Skip to main content

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog III

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog III


Wake me up inside

Call my name and save me from the dark

-Evanescence



Baca Kesemua Episod:

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog I

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog II

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog III

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog IV

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog V




Sambungan dari Prolog II...


 Prolog III

" Terangkan pada aku apa yang terjadi ..." kata Akiff perlahan, namun kedengaran tegas seolah-olah satu arahan.


"...dan siapa sebenarnya kamu berdua? Apa yang kamu mahukan dari aku?" sambung Akiff lagi.


Wak Asan menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Seakan ada sesuatu yang terlalu kompleks dan sukar untuk dijelaskan. Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Dia kemudiannya menghela nafas perlahan. 


"Akiff..." Panggil Wak Asan perlahan sebelum memulakan ceritanya.


"Wak adalah tok guru silatmu, merangkap jiran kamu satu kampung. Baihaqi pula adalah abang saudaramu yang juga berguru dengan Wak..." sambung Wak Asan.


"Tok guru? Abang Saudara? Apa yang kamu merepek ini? Mengapa aku langsung tidak ingat apa-apa?" bidas Akiff seakan tak mengerti dan tidak berpuas hati dengan penjelasan Wak Asan. 


Sesekali dari jauh matanya memerhati Baihaqi lelaki bertubuh sasa, berwajah kasar dan berkelubung hitam yang sedari tadi bersandar sahaja di sebatang pokok besar sambil berpeluk tubuh dan memerhatikan mereka dari jauh.  Tindak tanduknya jelas mencurigakan.


"Dunia kita menjadi huru-hara dan kucar-kacir. Alam melayu sudah mula dijajah, menjadi Negara taklukan. Bangsa kita semakin pupus. Ada yang hidup namun bagai sudah mati, dan ada juga yang diseksa separuh mati. Sudah sepuluh tahun berlalu, kita hidup dalam perlarian dan hinggar-binggar. Sejak Wak jumpa kau dua tahun yang lalu, kau terbuang, kau umpama mayat hidup. Mereka tawan jasad dan rohanimu. Kau tiada diri, kau bagai orang yang hilang pertimbangan tidak ingat apa-apa dan bagai terawang-awangan. Kau diseksa Akiff! Disebuah tempat yang tiada siapa yang tahu. Namun, Wak dan Baihaqi telah berjaya menjejakimu. Kami bergadai nyawa untuk selamatkan kau dan alhamdulillah kami berjaya, "jelas Wak Asan panjang lebar, sedaya upaya menerangkan pada Akiff.


"Aku tak faham. Kalau kau tok guru aku dan dia abang saudara aku kenapa aku tak pernah ingat kalian sedangkan aku masih ingat akan isteri dan anakku!" 


"Seperti yang kami kata kau diseksa Akiff sehingga kau hilang pertimbangan diri! Namun memori dan kasih sayangmu terhadap isteri dan anakmu begitu kuat membuatkan kau tidak langsung terlupakan mereka. Jadi cuba kau ingati jika ada sesiapa lagi yang kau ingat selain mereka?" Ujar Wak Asan seraya tersenyum.


Awan-awan di langit mula berarak menutupi sang rembulan membuatkan suasana menjadi semakin gelap.


Akif terdiam sejenak.  Dia cuba mengingati sesuatu. Namun kosong. Perlahan-lahan dia menggeleng. Dia buntu, keliru. Betul kata lelaki tua bernama Wak Asan itu. Memang tiada apa-apa dalam memorinya selain isteri dan anaknya. Tetapi mengapa? Apa yang terjadi sebenarnya sehingga dia hanya mengingati mereka berdua sahaja? Adakah benar dakwaan Wak Asan bahawa dia selama ini telah diseksa? Dan adakah sesuatu yang buruk turut terjadi pada isteri dan anaknya?


"Isteri dan anakku mana? Dan kalau betul aku diseksa, tetapi mengapa? Mengapa tidak mereka bunuh sahaja aku? Untuk apa aku diseksa bertahun-tahun?"


"Sabar Akiff, sabar! Kau ditangkap dan diseksa kerana ada sesuatu pada kau yang mereka mahukan Akiff!"


"Sesuatu dari aku? Tetapi apa? Apa sahaja yang ada pada aku? Aku hanyalah seorang lelaki biasa yang tak punya apa-apa!" bidas Akiff menyangkal dakwaan Wak Asan.


'Sayang... abang sanggup lakukan apa sahaja untuk sayang dan keluarga kita.' Entah mengapa tiba-tiba terngiang-ngiang kembali memori indah itu difikirannya. Sambil ayat itu diucapkan, sambil dia mencium tangan isterinya yang sedang tersenyum manis padanya. Akiff terkesima seketika. Setitis air mata menitik di pipinya. 


"Kebijaksanaan kau Akiff!" balas Wak Asan lantas mengejutkan Akiff dari lamunannya.


"Kebijaksanaan?" Akiff seakan tertanya-tanya.


"Iya.. kebijaksanaanmu Akiff! Kau adalah seorang programmer yang membangunkan sebuah games peperangan secara bersendiri dan mencipta sesuatu yang diluar akal fikiran manusia. Disebabkan itu mereka mahu idea kau, mereka mahu bekerjasama dengan kau untuk menjadikan segala taktik dan strategi di dalam permainan games peperangan kau sebagai realiti selain ingin mengaut keuntungan besar. Namun, kau enggan bekerjasama, disebabkan itu mereka menyeksa kau dan cuba mengakses kebijaksanaan kau." terang Wak Asan membuatkan Akiff seakan tergamam dan seolah-olah tidak mempercayai semua itu.


Dia menggeleng-geleng perlahan.


"Akiff.. percayalah nak. Semua itu telah pun berlaku. Kini mereka telah pun melancarkan pelbagai rusuhan dan peperangan membuatkan dunia ini berantakan dan pelbagai pakatan berbeza dari kuasa-kuasa besar dunia telah muncul, semuanya hanya mahukan kuasa dan kekayaan! Perang dunia ke-5 yang sedang berlaku sekarang adalah disebabkan mereka Akiff," sambung Wak Asan lagi, kelihatan gusar dan bimbang.


"Isteri dan anakku mana? Mana mereka?" Akiff tiba-tiba teringatkan isteri dan anaknya semula. Dia jelas kelihatan bimbang dan gelisah. 


"Isteri dan anakmu tidak kami ketahuan ke mana mereka. Kami cuba menjejaki mereka, tetapi tiada sebarang tanda. Mereka menghilang ketika cuba menjejakimu. Tiada siapa yang tahu apa nasib mereka. Maafkan Wak Akiff kerana hanya mampu menyelamatkan kau seorang. Kami hanya berdua sahaja di dalam peperangan ini. Peperangan yang sudah berjalan selama 10 tahun. Kami cuba untuk berhubung dengan panji-panji hitam dari arah timur, namun terlalu sukar. Dan selepas menjejaki kau, kami berhajat ingin mencari yang lain juga termasuklah isteri, anakmu dan anak beranak kami juga,." jawab Wak Asan panjang lebar, suaranya kedengaran mendatar dan wajahnya kelihatan sayu. Air mukanya yang sudah berkedut-kedut jelas kelihatan sedih. 


Mereka sama-sama terdiam buat seketika membuatkan hanya bunyi ungas sahaja yang kedengaran sahut menyahut disebalik kepekatan malam. 


Akiff menghela nafas perlahan. Dia meraba-raba perlahan luka yang sudah tinggal parut diperutnya. Bagaimana jika apa yang dijelaskan oleh Wak Asan semuanya benar-benar belaka? 'Isteri dan anakku, di mana mereka? Aku rindu sangat pada mereka.' Rintih hatinya perlahan. Dia sedih dan pilu apabila nasib isteri dan anaknya langsung tidak diketahui. Satu per satu kenangan indah mereka yang mula terbayang di mata cukup menyesakkan dada. Isterinya yang cantik dan lemah lembut serta sangat menyayanginya dan anaknya yang comel dan bijak. 


'Ke mana mereka?' Hatinya merintih pilu lagi. Dia benar-benar lemah tanpa mereka. Kesedihannya cuba di tahan dan disimpan agar tidak dilihat oleh Wak Asan yang berada tidak jauh darinya. Namun, rupanya dia tidak bersendirian. Dia pandang Wak Asan. Lelaki tua itu juga seakan menundukkan wajah dan kelihatan sugul sekali. Pedihnya apabila insan yang disayangi tiada di sisi.


"Wak..." panggil Akiff perlahan. Seakan sudah mula mempercayai Wak Asan. 


"Iya, nak," sahut Wak Asan lantas mengangkat muka.


"Boleh aku tahu siapa mereka? Siapa yang cetuskan peperangan ini? Siapa yang cuba menangkap aku dan menyeksa aku selama ini?" Soal Akiff dengan perasaan ingin tahu yang mendalam. Dia bagai sudah mula menyimpan azam. Azam untuk menamatkan semua ini, untuk mencari anak isterinya dan mereka-mereka yang hilang selagi mereka belum pun disahkan mati. Semoga semuanya masih hidup dan berada dalam keadaan baik.


"Akiff, mereka itulah pakatan dari Barat. Pakatan berkuasa besar yang menggabungkan antara teknologi dan sihir...." jawab Wak Asan. 




Bersambung....







Comments

  1. Yayy menariknya. Habis je kita baca epilog I memang tunggu yang ke-2 ni!

    ReplyDelete
  2. Karya nadh ke? Nk kena baca sambungan dia ni.. btw sy punya domain dh bertukar ke ahmadhasif.tk hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul Asep. Karya kita buat suka2 je untuk husband baca. hahahaha. Dah baca semua ke? Okay, tqq for info nanti kita datang jenguk Asep pulak :D

      Delete
    2. Nk baca part 1 pula.. selamat pengantin baru nadh....

      Delete
    3. Pengantin lama dah.hihi. btw tqq Asep

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda