Senarai 18 Tempat Menarik Di Melaka Yang Mungkin Anda Tidak Tahu! - Nadhie Wueen

Friday, 30 August 2019

Senarai 18 Tempat Menarik Di Melaka Yang Mungkin Anda Tidak Tahu!


Assalamualaikum & Hi Semua!



Melaka Bandaraya Sejarah. Penuh dengan sejarah, keindahan dan keunikan yang ada padanya. Sungguh rugi pada siapa yang tak pernah menjejakkan kaki di situ. Melaka merupakan destinasi wajib singgah buat semua pelancong mahupun backpacker. 

Bukan sahaja untuk menghayati keindahan dan keunikan tempatnya, malah untuk turut melapangkan minda dan menikmati setiap aktiviti menarik di situ. Okay, bagi sis banyak tempat yang masih ramai terlepas pandang.  Di sini akan sis kongsikan tempat menarik di Melaka yang pernah sis kunjungi buat rujukan korang.



 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Singgah

1. Masjid Selat Melaka

Masjid ni seolah-olah masjid terapung di Melaka. Bila korang jalan-jalan di Melaka, alang-alang boleh lah singgah solat di sini. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan disamping permandangan indah lautan selat Melaka.

Sambil tunggu masuknya waktu solat, sambil tu boleh jalan-jalan dulu dan menikmati keindahan permandangan di sini.



Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Subuh - Isyak
Lokasi: Jalan Pulau Melaka 8, 75000,  Melaka.



2. Pantai Puteri

Cantik suasananya bila pergi waktu pagi-pagi. Pokok-pokok yang banyak membuatkan suasana di pantai seolah-olah seperti di Luar Negara. 

Pantai puteri bukan sahaja bagus untuk dijadikan tempat beriadah seisi keluarga , malah buat pasangan yang baru kahwin. Nak photoshoot kat sini pun best juga.


Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 24 Jam
Lokasi: Tanjung Kling, Melaka


3. The Shore Oceanarium

Nak tengok anak jerung, hidupan laut dan sebagainya boleh la singgah sini. Memang sesuai untuk ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil bagi mengenali jenis hidupan laut dan sebagainya. Ada juga tempat untuk berangan.  Btw, bagi yang nak tahu lebih lanjut boleh baca dekat artikel ni. SINI.



4. Muzium kesultanan Melayu Melaka

Nak mengenali sejarah dan asal usul kesultanan melayu Melaka, datang lah sini. Sangat digalakkan bagi guru-guru  yang ingin mengadakan lawatan untuk budak-budak , pelajar dan sebagainya. Tempat ni pun cantik dan bersih je berserta rekabentuk istana kesultanan melayu Melaka yang cantik.
Masa Nadhie datang ikut trip Tourism Malaysia, siap ada nyanyian gamelan dan persembahan silat di luar Muzium. Satu pengalaman baru buat Nadhie. Rasa macam kembali ke zaman pra-sejarah buat seketika.



Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia


5. Melaka Tropical Fruit Farm

Bukan sahaja boleh melawat pelbagai dusun buah-buahan, tetapi disini korang juga boleh singgah di mini zoo dan termasuklah tasik teratai yang super indah. Memang romantik tasik teratai tu. Nadhie menyesal tak photoshoot kat situ. Haiwan-haiwan kat sini memang comel. Ada kuda, rusa, burung unta, pelbagai jenis lembu dan bermacam-macam lagi.


Bayaran Masuk: RM7
Waktu Operasi: 9am - 5pm
Lokasi: Sungai Udang,   Melaka.


6. Zoo Melaka

Yang ni Nadhie pergi dengan husband, mak , adik dan anak-anak buah. Time tu budak-budak cuti sekolah kan. Sian pula kalau tak bawak jalan mana-mana. So, ktorang bawak depa pergi zoo Melaka. Bawak depa mengenali hidupan liar, flora dan fauna. Budak-budak ni of courselah excited je kan. Pergi mana-mana happy je dorang.


