Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap Macam Kedai Tom Yam

Resepi Paprik Ayam Sedap Macam Kedai Tom Yam | Biasa kita makan paprik sedap masam-masam manis pedas hanya boleh dapat di kedai Tom Yam je kan? Haa.. kali ni dun wurry. Boleh try buat sendiri tau.  Susah ke? Ha.. tidak lah. Senang je tau. Siapa kata perempuan belajar tinggi-tinggi tak pandai masak? Sis ni lepas kahwin barulah start belajar masak. Masak nasik pun suami yang ajar tau. Then, start masak macam-macam lauk pun lepas ambik resepi dari ummi dan mak-mak sedara sis.  Resepi paprik ni pula dari maksu sis. Orang kata ilmu kalau nak berkat perlu berkongsi. Jadi, sis kongsikan di sini buat yang berminat nak cuba paprik sedap macam kedai tomyam ni. hehe. Resepi Paprik Ayam Sedap Seolah-olah Macam Kedai Tom Yam Bahan-bahan Dada ayam - 2-3 keping dipotong dadu Lobak Merah (Dipotong ikut kreativiti masing-masing) Kubis Bunga - ikutlah Lada benggala - 1/2 biji dipotong panjang2 Daun Limau Purut - 2 Pieces dikoyak sedikit Cili Keri

Lirik Lagu Nadi - Afif Tirmizie

Kau Selimutkan saat ku yang dingin Kau Payungkan titis hujan Menemani Saatku kelam sunyi Bagaimana rasanya apabila seseorang yang umpama Nadi di dalam hidupmu, tiba-tiba pergi menghilangkan diri? Seseorang yang pernah hadir dan memberi bahagia, namun dia juga menghilang memberi derita.  Lagu ni merupakan lagu OST filem Jika Masih Ada Rindu lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli. Yang dah layan drama ni mungkin tahu lah kowt bagaimana jalan ceritanya.  Tanpa berlengah lagi sambil sis tengah layan cerita 'Jangan jual anakku ini' 😂, jom sis kongsikan liriknya. Lirik lagu Nadi - Afif Tirmizie (OST Jika Masih Ada Rindu) Kau Pergi tanpa putus kata Saat Ku tawa bahgia Tanpa Ada duka mengapa kau pergi dariku Kau Selimutkan saat ku yang dingin Kau Payungkan titis hujan Menemani Saatku kelam sunyi Tapi Kini pedih nadiku merindukanmu Dilantaian Kesedihanku Luluh Hati ini tinggalku sendiri Cinta Dengarlah rintihan hati

Cantik

Cantik. Apa itu cantik? Bak kata pepatah "Beauty is in the eyes of beholder." Definisi cantik itu tidak sama dari setiap mata memandang. Namun, percayalah jika cantiknya hati seseorang, ia akan terlihat di wajah.  Kecantikan hati mampu membuatkan seseorang yang kelihatan biasa, namun kelihatan luar biasa di mata orang sekelilingnya. Membuatkan dia istimewa dan luar biasa. Sehingga sesiapa sahaja mudah untuk jatuh cinta!

Apa Beza i-Suri dan i-Saraan?

Apa Beza i-Suri dan i-Saraan? | Pada awalnya sis langsung tidak tahu yang wujudnya i-Saraan selain i-Suri. Seperti desas-desus yang kedengaran i-Suri yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikatakan kononnya dibuka bagi menjaga kebajikan kaum wanita samada yang bujang mahupun telah berkahwin untuk mendapat subsidi RM200 daripada kerajaan. Selain itu, i-Suri yang juga dikatakan bertujuan untuk menjaga kebajikan suri rumah agar ada nya potongan kwsp yang dibuat untuk mereka. Dan potongan tersebut adalah dari akaun suami bagi setiap suri rumah. Okay, itu semua hanyalah kabar angin. Jadi apakah sebenarnya i-Suri ini? Persoalan itu cukup membuatkan sis tertanya-tanya. Apatah lagi perlaksanaan i-Suri masih dikatakan sangat baru lagi. So, tanpa berlengah lagi sis ke kaunter kwsp untuk mendapatkan maklumat lanjut.  Meh sini sis terangkan. Apa Sebenarnya i-Suri? 1. Masih dalam fasa satu 2. Merupakan insetif khas kerajaan buat

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah Selera Melaka

Resepi Ayam Masak Kicap Selera Melaka. Ha, betul ke nama resepi je sama, tetapi lain cara membuatnya mengikut Negeri dan cara masing-masing? Hal itu telah menjadi diskusi antara sis dengan kawan-kawan sis apabila berkongsi cerita tentang perihal masakan. Kata mereka resepi keluarga mereka agak berbeza. Ada yang berkuah cair, ada yang terus rebus ayam tanpa menggoreng dan sebagainya. Resepi korang pula macam mana ya? Oleh itu, tanpa berlengah sis nak kongsikan resepi ayam masak kicap selera Melaka yang telah diturun temurunkan keluarga kepada sis. Resepinya mudah dan ringkas sahaja, tetapi dijamin kesedapannya okay? Dan sememangnya resepi orang Melaka. Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah Selera Melaka Bahan-bahan Ayam Masak Kicap Beberapa ketul ayam - Dipotong Dadu Cili Padi - 7 ketul Bawang Merah - 2 biji  Bawang Putih - 2 ulas Halia- Seulas Cuka - Sesudu Garam Secukup Rasa Kicap Manis Kunyit Sayur (Kacang panjang/lobak merah)

