Skip to main content

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog I





Bagai malam dipagari bintang,
Kau berseri cantik tak terperi.



(This novella was written specifically for my husband based on our last conversation.) 
Dear my darling husband, please enjoy the continuation of this story :p. For temporary, the title will be Дүниежүзілік соғыс V. TQ




PROLOG I



Cahaya yang menyilaukan itu seakan-akan mencerucuk ke anak matanya. 'Aku kat mana?' bisiknya di dalam hati. Entah mengapa badannya terasa letih sekali. Letih , sakit dan sangat meletihkan. Namun, perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.  Dan saat itu telinganya mula menangkap-nangkap bunyi yang bising dan terasa tubuhnya bagai terhentak-hentak. Badannya terasa sengal-sengal, sakit-sakit. Seolah-olah lebam-lebam di sana sini. Bayangan wajah anak dan isterinya yang sebentar tadi bermain di mata, semakin hilang dari pandangan. Kabur, semakin kabur dan tiada. Yang tinggal hanyalah kegelapan yang menyelubungi malam.

"Arghhh..."Perutnya terasa mencucuk-cucuk apabila dia cuba bergerak. Pedih, terasa pedih sekali.

"Jangan bergerak! Kau cedera lagi!" Suara parau itu menerjah ke gegendang telinganya. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Disebalik kesamaran itu, pandangannya mula dapat menangkap keadaan sekeliling. Semakin jelas walaupun samar-samar. Kelihatan seorang lelaki yang berbadan sasa dan berselubung dengan jubah pelitup kepala sedang duduk bertentangan dengannya. Lebih kurang beberapa meter darinya. Mata lelaki itu tidak kelihatan kerana tertutup sedikit oleh kain jubah berpelitup kepala itu. Yang kelihatan hanyalah raut hidung dan bibirnya yang jelas kelihatan kasar.

Lantas dia memandang keliling. Tempat apa ni? Berbentuk petak, berdebu, gelap dan kecil?  Terasa terhentak-hentak seolah-olah dia berada di dalam kereta kuda. Ya, tidak salah lagi dia rupanya sedang berada di dalam sebuah kereta kuda yang usang! Tapi , kenapa? Bagaimana?  Bagaimana dia boleh berada di sini? Dan kenapa dia langsung tidak ingat apa-apa? Getus hatinya perlahan.

"Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh berada di sini? " Soalnya dengan perasaan ingin tahu yang mendalam. 

Dan di mana pula anak dan isterinya?

"Anak isteri aku mana?" Soalnya lagi. 

"Kau cedera. Nanti aku cerita." jawab lelaki itu pendek. Betul-betul tidak menjawab persoalan yang berlegar difikirannya.

Belum pun sempat membalas kata-kata lelaki itu, tiba-tiba kedengaran bunyi serigala menyalak. Bulu romanya berdiri tegak tiba-tiba. 

"Tunduk!" Jerit lelaki itu sambil menerpa ke arahnya dan seakan-akan cuba melindungi dirinya. Sebatang anak panah yang entah dari mana datangnya tepat mendarat di atas dinding betul-betul di atas kepalanya. Darahnya berderau. Perutnya terasa perit, pedih. Mungkin kerana situasi yang berlaku sebentar tadi. 

Dan sekali lagi bertalu-talu anak panah singgah di dalam kereta kuda itu. Lelaki berkelubung itu bergelut untuk selamatkan dirinya daripada terkena sasaran panah itu. Syukur mereka selamat. 

Dia meraba perutnya. Terasa bagai ada cecair hangat yang mengalir di situ. Bukan kerana terkena panah yang baru. Tapi, dari luka lamanya yang kembali berdarah. Apa yang dah terjadi? Mengapa dia boleh cedera sehingga sebegini sekali? Dan situasi apakah sekarang ini? Bertalu-talu persoalan menerpa ke pemikirannya. Tekaknya terasa kering tiba-tiba. Dia betul-betul tidak berdaya. 

"Wak Asan kita sudah di kesan!" kedengaran jeritan lelaki itu kepada seseorang yang sedang  memacu kereta kuda dari arah depan.

"Jalan darat memang tidak selamat untuk kita!" balas suara garau yang dipanggil Wak Asan itu dari arah depan.

"Jadi bagaimana?" Lelaki itu bertanya, seakan gusar suaranya.

"Alam ghaib adalah pilihan kita," seraya Wak Asan membalas sambil kereta kuda itu dipacu semakin laju, seolah-olah terasa terbang. 

Dia keliru. Fikirannya buntu. Entah mengapa dia terasa dirinya seolah-olah berada di dimensi lain.

"Apa yang berlaku? Aku kat mana?! Aku kat mana ni?!!" Soalnya bertalu-talu seperti meracau. Situasi itu bukan sahaja memenatkan tubuhnya, malah otaknya kerana dia langsung tidak ingat apa-apa. Kecuali anak isterinya dan kenangan manis mereka. 

Bagai baru sebentar tadi dia menghabiskan masa dan detik-detik indah bersama keluarga, tetapi tiba-tiba semuanya lesap sekelip mata. Apa yang berlaku? Di mana anak dan isterinya?

"Kau kini berada di perang dunia ke-5 Akiff,"  Suara itu membalas pertanyaannya. Dan pandangan Akiff semakin lama semakin kabur. Sehinggalah dia sudah tidak nampak apa-apa lagi.


Bersambung....


How can you see into my eyes like open doors?

Leading you down, into my core

Where I've become so numb

-Evanescence


Dünïejüzilik soğıs V: Prolog I

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda