Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Teringat saya pada firman Allah SWT dalam Surah Al-Mukmin, ayat 60. "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina dina". Oleh itu, kita digalakkan berdoa. Berdoa dan berdoa sambil disusuli dengan usaha dan tawakal kepadaNya. Semoga dengan itu kita akan mudah mendapat keredhaan dan keampunan dariNya. Amin.  Bagi ibu-ibu yang hamil, berikut saya kongsikan amalan doa harian yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat keredhaan dariNya. Amin Doa- Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung  Serta Kelebihannya Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya 1)  Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38) Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan se masa ke

Rumah Flat 3 Bilik Tampak Mewah Macam Hotel

Siapa sangka rumah flat 3 bilik pun boleh nampak mewah seolah-olah macam dalam hotel gitu. Semuanya bergantung pada kreativiti seseorang. Bagaimana kawasan yang sempit dan kecil boleh nampak mewah. Bergantung pada penggunaan kertas dinding, pemilihan perabot, lampu, hiasan dan sebagainya. Selain itu, ada juga yang menggunakan wainscotting yang dipasang sendiri untuk menghasilkan efek mewah tetapi dalam bajet yang murah gitu. Memang kreatif bagi Nadhie yang tak reti buat semua tu. So, apalagi jom layankan bagaimana rupanya rumah flat 3 bilik yang tampak mewah itu. Rumah Flat 3 Bilik Tampak Mewah Macam Hotel Seriously cantik! Paling Nadhie suka adalah penggunaan hiasan daun-daunan dan kehijauan di dalam rumahnya yang menampilkan efek tenang. Bagi Nadhie pemilik rumah memang kreatif! Okay sekian sahaja dari Nadhie. Semoga yang membaca turut mendapat ilham bagi mendekorasi rumah masing-masing!

Ayat-ayat Pelindung Diri

Jom amalkan! Semoga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah SWT.

Resepi Nasi Goreng Tomato Mudah dan Ringkas

Nasi goreng tomato. Jika tahu dan kena cara buatnya, pasti akan cukup mengecurkan liur. Biasanya Nadhie akan masak nasi goreng untuk sarapan pagi esok kalau ada baki lebihan nasi putih semalam. Bukan apa, tak nak membazir. Plus, suami pun boleh bawak bekal mahupun sarapan sekali di rumah. Nak cakap sedap , tak tahu lah Nadhie. Yang tu korang kena lah cuba sendiri, Pastikan ikut sebiji resepi Nadhie. Hehe. Resepi Nasi Goreng Tomato Mudah dan Ringkas Bahan-bahan Lobak merah - Ikut citarasa Bawang Merah - Sebiji Bawang Putih - 3 biji Cili Kering - 5 biji Tomato - 2 biji Nasi Sejuk - 2/3 orang Makan Halia - Seuras Pes Tomato Prego - 4 Sudu Makan Cara-caranya :- 1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat. 2. Seterusnya bawang merah dihiris halus 3. Lobak merah dan tomato dipotong dadu. 4. Basuh cili kering sebersihnya, potong/gunting kecil-kecil. 5. Kemudian tumiskan bawang merah, halia, cili kering dan bawang putih sehingg

Pilihan Surah dari Al-Quran Untuk Ibu Mengandung dan Manfaatnya

Zuriat yang soleh solehah dan permata hati yang menyejukkan jiwa pasti menjadi impian buat semua ibu bapa untuk memilikinya. Mengamalkan surah-surah yang baik ketika hamil merupakan salah satu ikhtiar yang boleh ibu bapa sekalian melakukannya saat sedang kehamilan.  Berikut merupakan surah-surah dari Al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung/hamil dan kelebihan-kelebihan darinya. Tiada apa yang sis harapkan melainkan semoga artikel ini bermanfaat dan memberi kebaikan buat semua yang membaca. Amin! Pun begitu, buat ibu-ibu yang sedang hamil yang dikasihi sekalian, selain boleh mengamalkan surah-surah dibawah, sangat digalakkan untuk khatam Al-Quran ketika hamil. Semoga dengan amalan kita ini dapat memberi kebaikan yang tidak berbelah bahagi dan menjadi amalan buat anak-anak yang sedang dikandungkan. Semoga kita semua direzekikan dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Amin Pilihan Surah dari Al-Quran Untuk Ibu Mengandung dan Manfaatnya Antara sur

Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit dan Ruang Kecil Tetapi Nampak Mewah dan Selesa

Sekecil mana pun sesuatu bilik itu, namun apabila didekorasi dengan cara yang betul dan penggunaan ruang yang digunakan sepenuhnya, pasti akan menghasilkan sesuatu yang tidak disangka.  Suka tengok kawasan yang sukar didekorasi, tetapi berjaya dideko dengan cantik sekali. Salah satunya ialah idea dekorasi bilik tidur yang sempit, tetapi nampak mewah dan selesa! Ha, macam mana nak buat tu kan? Contohnya macam bilik tidur yang muat-muat satu katil sahaja. Possible ke nak cantikkan ia? Yes, semuanya possible! Jom tengok antara idea-idea dekorasi di bawah ini yang mungkin boleh memberi ilham pada anda kan! Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit dan Ruang Kecil Tetapi Nampak Mewah dan Selesa Berdasarkan penelitian sis, kebanyakan ruangan yang sempit ini memerlukan perabot, aksesori, dan karpet yang cerah mahupun berwarna putih boleh menimbulkan aspek ruang yang luas. Padanan warna

Nama-nama Malaikat Yang Wajib Diketahui dan Tugas-tugasnya

Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman kita yang kedua. Di sini ingin sis kongsikan tentang rukun iman kita yang kedua ini. Iaitu apakah nama-nama para malaikat yang wajib kita ketahui? Berapakah jumlahnya? Terdapat 10 nama-nama para malaikat yang wajib kita ketahui dan tugas-tugasannya. Masih ingat tak?  Malaikat diciptakan oleh Allah SWT dari Nur (Cahaya). Disebabkan itu, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Hanya orang-orang tertentu yang dipilih Allah sahaja (atas keizinannya) yang berkebolehan melihat Malaikat, seperti nabi dan rasul. Malaikat juga adalah makhluk yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah SWT. Jumlah sebenarnya adalah banyak, namun yang wajib kita ketahui berserta tugasnya hanyalah 10 sahaja. Nama-nama Malaikat Yang Wajib Diketahui dan Tugas-tugasannya 1.Malaikat Jibrail A.S. Dikurniakan satu jawatan khusus yang paling mulia iaitu merupakan utusan yang menghubungkan   di antara Allah dengan rasul-rasul-Nya

Review KDrama & Sinopsis: Terrius, Behind Me

Terrius, Behind Me atau dikenali juga sebagai My Secret Terrius. Cerita ni mengisahkan antara dunia seorang perisik yang tidak sengaja bertembung dengan makcik-makcik bawang. Lantas terpaksa menjadi babysitter  kepada salah seorang emak di perumahan yang didudukinya.  Cerita yang lain dari yang lain. Bila mak - cik mak cik bawang bersatu, macam-macam boleh jadi. Seriously kelakar! Nadhie memang tak henti-henti gelak masa layan cerita ni. Lagi-lagi kerenah makcik bawang yang dipaparkan.  Untuk pengetahuan korang, makcik-makcik bawang tersebut adalah suri dan sura rumah persatuan kawasan perumahan di sebuah kawasan yang akan menyibuk dan cuba menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan itu.  Siapa dekat sini pernah tengok Master Sun? Mesti kenal kan pelakon yang jadi hero drama ni iaitu So Ji Sub. Bagi sis pelakonnya takdalah hensem mana, tapi sis suka betul tengok lakonan beliau. Sungguh menjiwai watak gitu. Takmo, cakap banyak lagi, jom tengok apa yang bestnya Ter

Lyrics: 忘了爱 Wang Le Ai - Ost Snow Angel Taiwanese Drama (Pinyin)

 忘了爱 Wang Le Ai - Ost Snow Angel (Pinyin) Berkisar tentang percintaan tiga segi antara dua beradik yang menyukai seorang gadis yang sama. OST ini adalah dari drama Taiwan yang bertajuk Snow Angel. Si gadis menyukai adiknya. Tetapi, bila adiknya tiba-tiba menghilang, si gadis akhirnya menerima lamaran abangnya. Tidak lama kemudian, muncul watak adiknya semula sebagai seorang yang berbeza. Namun, rupanya telah hilang ingatan. Kesudahannya, Nadhie kesian jugalah dekat watak si abang tu yang dah jadi suami pun tetapi masih bertepuk sebelah tangan dan sukar untuk mendapatkan cinta isterinya. Dan adiknya pula memutuskan untuk tidak bercinta dengan wanita itu kerana kasih pada abangnya. Tidak silap sis, begitulah pengakhiran dramanya.  Pertama kali Nadhie kongsikan lirik lagu dalam pinyin (abjad mandarin), kerana ia mengingatkan Nadhie kenangan semasa belajar bahasa mandarin sebelum ni. Lao Shi Nadhie suruh praktis dengan lagu yang menggunakan lirik pinyin. Xie Xie Lao Shi. Dekat ba