Resepi Lemak Cili Padi Ikan Parang Selera Melaka

Seperti yang kita tahu, Lemak Cili Api merupakan salah satu menu signature orang Negori, jadi macam mana pula jika ia dimasak dengan selera Melaka? Sebenarnya tidak jauh beza pun masakan antara orang Negori dan Melaka yang mengamalkan adat pepatih. Okay, so berikut sis kongsikan resepi mudah lemak cili api yang dimasak dengan selera orang Melaka.  Resepi Lemak Cili Padi Ikan Parang Selera Melaka Resepi Lemak Cili Padi Ikan Parang Selera Melaka Bahan-bahan Blend: Cili Padi - 6-7 biji Halia - Seulas Kecil kunyit serbuk sesudu kecil  Serai - Sebiji dipotong kecil sedikit air Bahan-Bahan Beberapa Bahagian Ikan Parang Asam Keping - 1 Keping Santan- Sekotak Air- Dua Cawan Daun Kunyit - Sehelai & Diikat Garam Secukup Rasa Gula (Ikut Selera Nak Letak Atau Tak Letak) Serbuk Perasa Peria Katak  - 2-3 biji dipotong serong Cara-cara Membuat Lemak Cili Padi Ikan Parang :- 1) Mula-mula kisar semua bahan blend dan ketepikan dahulu

Kanak-Kanak Datang Ke Masjid Adakah Patut Atau Tidak?

Sesuaikah kanak-kanak datang ke masjid? Apakah pendapat anda? Apapun, pelbagai jenis penerimaan berbeza diberikan daripada orang sekeliling terutamanya jemaah masjid serta surau-surau apabila adanya kanak-kanak yang mengikut datang ke masjid sekali.  Segelintir jemaah berasa rimas dan tidak sepatutnya ia berlaku kerana katanya kanak-kanak cuma datang bermain-main, membuat bising dan mengganggu jemaah lain yang sedang bersolat.  Kanak-Kanak Datang Ke Masjid Patut Atau Tidak? Datang Semata-Mata Untuk Bermain Apabila mereka bermain-main dan membuat bising, pasti ada yang rimas dan tidak suka kerana dikatakan mengganggu ketenteraman ibadah. Kanak-kanak juga sering dihalau ke saf belakang dan tidak digalakkan untuk solat satu saf dengan orang dewasa.  Jika ini terjadi, bagaimana caranya hendak memupuk rasa cintakan surau, cintakan masjid jika kenangan yang ada hanyalah kena marah sahaja? Perlunya Pelapis Dari Generasi Baru Dalam isu ini, kita sepatutn

Resepi Donut Mudah, Ringkas dan Sedap!

Seronok rasanya apabila kuih muih yang kita pertama kali buat, walaupun tidaklah secantik mana kejadiannya dimakan dengan penuh berselera oleh insan tersayang. Rasa dihargai walaupun hasilnya tidaklah sesempurna mana. Resepi donut mudah dan ringkas ini diperturunkan oleh maksu sis kepada sis. Target sis cukuplah untuk buat kudap-kudapan seisi keluarga kecil kami. Kata maksu, resepi ini adalah dari ibu mertuanya yang berasal dari Johor. Ingin sis ingatkan bahawa resepi ini donutnya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Makan gitu tanpa gula pun dah cukup menyelerakan. Yang teringin nak belajar resepi donut mudah dan sedap ni, berikut sis kongsikan resepinya. Memang mudah sahaja! Resepi Donut Mudah, Sedap dan Lembut Bahan-bahan: Mauripan -1 sudu makan Telur - sebiji Gula -3 sudu makan Susu Pekat Manis - 1 Sudu Planta - 1 sudu makan Garam - Secukup Rasa Tepung Gandum - 3 Cawan Sedikit air Cara-cara Membuat Resepi Donut Mudah & Rin

Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas

Betul ke ada tips dan cara mudah nak turunkan berat badan bagi orang pemalas? Okay, sebenarnya malas yang sis maksudkan dekat sini ialah malas bersenam dan tiada masa untuk bersenam. Manalah tahu jadual harian terlalu padat membuatkan anda sukar untuk bersenam.  Jika sudah tidak dapat bersenam, nampaknya inisiatif lain harus diambil untuk memastikan kesihatan sentiasa terjaga dan badan sentiasa cergas. Boleh cuba ikut tips-tips yang akan sis kongsikan superti di bawah ini. Rahsianya cuma kena istiqamah sahaja sehingga dapat melihat hasilnya. 🧡 Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas credit image : Everyday Health 1. Minum Banyak Air Selain daripada banyak manfaatnya, perbanyakkan minum air dapat membuatkan badan kita mudah membuang toksik dan mengelakkan kita daripada cepat berasa lapar. Namun, haruslah berpada-pada dan jangan sehingga terlebih-lebih pula. 2. Tumpukan Perhatian Pada Makanan Anda Fokus! Fokus! Fokus ! Kepada

Tempat Menarik Melaka | VRAR Interactive Park @ The Shore

VRAR Interactive Park @ The Shore merupakan salah satu tarikan terbaru di Melaka. Baru-baru ni sis berpeluang pergi ke The Shore Oceanarium  seperti yang sis pernah kongsikan di SINI .  Alang-alang dah pergi, sis singgah sekali dekat VRAR Interactive Park yang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka. Tempat ini juga adalah salah satu tempat yang sudah ada dalam Wishlist sis. Bagi yang tertanya-tanya tentang apa yang ada dekat VR&AR Interactive Park  ini,  maksud VR itu sendiri ialah Virtual Reality,  manakala AR pula adalah Augmented Reality . Jom sis ceritakan lebih lanjut tentang  pengalaman sis sepanjang berada di sini. Ada Apa dengan VRAR Interactive Park @ The Shore? 1. Game Zone Di Kids VR Zone. Dekat sini dikhususkan untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun tau. Tetapi boleh je orang dewasa kalau nak cuba juga. Disebabkan memang tak ramai orang  datang semasa kami di sini, oleh itu sis tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai j