti di b

Review KDrama: Black

  'Apabila Grim Reaper (Malaikat Maut) bertentang mata  dengan seorang manusia yang sedang dilamun cinta, maka sesuatu yang buruk akan berlaku," Synopsis Black Korean Drama  Bagi yang dah mengikuti korean drama Black ini pasti faham akan maksud ayat di atas, dan mengapa tajuk cerita ini adalah "BLACK". Kisah bermula apabila Kang Ha Ram (lakonan Go Ara) yang dilahirkan berkebolehan istimewa, iaitu melihat malaikat maut dan juga berkebolehan melihat bagaimana seseorang itu akan mati akhirnya cuba untuk mengubah takdir dan memastikan yang peristiwa yang dilihatnya itu tidak akan menjadi realiti. Lebih-lebih lagi peristiwa itu turut melibatkan satu kes yang pernah berlaku 20 tahun yang lalu. Namun, mampukah dia mengubah takdir yang telah ditetapkan? Kehadiran seorang malaikat maut yang menyamar sebagai manusia membuatkan banyak persoalan terbongkar. Dari situ mereka berkenalan dan bertentangan mata. Malaikat maut yang dikenali sebaga

Lirik Lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar

Bagi yang menonton drama Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar mesti kenal dengan lagu ni kan? Tak dinafikan Alif Satar ni bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah lakonan. Kebanyakan lagu yang dibawakannya banyak yang sedap-sedap je.  Lirik Lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar Apaku rasa Tak pernahku duga Hadir dirimu Merubah semua Dan tanpaku sedari Kau mengajar diriku Membawa hidup erti baru Sesungguhnya aku Telah jatuh pada dirimu Sesungguhnya aku Cintai hanya dirimu Kerna Sesungguhnya Ku sedari Kau lengkapi diriku Sesungguhnya aku Mencintai dirimu Sesungguhnya Siapakah aku Didalam hatimu Harus kutahu Kerna aku rindu Dan tanpa kusedari Kau mengajar diriku Membawa hidup erti baru Sesungguhnya aku Telah jatuh pada dirimu Sesungguhnya aku Cintai hanya dirimu Kerna Sesungguhnya Ku sedari Kau lengkapi diriku Sesungguhnya aku Mencintai dirimu Sesungguhnya Kaulah yang terba