Bayaran Masuk: Dewasa (RM16.9), Kanak-kanak (RM6.75)
Tram Service: Dewasa (RM6), Kanak-kanak(RM4)
Waktu Operasi: 8.30am - 5.30pm
Lokasi: Air Keroh, Melaka


7. Encore Melaka

Selain dari keunikan reka bentuk bangunannya, di sini kita boleh mengimbau semula sejarah melayu. Melalui persembahan teater yang berteknologi tinggi, korang akan di bawa ke beberapa buah zaman ketika Melaka mula ditubuhkan. Nak jalan-jalan dan bergambar kat luar tu percuma aje. Tetapi kalau nak tengok persembahan, memang mahal cket lah. Cecah ratus. Btw, if korang nak tahu lebih lanjut korang boleh baca dekat SINI dan SINI.





8. VRAR Interactive Park @The Shore

Tempat ni Nadhie pergi dengan husband sekadar untuk merasa je. Apa yang best kan kat situ? Lagi pun Nadhie curious sangat dengan benda-benda nama VRAR ni. So, kalau nak tahu apa yang Nadhie curious sangat tu, korang boleh la tengok dekat SINI.




9. Hutan Rekreasi Sungai Udang

Tempat yang paling sesuai untuk beriadah, berjogging, bersukan dan sebagainya sambil menghirup udara segar. Kat sini juga ada pelbagai jenis spesis pokok-pokok yang jarang kita tengok. Masa pergi ni just nak bersukan sambil hirup udara segar dan bersih.  Boleh la jungle trekking kan sambil-sambil tu. 


Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 24 Jam
Lokasi: Sungai Udang, Melaka


10. Kota Afamosa

Bila datang melawat Melaka, memang tak lengkap lah selagi korang tak kunjungi kota A famosa yang merupakan kubu berusia lebih 500 tahun dan menjadi ikon bagi Negeri Melaka. Kubu ini dibina pada zaman penjajahan Portugis 1511 bagi menentang penduduk Melaka.

Untuk pengetahuan korang, Kota A famosa juga dikenali dengan nama lain iaitu Porte De Santiago atau nama melayunya sebagai pintu gerbang Santiago.

Gambar di bawah ni bersama rakan blogger masa Nadhie ikut trip dengan Tourism Malaysia sempena hari Muzium Kebangsaan . Nak baca boleh baca dekat SINI


Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 24 Jam
Lokasi: Jalan Parameswara, Banda Hilir, 75000 Melaka


11. Air Panas Gadek

Nak mandi air panas, tak perlu pergi jauh-jauh. Rupanya ada je kolam air panas ni dekat gadek. Kalau dulu waktu Nadhie pergi memang best lah sebab ada kolam-kolam yang macam privasi kan. Tapi baru-baru ni kureng cket sebab depa tengah renovate dan tutup part kolam-kolam tertentu. 

Before pergi korang tanya dulu, renovation tu dah habis ke belum. Kalau tak macam sia-sia je pergi. tak selesa sangat. Btw, nak tahu macam mana rupa kolam-kolam yang okay tu, korang boleh tengok dekat SINI.



12. Upside Down House Melaka

Upside Down House ni Nadhie pergi time dating dengan BFF Nadhie dekat Melaka dalam dua tahun yang lepas. Masa tu tempat ni tengah viral , lagi lah teruja Nadhie nak pergi kan. Before masing-masing belum kahwin lagi masa tu boleh la merayau sana sini dengan kawan-kawan kan. Hehe

Apa yang menarik dekat Upside down house Melaka ni uolss boleh baca dekat sini.



13. A'famosa Water Theme Park

Ni pun tempat yang selalu jadi pilihan Nadhie bila bawak kawan-kawan yang jarang datang Melaka untuk melawat tempat-tempat best dekat Melaka. Selain kawan-kawan , pernah juga Nadhie bawak adik-adik untuk spend time dekat sini. Apa yang best sangat kan?

Untuk pengetahuan korang, paling best dan mendebarkan bila naik Big Ice Cream yang merupakan gelongsor berliku sepanjang 108 meter. Dan sekarang ni dah makin bertambah, Tiap kali datang tengok makin banyak gelongsor. Ada yang high speed, big family dan macam-macam lagi.


Bayaran Masuk: Dewasa (RM30), Kanak-kanak (RM25)
Waktu Operasi: Isnin- Jumaat (11.am-7.pm) , Sabtu Ahad (9am-7pm), Tutup Setiap Selasa
Lokasi: Afamosa Resort Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka



14. Melaka River Cruise

Tempat romantik dan syok bila nak jalan malam-malam dengan yang tersayang gittew. Hehe. Masa mula-mula pergi, time tu Nadhie kat kolej lagi. Mak long dan kakak sepupu Nadhie yang bawak. Depa belanja. Time tu siang-siang, tapi memang syoklah sebab baru pertama kali pergi kan.

Kali kedua pergi, Nadhie dah kerja dah. Hangout dengan kawan-kawan perempuan satu kolej. Pergi time malam-malam sambil fefeeling #girlnightout gittew. Memang syok jugaklah rasa time ni. Romantik je sepanjang dalam boat, angin bertiup lembut sambil cahaya lampu berkilauan sana sini. Tiba-tiba ada pula mat salleh kiss kiss atas jambatan kan? Sabo jelah kami.

credit image : myfacesandplaces.co.uk


Bayaran Masuk: Dewasa (RM25), Kanak-kanak(RM15)
Waktu Operasi: 9am - 11.30pm
Lokasi: Jalan Laksamana, 75000, Melaka.



15.The Stadhyus

The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 24 jam
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, Melaka.


16. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, struktur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Untuk pengetahuan korang, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.

Masa ni Nadhie pergi dengan BFF Nadhie yang sorang tu. Bila masuk ada bunyi muzik yang romantik sambil menyaksikan panorama malam dan permandangan bandar Melaka. Siap boleh nampak swimming pool tempat husband Nadhie beriadah time bujang dulu.




Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)
Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka



17. Melaka Skytrex

Yang ni Nadhie tak pernah pergi lagi, tapi ada dalam wishlist Nadhie. Buat masa ni tak berkesempatan. Tengoklah insyaAllah bila-bila lapang. Jeles jugak kan tengok orang lain dah pergi dan cuba macam-macam aktiviti adventures kat sini. Selain terdapat di Ayer Keroh, Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini korang dapat lakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan macam-macam lagi.  Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.


credit image: malaysia-traveller

Bayaran Masuk: Dewasa RM60
Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)
Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka


18. Cakoi Lendu

Last but not least, bosan dengan makanan biasa yang kita dah sedia kenal popular di Melaka macam Coconut shake klebang, keria antarabangsa dan sebagainya, Nadhie nak kenalkan pula tempat favourite Nadhie yang mungkin korang tak sedar kewujudannya. 
Nama gerai ni Cakoi Lendu, yang mana depa sediakan cakoi yang lembut dan rangup panas-panas beserta pelbagai jenis perisa kuih pau. Ada pau sambal, pau kacang merah, pau cheese, pau coklat dan sebagainya. Makan cakoi panas-panas sambil cecah dengan kuah pandan. Yumm.. sedapnya! 


credit image : https://www.facebook.com/cakoi.lendu

Okay, sekian sahaja dari Nadhie. Penat lah menulis. HEHE. Banyak lagi sebenarnya yang Nadhie nak kongsikan, tapi cukuplah setakat ni je. Nadhie ada kerja lain. Okay , kepada pembaca sekalian. terima kasih sudi baca.

Selamat maju jaya & Bubye!

9 comments:

  1. banyak nya tempat menarik di melaka... hajat di hati mmg cuti2 nk jalan ke melaka, tp bila pikir semula mesti sesak sbb cuti lama... mungkin simpan dlm hati jelah nk ke melaka tuh

    ReplyDelete
  2. banyak lagi tempat yg CR tak pernah g ni.. kena g la next time

    ReplyDelete
  3. Walaupun abg org Melaka,tapi akak tak habis ronda lagi tempat2 kt atas. insyaAllah akan di masukkan dlm wist list bila balik Melaka nti..

    ReplyDelete
  4. Melaka semakin banyak tempat2 menarik.. Bestnyaaa

    ReplyDelete
  5. Waah tempatnya bagus terimakasih infonya..

    ReplyDelete
  6. Yg upside down tu memang kreatif 😂😂😂

    ReplyDelete
  7. wahh memang cantik dan best tempatnya

    ReplyDelete